Followers

27 October 2010

Hari Jadi Ayah..


Hari ini adalah Hari Ulangtahun Kelahiran Ayah saya


Hari ni umur ayah genap 69 tahun..
masih steady lagi..
Semoga ayah sentiasa diberi kesihatan dan kesejahteraan dari Nya..
***
**
*
*
Sayang ayah sangat..

Aqil Oh Aqil

Di atas urusan kerja, hari ni aku terpaksa ke Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) untuk dapatkan sedikit maklumat. Memandangkan jarak MDHT dgn rumah ku agak dekat jadi aku mengambil keputusan untuk terus ke MDHT tanpa masuk ofis dulu. Jadi, dengan rela hati aku mengambil alih tugas hubby untuk menghantar Aqil ke taska… aku memang tak jangka yang Aqil akan meronta menangis tak nak pergi taska…selalu hubby cerita aqil baik jer.. dia akan bawa beg berjalan turun dari kereta masuk ke taska dengan mudah sekali… apa yang terjadi tadi benar2 meruntun jiwa aku.. sedih sangat.. Aqil menangis, meronta sesungguhnya tak nak pergi taska.. puas aku pujuk dia tak nak.. yang paling tak tahan aqil peluk aku sambil cakap..”atim amau..” (aqil tak nak..) Aduyaiii… Ya Allah.. Kuatkanlah semangat anak ku.. ammi keja sayang.. hmm..

Nak tak nak aku terpaksa gagahkan hati untuk tinggalkan jugak Aqil.. kalau aku tak dak temujanji dengan pegawai MDHT hari ni mau jer aku cuti.. Hati ibu mana yang tahan bila tgk anak merayu tak nak ditinggalkan macam tu? Memang sedih bergenang jgkla airmata aku ni.. hmm…

Mungkin inilah cabaran ibu bekerja macam aku..tak cukup masa untuk anak.. bagi ibu yang tak bekerja anda amat bertuah kerana anda ada banyak masa untuk anak-anak anda..


Aqil