Followers

28 November 2013

Milik Siapakah Hati Anak?

Walaupun kita yang melahirkan anak-anak tidak bermakna hati anak-anak milik kita. Mereka mempunyai pilihan untuk memilih memberikan 'hatinya' pada sesiapa sahaja.

Anak-anak boleh berkata ' I love you mummy and daddy' tetapi belum tentu mereka memahami dan merasai peluru 3 ayat ini. Apabila kita bertanya seterusnya, 'Macam mana adik sayang mummy dan daddy?' jawapannya selalu akan bermula dengan 'errr...hmmmm...' yang menunjukkan mereka tengah memikirkan apa yang patut diperkatakan.
Ini sering kali berlaku terutama kepada anak-anak yang kurang mempunyai masa dengan kita atau cenderong dijaga oleh orang lain.

Kesannya, apa yang diluahkan hanya sekadar dibibir sahaja tetapi tidak pada tindakannya hingga menyebabkan komunikasi kita dengannya dan adik-beradik sentiasa menimbulnya pelbagai masalah seperti berebut permainan, degil dan suka bergaduh sesama sendiri.

Melalui cara tertentu, hati anak-anak boleh 'dipesongkan' agar mereka sentiasa dekat, rapat dan merasakan bagaimana kita menyangi dan mencintainya.

Ianya bermula dengan sentuhan.
Sentuh anak-anak dengan lembut dan penuh perasaan sayang. Tunjukkan betapa kita menyayanginya.
Luahkan bagaimana caranya untuk memberitahu yang kita mencintai dan menyayanginya.
Anak-anak akan mula meluahkan apa yang dipendamkan didalam hatinya. Mereka menjadi jujur dengan diri dan kita. Biasanya disebut, hatinya dibibir yang membawa maksud apa yang diperkatakan adalah itu yang anak-anak rasai.

Kesilapan ramai ibu bapa menyentuh anak apabila dalam keadaan yang marah dan 'berserabut' dengan masalah tempat kerja. Ini menyebabkan jiwa anak-anak juga menjadi serabut tanpa sebab. Mereka tiba-tiba sahaja mengamuk, merajuk, sedih walaupun anak ini seorang diri. Sebaik-baik sentuhan adalah apabila kita dalam keadaan yang tenang dan gembira. Ia memberi rangsangan yang baik kepada anak-anak untuk kekal merasai dan memahami kebahagiaan.

3 cara mudah untuk membantu menetapkan hati anak-anak adalah:

1. Fahami.
Memahami apa yang mereka suka dan tidak. Ia bukan sahaja makanan tetapi segala-galanya termasuklah warna kegemaran, guru yang disukai. Malah, kongsikan dengan anak apa yang kita suka dan tidak. Ini membantu anak-anak mengenali kita dengan lebih mudah.

2. Hormati.
Apa sahaja minat mereka, hormatinya kerana mereka juga adalah manusia yang mempunyai keinginan. Sokong dan pantau apa yang dilakukan agar tidak melampaui batas.

3. Bersama.
Lakukan aktiviti bersama-sama walaupun hanya bermain gadjet. Ini kerana anak-anak lebih mudah bercerita apa yang mereka rasai apabila bermain bersama.

Jika kita halang minatnya, kita sebenarnya sedang 'membunuh' jiwanya. Kesannya, mereka akan 'curi-curi' main.
Apa kata kita dorongkan mereka dengan cara yang betul.
Hantarkan ke kelas atau program yang boleh membantu meningkatkan kemahirannya.
Perkongsian yang sangat menarik dari Liyana Malek, Pakar Emosi Anak

23 September 2013

Hujung minggu yang membosankan

Hari minggu yg dah lepas bg aku dan anak-anak adalah hari minggu yang sangat membosankan bila en suami tak dapat balik bercuti sebab kena attend course kat Bukit Tinggi Pahang.. kalau tak silap seminggu kot kat sana... hu..hu... pening aku melayan kerenah budak dua orang tu.... si Aqil start dari hari Jumaat sampai la sekarang ni aku rasa dah dekat 100 kali kot dok tanya ayah tak balik ka ammi...? Dan 100 kali la jgk aku terpaksa menjawab.... dan soalan ni pastinya akan aku dengar sampai la en suami balik minggu depan... aduhhh... 

