Followers

29 August 2010

Persiapan Raya

Hari ni dah 19 Ramadhan..maknanya minggu depan dah nak balik kampung bercuti raya.. aku seperti di tahun tahun yang sebelumnya hari raya pertama di rumah mertua.. ini dah Tahun ke Tiga aku tak merasa keriuhan malam raya dirumah. Sesekali sedih pun ada jugak.. Tapi nak buat macam mana dah ini perjanjian masa mula-mula kahwin dulu.. tapi tak apa yang pasti petang hari raya pertama, hari raya kedua dan seterusnya mesti kat kampung aku..hmm..
Persiapan raya tahun ni..macam biasa jer.. tak ada yang lebih-lebih.. sambut secara bersederhana shj..Yang seronoknya nak raya ni sebab ada Aqil..tambahan pulak sekarang ni dia dah pandai salam dan pandai nak itu ini.. Jenuh melayan la nanti..
Sebelum balik bercuti raya minggu depan.. aku kena make sure semua check list kat bawah tue selesai dulu:
1. Isi borang cuti
2. Pastikan kerja ofis selesai dulu.. aduh penat berkejar dengan ribu-ribu data..tak taulah sempat ke tak ni..
3. Baju raya Aqil, ayah dan ammi -Tahun ni Tema Coklat gelap
4. Kuih raya - aku dah tempah.. sebelum balik raya nanti bleh ambik
5. Make sure hubby bayar zakat fitrah dan
6. Pastikan hubby service keta sebelum balik nanti

Rasanya itu jer kot yang kena diselesaikan... apa-apa nanti akan dicheck semula..

Tak sabar la pulak nak tunggu balik raya ni..hmm...
kami sekeluarga akan berada di kampung pada 8/9/2010 hingga 18/9/2010

26 August 2010

Berbuka

Hari ni aku berbuka berdua jer dengan Aqil.. Mr. hubby ada Majlis Berbuka Puasa bersama CEO mardec kat Mardec Kuala Berang.. hmm.. hubby ada jugak ajak tapi memandangkan sikecik ni.. rasanya lebih selesa aku dirumah.. Tak perlah.. tunggu aqil besar dulu baru ikut ayah..

16 August 2010

Happy 3rd Anniversary


bring back the memories of joy of 16th august 2007

My husband, anizan is a loving man. he may not be romantic but it's okay to me. i'm not a romantic either! He’s the one who very understand me… Tak pernah sekali dia menengking..lebih banyak menegur dan mengajar dengan cara yang cukup berhemah..
For me, it is not easy for being a good wife, a good housekeeper, a good mum, and a good person.. aku sebenarnya perlukan masa untuk berubah menjadi yang terbaik…aku sanggup laku apa sahaja demi melihat dia yang aku sayang bahagia… i'd try change for him. i'd do anything i can afford, for him.

To my dear beloved, thank you for being a tolerant person to me notwithstanding in facing my hard-headed behavior sometimes..You came into my life when i was in need. and showered me with love and trust. you, are the right one for me, InsyaAllah, forever and after.

I love you, with all my heart. Happy 3rd Anniversary.

11 August 2010

Selamat Berpuasa



"Wahai orang-orang yang beriman!

Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan

atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa."

(Surah Al-Baqarah:183)