Followers

3 January 2013

Tahun Baru 2013

Rasanya masih belum terlewat untuk aku ucapkan 
SELAMAT TAHUN BARU 2013 
kepada semua... 

merenung sejenak apa yang telah berlaku di Tahun 2012
Hmm... banyak pahit dari manisnya...
Syukur Alhamdulillah aku berjaya mengharunginya 
walaupun ianya amat menuntut kesabaran dan kekuatan dalam diri..

Semoga di Tahun 2013 ini perjalanan hidupku dipermudahkan Allah...
dan semoga semua yang dirancang berjalan dengan lancar...
Ameen.....

 Ini aku yer... wajah diawal tahun..



18 December 2012

Happy Breastfeeding

Alhamdulilah… hari ni dah 120 hari aku berjaya susukan Adam secara eksklusif…tanpa campuran susu formula…dari mula mengandungkan Adam dulu aku memang dah tanamkan niat nak susu kan Adam sepenuhnya sehingga Adam berumur 2 tahun…harap-harapnya aku berjaya...aku tak nak jadi masa dekat Aqil dulu aku cuma berjaya susukan dia masa dalam pantang sahaja... memang sangat kecewa...waktu tu aku memang kurang pengetahuan pasal susu ibu dan penyimpanan susu ibu ni...tak macam sekarang segala macam maklumat kita boleh dapat hanya dihujung jari... pada aku... ibu-ibu bekerjaya yang berjaya menyusukan anak2 mereka secara eksklusif memang seorang ibu yang hebat...dan aku memang tabik spring la kat diorang ni.. hmm.. untuk memastikan keperluan susu untuk Adam cukup setiap hari aku terpaksa mencuri waktu untuk pumping susu tak boleh missed...huh.. walaupun di ofis sibuk dengan kerja yang berlambak2... di rumah sibuk dengan kerja rumah dan nak uruskan si abang yang kuat meragam...ahhh... memang sedikit kalut...ada suami pun suami hujung minggu.. kalau en suami ada dapat la kurangkan sedikit kekalutan ni.. hmm.. apa pun dugaannya setiap hari aku tak boleh skip daripada pump mesti 3 jam sekali kalau tak pastinya susu akan merajuk dan jadi sikit.. sebab susu kan based on demand n supply so kena rajin walau pun malas tahap gaban... kena betul2 kuat semangat...apa pun kita kena happy dengan apa yang kita buat..kalau kita suka.. kita seronok dengan apa yang kita lakukan Insyaallah kejayaan akan jadi milik kita...yeaa..

Kat ofis aku ni ada dua orang teman yang full breastfeed untuk anak2 diorang.. tapi anak diorang dah besar dah dekat dua tahun pun.. dua2 berjaya susukan anak secara eksklusif... kira macam sumber inspirasi aku la jugak ni.. best bila ada geng... bila berselisih jer mesti tanya each other macam mana dengan hasil tenusu.. ha..haa.. kelakar pun ada jgk.. kalau kena time pumping sama2 lagi la meriah... boleh pulak dok bergossip sambil pumping...he..hee... 

With Ras N Ila.. Milk Pumping Geng he..hee


Sebenarnya banyak kelebihan dan fadhilat menyusukan anak;

*Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya, akan dapat satu pahala daripada tiap2 titik susu yang diberikannya.
*Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 21/2 tahun dan beramal soleh tidak melanggar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya
*Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
*Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk Insyaallah.
*Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
*Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Begitulah sayangnya ALLAH pada wanita yang bergelar IBU...