Dua hari kena perintah berkurung.. kesian sangat kat hero aku dua org ni... yg paling kesian dekat si Aqil la asal kereta lalu ja depan umah mesti selak curtain tgk.. katanya ayah balik..Adam mungkin belum memahami... tapi sekejap2 merengek... hmmm... kat aku pun kesian jgk....no rest...penat dengan kerja rumah dan anak2... apa nak buat demi tugas dan tanggungjawab membuat kami tak dapat bersama.... tak per sabar sampai minggu depan... 

Setiap minggu kalau ada en suami mcm2 aktiviti kami.. shopping la.. pancing la.. makan2 la... tapi utk minggu ni ianya sgt membosankan.. .aktiviti kami cuma tonton tv..main game.. baca buku n cuci kereta... sabtu cuci kereta...ahad pun cuci kereta.. bukan cuci sgt pun.. nak main air jer lebih.. tp tak per janji anak2 suka...

 abang sayang adik..

adik dah pandai geng dengan abang..

12 September 2013

Mawar Putih Untuk Mama



Di ketika ini aku sangat merasai kehilangan mak. Mengimbau kenangan manis bersama mak terlalu indah dan kenangan itu akan ku simpan dan akan ku kenang selamanya... Bersama kasihnya yang tiada tandingan.. Bersama pengorbanan yang penuh keikhlasan… 

Rindu pada mak hanya tuhan yang tahu...berlari hingga ke hujung dunia pun belum tentu aku akan dapat mencari insan yang sama dengan arwah mak...insan hebat yang tiada tandingan..

Esok genaplah 40 hari mak meninggal disebabkan komplikasi kanser lymphoma yang dialaminya sejak setahun yang lalu. Bermacam cara perubatan yang telah kami sekeluarga cuba untuk mengubati penyakit mak tapi semuanya tidak berjaya... Apa daya mungkin perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan..

Aku masih ingat pesan mak 4 hari sebelum mak menghembuskan nafas terakhir..masa tu aku jaga mak di hospital dan keadaan mak sangat2 lemah waktu tu…mak usap kepala aku yang tidur di bahu katil.. aku tersedar.. .mak pandang wajah aku penuh kasih.. sayu sangat waktu tu… air mata aku mengalir laju.. tak mampu untuk aku melawan kesedihan melihat mak dalam kesakitan bertarung dengan penyakit yang dialami…dalam pada itu mak sempat berpesan pada aku supaya jaga diri baik-baik… jaga Aqil baik-baik dan yang paling aku sedih bila mak ampunkan aku dan halalkan air susu dia untuk aku.. Ya Allah.. tulusnya kasihmu ibu… saat tue lah yang paling aku tak boleh lupa…masih terasa hangatnya usapan tangan mak waktu... Ya..Allah..apa pun aku redha dengan pemergian mak... semangat mak, nasihat mak, leteran mak, pesan mak, gelak tawa mak Insyaallah...akan sentiasa tersemat dihati aku sebagai kekuatan untuk meneruskan sisa kehidupan ini... semoga mak ditempatkan bersama orang2 yang beriman... Al-Fatihah...

Ya Allah.. Ya Tuhan Ku..
Mungkin aku tidak mampu 
membahagiakan ibu bapa ku  
dengan kemewahan dan kasih sayang
Dengan pertolongan mu...
perkenankan doaku
hanya doa yang dapat aku berikan kepada mereka…

Ya Allah… 
"kau ampunilah aku, kedua ibu bapa ku dan
kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku sejak kecil.”

Amiin ya rabbal a’lamin


 
Bersama Allahyarhamah bonda tercinta 

~Al-Fatihah~






Sabda Rasulullah saw :
Apabila seseorang itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya 
nescaya terputuslah rezeki (Allah S.W.T.) daripadanya ”
 [Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami]



3 June 2013

32 tahun

Alhamdulillah...
Hari ni genap 32 tahun aku berada bumi Tuhan ini..
32 tahun yang berlalu penuh dengan kisah suka duka cabaran kehidupan...
Semoga Allah murahkan rezeki dan memberikan kesihatan yang baik
untuk aku meneruskan kehidupan yang bersisa ini...