21 November 2012

Kembali bekerja

Selepas 3 bulan cuti bersalin hari ni hari kedua aku masuk kerja.. semalam satu hari asyik bercakap jer.. yerla dah 3 bulan tak jumpa kengkawan..macam-macam yang nak cerita...hari nie pun tak abis lagi cerita... kira macam warm up sebelum start kerja la... he..hee.. dan yang paling bestnya bila diorang kata aku dah kurus...yea..!! mana taknya masa lepas bersalin hari tu berat badan aku 70kg sekarang dah turun ke 55kg... maknanya aku dah berjaya turunkan 15kg tau dalam masa 3 bulan...berjayakan..?dan apa yang aku buat cuma kurangkan makan dan bersauna...walau pun aku belum dapat berat badan yang aku nak tapi aku tetap berpuashati sebab aku tak perlu cari baju baru..!!
Di ofis ni sepanjang 3 bulan ketiadaan aku semuanya ok walaupun ada sedikit perubahan dalam pembahagian tugas dan aku masih lagi seronok bekerja di seb. perai ni walaupun hati ni berkira-kira untuk memohon pertukaran ke Lembah Klang...dalam pada dok berkira-kira tu aku mendapat panggilan telefon daripada en suami pagi tadi mengatakan yang dia ditukarkan lagi.. kali ni ke Mardec, Bota.berkuatkusa serta merta.. boleh macam tu... Aduh... nasib baik permohonan pertukaran aku belum buat hmm.. patutla aku macam berat nak memohon kalau tidak tak tahula macam mana...sekejap sekejap tukar hmm..kalau macam ni keadaannya aku rasa baik aku stay jer kat seb perai ni dan biarkan en suami merantau sorang sorang.. rasanya macam dah penat nak mengejar dia ke sana ke mari... adam n aqil lama kelamaan akan jadi terbiasa... aku sendiri pun dah terbiasa kalau dulu setiap kali en suami nak berangkat pulang air mata mesti mengalir... sekarang ni pergi la mana pun nak pergi janji abg balik...tapi tu la lama mana kami mampu bertahan mengharungi rintangan menjadi suami isteri dihujung minggu... harapnya Tuhan memberi aku kekuatan untuk mengharungi segalanya dengan tabah.... dan aku hanya mampu berdoa semoga Allah permudahkanlah segalanya....


CARA MEMUPUK KASIH SAYANG & KEPERCAYAAN 
BAGI SUAMI ISTERI YANG TINGGAL BERJAUHAN

BERI SOKONGAN
Ketika bekerja di tempat yang jauh tentulah suami dan isteri akan berasa sedih dan pilu. Untuk berjaya dan bahagia, pasangan suami isteri perlu berkorban. Beri sokongan dan semangat antara satu sama lain demi masa depan keluarga.

SALING PERCAYA MEMPERCAYAI
Ini merupakan satu kewajipan yang penting dalam memelihara hubungan jarak jauh.  Percayalah pada diri anda sendiri bahawa anda boleh mengatasi masalah keluarga sendirian dan percayalah bahawa pasangan anda tetap menjaga dirinya. Tanpa kepercayaan yang kuat semuanya boleh hancur. Mungkin ketakutan muncul apabila anda memikirkan pasangan akan berlaku curang di sana. Berfikirlah secara positif bahawa pasangan anda pun mempunyai perasaan yang sama dan kerinduan yang sama. Kalau anda sentiasa berfikiran negatif dan buruk sangka ini akan merugikan diri sendiri dan menjadikan anda tertekan.

CARI KESIBUKAN
Pasangan yang berjauhan sudah pasti akan merasa sepi. Untuk mengatasi rasa kesepian ini carilah kesibukan dengan melakukan aktiviti-aktiviti seperti pergi mengikuti kuliah agama atau aktiviti persatuan dan gotong royong.

TETAP BERHUBUNG
Meskipun anda berjauhan, anda perlu bijak membahagikan waktu dan masa untuk berkomunikasi dan berhubung seperti telefon, e-mel, sms dsbgnya. Janganlah anda menghubungi pasangan anda terlalu kerap tentu sahaja dia berasa tidak dipercayai. Oleh itu batasilah hubungan anda agar rasa rindu tetap terpelihara dengan baik.

LIBATKAN ANAK-ANAK
Agar hubungan tetap terpelihara libatkan anak-anak anda dalam berkomunikasi kerana anak adalah satu faktor pengikat suatu hubungan. Ini juga dapat mengingatkan pasangan anda bahawa dia mempunyai keluarga yang memerlukannya. Misalnya ketika menelefon, beri peluang si anak kecil untuk berbual dan mendengar suara ayahnya.

BUAT LAWATAN
Jangan lupa untuk merancang melawat pasangan anda. Tidak semestinya dia yang perlu pulang selalu. Sekali-sekala anda juga perlu melawatnya di sana.

SALING DOA MENDOAKAN
Jangan lupa untuk mendoakan pasangan anda selepas solat lima waktu kerana Allah yang menentukan segala-galanya.