Buat ibu yang melahirkan aku 32 tahun dahulu..
Buat ayah yang berpenat lelah mencari rezeki membesarkan aku dahulu...
Buat suami yang tak pernah lupa tarikh lahir aku sejak dari mula kita berkenalan sehingga lah ke hari ni...
Buat anak-anak yang belum memahami.. ammi terlalu sayang kamu berdua melebihi segalanya...dan
Buat teman2 yang sentiasa sama mewarnai perjalanan hidup ku..
Tanpa kalian semua mungkin perjalanan hidup ini akan sunyi.. 
Buat semua...Hanya TERIMA KASIH yang mampu aku ucapkan tanda penghargaan yang tidak terhingga.. 
Wallahuaqlam...

Bersama Aqil dan Adam
@ zoo Taiping


30 May 2013

3 HAL

 
 Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan.

 
Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang:
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam

Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang:
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yang paling berharga:
1. Kasih sayang
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti:
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. mimpi

Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang:
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal yang membuatkan kita berjaya:
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus

Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu:
1.Rezeki
2.Umur
3. Jodoh

Tapi ada 3 hal dalam hidup yang PASTI, iaitu:
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian

SUMBER: FACEBOOK

15 May 2013

Adam @ Salon

Ni kali pertama bawa Adam pergi salon rambut... bukan salon yang mahal2 tue.. salon kat kedai mamak jer... rambut Adam dah panjang sangat aku tgk.. kalau berpeluh tu buruk dah rupa si tecik aku ni... hmm.. Dulu masa mula-mula cukur rambut umur Adam 9 hari..mak bidan yang mengurut aku tu yang tolong cukurkan... lepas tu masa Adam umur 3 bulan en suami jer yang potong rambut Adam... dan kali ni kitorang bawa Adam pergi salon kat kedai mamak pulak... kasi hensem sikit.. kelakar tgk muka Adam yang blurr kena potong rambut... ingatkan dia nak nangis... rupanya steady jer dia... tapi kepala tu memang tak nak boleh duduk diam..nak pusing tengok merata...

 Ni masa tengah tunggu turn... 
Adam turn yang ke 3

 
 Punya feel uncle ni trim rambut Adam..siap boleh menyanyi sambil goyang kepala lagi..

 Last trim.. masih bertahan... risau takut dia nangis..

Ada style la...
ha..baru hensem...



2 May 2013

Pengasuh

Dua minggu lepas... pengasuh Adam mintak nak berenti dari jaga Adam... alasannya nak balik jaga ayah yang sedang sakit di kampung... awalnya cuma nak mintak off dari jaga Adam 2 minggu masa cuti sekolah sahaja.. jadi aku macam lega la sikit... dan dalam masa pengasuh Adam off tu aku berkira-kira nak berulang dari kampung jer.. tup..tup.. nak off terus... aku dah mula tersandar.. risau hanya Tuhan yang tahu.. nak hantar nursery macam kecik lagi.. lagi pun Adam bukan biasa dengan tempat yang ramai-ramai... hmmm...Bukan senang nak cari pengasuh baru..  aku cuba bertenang....Moga Tuhan permudahkan urusan aku.. dalam pada dok mencari pengasuh baru  tetiba anak kepada Pak Darus rakan sepejabat yang dah pencen setuju nak jg anak aku Adam... Asalnya aku cuma mintak tolong anak Pak Darus ni carikan pengasuh untuk Adam.. kebetulan kami tinggal di dalam taman yang sama... last last dia pulak yang setuju nak jaga Adam.. Alhamdulillah... syukur sangat... aku tak payah susah-susah nak cari pengasuh yang boleh dipercayai... anak Pak Darus ni aku panggil Kak Long.. Kak Long ni dah hampir 2 tahun kawin tapi belum di kurniakan anak dan tinggal bersama dengan Pak darus ni... memandangkan dia tak ada buat apa kat rumah jadi dia setuju nak jaga Adam... walau pun tak ada pengalaman jaga anak sendiri tapi dari cara tue nampak kak long ni sangat sayang dan suka kan budak.. tu yang buat aku rasa ok sikit... lagipun tak der budak lain kat rumah tu dan dia pulak tinggal bersama dengan Pak darus.. Pak Darus ni pun sukakan budak jugak... Dulu masa Pak darus ni masih lagi bekerja...kalau ada staff bawa anak ke ofis dia la yang usung ke sana ke mari...
Hari ni start hantar Adam kat rumah pengasuh baru... masa hantar tadi menangis dia...meleleh-leleh air mata... habis baju aku ditarik Adam tak pergi kat pengasuh baru... sedih sangat.. sayu ja hati ni tgk Adam... memang kena keras hati.... aku datang kerja pun rasa macam tak berapa nak best.. berserabut... mungkin hari ini hari pertama Adam di rumah pengasuh baru nanti bila dah biasa harapnya Adam akan ok..Tapi tadi dah dua kali aku call kak long td...katanya Adam ok... Alhamdulillah... Semoga Adam selesa ditempat baru...

budak ni dah byk akal sekarang 
ee..geram..

29 April 2013

Tukar Template Lagi

Hmmm... tak tahu la apa jd dengan template blog aku yang lama dulu tue... bila buka ja...tak boleh nak loading... punya lama nak tggu loading..... jadi berat... byk yang hilang pulak tue... jadi terpaksala aku tukar template yang baru..dan diprivatekan sekejap blog ni.. al maklumla aku ni memang tak pandai bab nak mengedit template ni.... dan aku pulak bukannya ada byk masa nak mengadap komputer nak edit itu ini... berbelog ni pun saja suka-suka nak berkongsi cerita bersama semua..  suka nak ceritakan pada dunia yang aku bahagia menjadi ibu untuk dua budak lelaki yang selalu buat jantung aku nak luruh bila kenakalan luar jangkaan diorang datang... dan aku suka nak ceritakan pada dunia yang aku bahagia menjadi isteri untuk lelaki yang sentiasa melengkapkan hidup aku dengan kasih sayang...
Aku berbelog bukan untuk menunjuk-nunjuk atau nak cari glemer.. sekadar nak berkongsi ilmu dan berkongsi cerita... lantak lah apa orang nak kata kan.. janji kita bahagia dengan hidup kita.. kalau ada sesiapa yang tak suka dengan blog ni xpe aku tak kisah pun.. tinggalkan jer blog ni...tak kena bayar pun.. jgn cakap byk okey... hmm... sampai di sini dulu.. jumpa lagi... ;p



5 April 2013

Air kena potong...


Bertemu kembali setelah berminggu-minggu tak update.. seperti biasa bila org tanya kenapa tak hapdate  alasannya "sibuk" apa yang yang sibuk pun aku tak tahu.. he..he...sebenarnya malas tapi tak nak ngaku..!! itulah "demi masa manusia itu sentiasa dalam kerugian" okeh.. apa pun dipagi Jumaat yang penuh rahmat nie... ku cuba pujuk hati yang sangat membara kepada en suami yang sangat ku cintai... boleh dia tak bayar bil air.. oh my darling...

Dari semalam aku pelik kenapa air tak der ni.. aku call jiran tanya.. ok jer rumah diorang.. dalam hati memang terdetik mesti tak bayar bil ni.. aku call en suami.. hmm.. sah dia tak bayar... aduii.. geramnya...!! selalunya bab bayaran bil ni memang aku tak ambil kisah langsung sebab semuanya dia yang settle kan... lagipun setiap bulan memang tak pernah ada masalah tapi tak tanu lah kenapa dia boleh ter "missed" bayar utk bulan ni... hmm..  tapi nak buat macam mana dah jadi pun.. nasib baik la ada air tangki.. so terpaksa aku save air... si aqil kalau mandi suka sgt nak main air...bising la dia sebab kn mandi sikit2 jer.. so semua kena catu sampai PBA buat penyambungan semula... td  pergi service centre PBA diorang cakap penyambungan akan dibuat dalam tempoh 3 hari waktu bekerja.. hari nie Jumaat esok lusa cuti.. so mggu dpn baru ada air.. arghhh.........

utk en suami... if you reading this.. pls la jgn buat lagi.. kesianla kat ammi n anak2.. susah tau bila tak der air  ni..hu..hu..

Rasa nak marah jer bila ingat dia tak byr bil tu...
Geram... tp bila tgk dia dgn anak2 mcm ni hilang lak rasa nak marah..