Sumber: Majalah Harmoni


5 August 2012

DUGAAN

Ramadan tahun ni adalah tahun penuh dugaan buat aku sekeluarga...dugaan paling besar apabila emak kesayangan kami didapati mempunyai ketumbuhan tulang belakang sebesar 5cm yang membuatkan mak terlantar sakit tak boleh bangun secara tiba2...mak jadi lumpuh pergerakan dari pinggang ke kaki...sehinggakan nak buang air pun dah tak terasa lagi... semuanya terjadi dalam tempoh yang amat singkat... masuk hari ni mak dah 29 hari terlantar sakit.. semua secara tiba2.. pada awalnya mak cuma sakit belakang biasa...lepas beberapa minggu sakit belakang dan sakit yang disangkakan sakit belakang biasa itu terus buatkan mak tak boleh berjalan... macam2 alternatif perubatan yang kami lakukan untuk ubatkan mak tapi semuanya tak berhasil.. sampaila kami bawa mak untuk jalankan ujian MRI dan keputusannya didapati ada ketumbuhan tulang belakang yang menghimpit saraf tunjang dan membuatkan mak tak boleh nak bergerak dari pinggang ke kaki... ikut doktor cuma pembedahan sahaja yang boleh ubatkan mak dan buatkan mak berjalan kembali.. walaupun doktor tidak memberi jaminan 100% tapi itu adalah jalan terbaik... kami sekeluarga pun dah sebualat suara bersetuju untuk pembedahan tu.. mak pun ok.. walaupun aku tahu dia memang takut dengan setiap prosedur hospital... bayangkan sepanjang umur mak 68 tahun tak pernah sekali pun dia dimasukkan ke hospital dan mengalami sakit yang teruk... kalau demam pun setakat ambik panadol pun mak dah ok... kalau bersalin pun bersalin kat umah ja untuk kelima2 anak mak... kalau sebut ja hospital mak memang cukup takut... tapi bila mak sakit macam ni... mak seolah redha... dia terima ja apa sahaja prosedur hospital... aku kesian sangat tengok mak.. tak sampai hati bila hampir setiap hari mak terpaksa dicucuk ubat.. diambil darah dan macam2 prosedur yang mak terpaksa ikut... ujian ni memang cukup besar untuk mak..

Setiap hari aku berdoa pada Tuhan semoga mak cepat sembuh dan berjalan kembali...aku tak sanggup tengok mak terlantar sakit diatas katil macam tu... sebab mak bukan jenis orang duduk diam...tambah2 kalau bulan puasa macam ni...macam2 juadah mak akan sediakan untuk kami anak beranak sebut ja nak makan apa.. kalau tarawih tu sehingga diakhir Ramadan aku pasti mak akan menjadi pungunjung setia Surau untuk jemaah bersama dengan kawan2 kampung.. hari2 mak sebut nak p surau... nak tarawih nak puasa tapi nak buat macam mana.. Tuhan dah tetapkan kedaan mak macam tu.. aku cuma mampu tenangkan dia...rasanya dah abis airmata ni menangis kesiankan mak.. tapi sekali pun aku tak pernah tunjukkan kesedihan depan mak... tapi mak tetap jugak sedih..

dan yang paling aku sedih bila mak selalu kata dia tak boleh nak tolong aku bila aku bersalin nanti..tak boleh nak tolong jg baby yang bakal lahir ni..hmm.. memang sangat sedih.. aku pun tengah tunggu hari ja ni.. dah dua kali masuk hospital turun tanda tapi tak jugak bersalin2...mungkin baby pun nak tunggu mak operation dulu kot..kalau aku dah bersalin macam mana aku nak temankan mak masa pembedahan nanti... harap2 pembedahan tu nanti selamat dan berjalan lancar.

mak yg masih mampu tersenyum


Selagi tak bersalin

aku akan jadi peneman setia mak di hospital




5 July 2012

Pertukaran..

Semakin hari semakin berdebar menantikan saat2 kelahiran anak kedua aku ni.. macam2 perasaan yang bercampur baur… antara takut dan gembira, antara suka dan duka… hmm…mampukah aku menjadi ibu terbaik untuk anak2 aku nanti… bila anak dah dua ni pastinya tanggungjawab aku sebagai ibu akan bertambah… bukan sekadar tanggungjawab yang bertambah kerja harian ku juga pasti akan bertambah…. Tambahan pula aku dan en. Suami sekarang ni yang terpaksa tinggal berjauhan.. dia di Selatan dan aku di Utara…bermula dari pertengahan tahun ni en suami telah ditukarkan ke ibu pejabat di Kuala Lumpur… baru setahun dapat balik bertugas ke kampong halaman dah kena bertukar lagi.. penat rasanya aku nak mengejar dia ke sana ke sini.. aku pun bukannya mudah nak memohon pertukaran… tapi aku bersyukur sangat dalam keadaan aku yang tengah sarat ni ada jugak mak yang dapat membantu… dalam tempoh 7 tahun bertugas aku rasa ini adalah kali ke-5 en.suami menerima arahan pertukaran… bermula dari Ampang-Grisek-Kuala Terengganu-Baling-Ampang lepas ni aku tak tau ke mana lagi dia akan ditukarkan… jangan sampai ditukarkan ke luar negara sudah…kalau tak susahla nak balik.. sekarang ni pun hujung minggu jer kami dapat berjumpa anak beranak..

Apa pun aku tak nak pikir sangat hal2 berjauhan ni… nanti kepala sakit.. yang penting kejujuran dan kepercayaan… Cuma kesiankan aqil… kecik2 dia pun dia paham yang ayah dia keja.. bila tiba masa ayah nak balik semula kerja ke KL selepas balik bercuti di hujung minggu aqil selalu pesan…ammi jgn sedih nanti aqil sedih jgk… bila dia ckp macam tu aku lagi la sedih… hu..hu.. memang kena kuat semangat..!! sekali pikir aku memang tak nak pindah ke mana2 dah.. biar aku di kampong jer sebab mak dekat.. keluarga dekat.. sedara mara pun ada kat keliling kita jer tapi bila ingatkan anak2 aku terpaksa tebalkan muka untuk memohon pertukaran lagi… aduii.. tapi permohonan pertukaran mungkin aku akan hantar masa lepas bersalin nanti.. walau pun surat dah siap... utk masa sekarang biarkan dulu…

Bapa dengan anak yg suka sangat memancing...

p/s: hrp maaf..gambar tak dak kena mengena dgn entry...

4 June 2012

Setelah Sekian Lama...

Semalam hari jadi aku...
Alhamdulillah...
aku masih diberi peluang untuk berada di bumi yg indah ini...
berada disamping mereka2 yang aku sayang...
dan yang paling gembira di umur ini.. 
aku bakal menimang cahaya mata ke-2..

Setelah sekian lama menyepi akhirnya berjaya juga aku menggagahkan diri untuk buka blog kesayanganku ini..berabuk dah jadinya..minta maaf yer pada yg menanti entry terbaru aku.. maklumlah sejak masuk tahun baru 2012 ini adalah post aku yang pertama... nak buat macam mana.. sejak disahkan positif mengandung aku mengalami alahan yang agak teruk..walaupun tak seteruk semasa mengandungkan anak pertama dulu tapi tetap buat aku tak boleh bangun...macam serik ja nak mengandung lagi.. tapi tu la kan Allah tu maha kaya.. bila anak dah besar..kesakitan mengandung dan melahirkan seolah-olah hilang dan kita mesti teringin nak mengandung dan tambah anak lagi..he..hee...

Sekarang ni kandungan aku dah mencecah 7 bulan..dan dijangka bersalin seminggu lepas raya.. harap2 sempat la aku beraya dan makan ketupat nanti...Sekarang ni aku dah sihat dah tak mabuk-mabuk lagi.. selera pun Masyaallah hanya tuhan yang tahu...semua makanan jadi sedap.. yang orang kata tak sedap pun aku sedap.. berat badan pun dah makin bertambah... seminggu satu kilo... gila betul la...!!! belum mengandung aritu berat aku cuma 50kg sekarang dah 66kg..bila aku tgk cermin...betapa tak cantiknya aku.. dengan hidung kembang...muka kembang..badan jgn cakapla kembang setaman...aku macam dah tak kenal muka aku sendiri...he..hee.. bulat sungguhla... lepas ni jenuh la aku nak kembalikan badan ke bentuk asal...hmm.. tak per la cmn pun janji aku dan anak aku sihat...


 6 weeks preggy..
Gambar ni diambil lepas seminggu test +ve pregnent...happy..!!

Gemuks..!!
28 weeks preggy..
Gambar semasa berkursus di INTURA minggu lepas


19 December 2011

Result exam Aqil

Result exam aqil ni dah lama keluar tapi baru hari ni aku berkesempatan nak publish kat sini.. hmm..Suspen jer bila cikgu bagi buku rekod aqil ni... dalam hati.. bertuah la kalau Aqil dapat nombor 1.. hmm..


Front page


overall result

Secara keseluruhan perkembangan aqil dari segi pembelajaran cikgu kata dia ok dan memang cepat tangkap dengan apa yang cikgu ajar.. cuma kadang2 dia kurang fokus.. itu yang buat dia sedikit ketinggalan..hmm.. yg tu kalau cikgu tak bgtau pun aku memang dah tau...asyik nak main ultraman jer.. tanya soalan apa pun aqil mesti cerita ultraman kalau tak ultraman mesti boboboi.. aduii..


Iqra' baru buku 1 Muka surat 1
kira ok la ni..



kan aku dah kata.. ha..second last...
he..he..yg bestnya boleh pulak dia score subjek sains..
subjek lain hampeh..


Budak dpt nombor satu terakhir..
kalau kena marah buat muka mcm ni la..


*****
****
***
**
*
*
walaupun Aqil tak dapat tempat pertama di Taska
tapi Aqil tetap dapat tempat pertama dihati mummi..

13 December 2011

aku yang kalut

Ya..Allahhhh... malunya aku hari ni...punya tak sedar diri.. aku datang kerja pakai kasut sebelah lain2.. aduii... punyala confident..dari tempat parking kereta jalan masuk ofis siap catwalk lagii you.. tau2 pakai kasut sebelah tak sama...Arghh...MALU..

aku sedar pun masa ofismate aku tegur..
kenapa kasut you macam tu.. memang fesyen erk..! bengong aku salah pakai la ni.. tak tgk..!! apa lagi diorang punya bantai gelak sampai nak pecah perut!!!

Dah la aku tak der kasut spare.. selalu dalam keta tu ada dua tiga pasang kasut tapi baru semalam my hubby dah buat clearence dia kata keta aku dah macam lorry bandaran.. macam2 ada...So, terpaksala aku pakai jgk walaupun nampak perbezaan ketara...dah nak buat macam mana lagi kan.. hu..huu..sian aku kan...

Tu la.. kalut memanjang...lepas ni tak nak dah kalut2.. kena rearangge balik semua jadual aku yang tersangatla padatnya.. dengan kerja sekarang yang semakin sibuk.. sampai kan nak bersosial dengan kawan2 pun tak sempat.. dapat pembantu pun.. pembantu yang tak boleh diharap.. asyik nak mengelat ja.. hmm.. tak per lepas ni aku akan cuba sedaya upaya untuk rajin kan diri ni..dan tak kalut2 lagi...









27 October 2011

Sharing is Caring

Pagi tadi buka FB ada seorang member satu ofis aku ini share satu info mengenai jari dan tapak tangan.. Info ni aku rasa menarik untuk aku kongsikan dengan kawan2 disini ;) orang kata sharing is caring kan...?

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA....

Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita, kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Wallahua'lam..

~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA
p/s: best kan info ni..?

5 October 2011

Aqil Exam!!

Semalam masa aku ambik Aqil kat Taska.. cikgu aqil ada bagi surat bagitau yang aqil bakal stand for peperiksaan akhir tahun pada 11-14 Oct 2011 ni.. kelakar la pulak.. pandai ke Aqil nak jawab exam nnt.. umur belum pun cukup 3 tahun dah kena exam.. Apa pun aku suka cara taska ni treat anak2 jagaan diorang...diorang buat macam sekolah.. ada kelas, ada hari sukan, ada hari anugerah cemerlang...ini secara tidak lansung membolehkan anak2 kita mendapat pendedahan awal sebelum masuk ke alam persekolahan yang betul2... Modul pembelajaran yang diajar pun adalah mengikut silibus yang sesuai dengan peringkat umur... macam aqil sekarang ni dah pandai mewarna..dah pandai lukis bulat2...macam aku sebagai ibu yang bekerja memang tak sempat nak ajar...sekadar ajar sikit2 tu boleh la tu pun time hujung minggu saja..

Sekarang ni.. masuk jer kereta lepas aku ambik dia dari taska.. mesti cakap.. "ammi.. aqil peksya.." hmm.. aku pun jawab "ammi tau.. aqil kena rajin la baca buku nanti boleh dapat no 1 ..pastu boleh dapat hadiah.." sengih jer la lepas aku ckp mcm tu.. aduii..!! kalau aqil tak dapat stand exam tu...sian la pulak dah la hari2 dok ingatkan aku dia exam..macam mana nak buat yer...time exam aqil tu aku kena attend course kat INSPEN... cadangnya nak hantar aqil balik kampung nak mintak mak tolong tgkkan Aqil...hmm..kalau dapat postpone exam tu kan best... tak pe nanti aku cuba cakap dengan cikgu aqil mintak postpone... mintakla bagi dapat...kalau Aqil tak dpt stand exam tu macam tak best la pulak.. aku nak jgk tgk sejauh mana kebolehan Aqil.. mana tau dapat no. 1 ker.. kan??