27 February 2013

Ikatan Kekeluargaan


Adik-beradik kita sebenarnya merupakan satu anugerah yang tidak terhingga. Bukan semua orang di atas dunia ini dapat memiliki adik-beradik. Namun, saban hari kita terdengar dan terlihat di dada akhbar kes-kes pergaduhan antara ahli keluarga, malahan ada yang sampai ke tahap memutuskan hubungan silaturrahim antara adik-beradik.
Jelas, semakin hari tindakan manusia bukan lagi didorong oleh syariat dan kasih sayang. Ada kala tindakan kita bertentangan dengan hukum Allah seperti dalam firmanNya yang bermaksud:

"Maka apakah ada kemungkinan jika kamu berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang yang dilaknati Allah dan ditulikan mereka dan dibutakan penglihatan mereka."
(Surah Muhammad, ayat 22-23)

Usah kita lupa bahawa nikmat memiliki adik-beradik ini tidak lain hanyalah pinjaman sementara daripada Allah SWT untuk seseorang hambanya. 

"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah..."
(Surah al-Baqarah, ayat 284)

Adik-beradik juga menjadi tempat bergantung antara satu sama lain setelah ketiadaan orang tua. Selalunya abang-abang dan kakak-kakak atau yang lebih tua akan mengambil alih tugas menjaga adik-adiknya setelah ketiadaan orang tua. Apabila matinya seorang ayah bagi seorang anak perempuan, maka adik-beradik lelakinya akan menggalas tugas sebagai wali.

Perlu dititikberatkan dalam menjaga hubungan antara adik-beradik ini ialah sifat kasih sayang dan rasa hormat antara satu sama lain. Sebagai contoh, adik-adik perlu menghormati kedudukan abang dan kakaknya selagi tindak tanduk mereka tidak bertentangan dengan syariat Allah. Bahkan, wajib bagi seorang anak itu menjaga hati abang dan kakaknya dengan tutur kata yang baik dan juga dari segi perbuatannya. Setiap perbuatan yang mungkin menguris hati saudara kita akan menjadi titik permulaan sesuatu perbalahan justeru membawa kepada pepecahan.

Dan antara perkara penting dalam menghargai kurniaan Allah ini kepada kita ialah menjaga adab sesama adik-beradik. Andai kata ada perkara salah dan silap dilakukan oleh adik-beradik kita, maka tegurlah dengan cara yang berhikmah kerana dengan itu pihak yang ditegur akan merasa lebih selesa untuk menerima teguran, bahkan marasakan diri mereka lebih dihargai.

Sentiasalah kita memohon perlindungan daripada Allah daripada ancaman dan rancangan jahat syaitan yang seringkali cuba memecahbelahkan hubungan kekeluargaan yang sukar dibina oleh ibubapa kita. Wujudnya adik-beradik ini bukan sekadar menunjukkan kekuasaan Allah yang memberikan rahmat kepada kita, tetapi ia adalah tanda hasil usaha penat lelah kedua ibu bapa kita yang melahirkan serta bekerja keras untuk membesarkan kita semua. Percayalah, keberkatan yang dikurniakan Allah memalui hubungan silaturrahim akan membawa kepada terbukannya pintu-pintu rezeki.

''Barangsiapa yang ingin dimudahkan rezeki dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia sentiasa menjaga silaturahim.'' (Hadis Riwayat Muslim)

Memang sukar bagi mereka yang hidup dalam keluarga yang ramai adik-beradik untuk menjaga keharmonian dalam keluarga, namun peranan menjaga hubungan antara adik-beradik ini adalah perlu untuk memastikan hubungan silaturrahim sentiasa berada dalam keadaan kukuh.
Walau apapun yang berlaku, jangan dilupa pepatah yang mengatakan hubungan adik-beradik ini umpama "air yang dicincang, tidak akan putus". Hargailah mereka kerana mereka juga darah daging kita sendiri.
Wallahu'alam.

Kami cuma 5 beradik... harap hubungan baik antara kami berkekalan selamanya..



7 February 2013

Puspanita


PUSPANITA adalah singkatan kepada Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia. mula ditubuhkan dengan rasminya pada 1 mac 1983 oleh oleh Y. Bhg. Puan Sri Datin Zawiah binti Haji Yacob, isteri bekas Ketua Setiausaha Negara. Beliau adalah Yang Dipertua PUSPANITA pertama. Penubuhan PUSPANITA adalah cetusan idea Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd. Ali, isteri bekas Perdana Menteri Malaysia (Tun Dr. Mahathir Mohamad) pada tahun 1982.

PUSPANITA juga ditubuhkan bagi menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi Program Jangka Panjang di dalam pelbagai bidang, seperti Kepenggunaan, Pembangunan Keluarga, ICT, Keusahawanan, Sukan dan Kesihatan, Keterampilan Diri, Hiasan dan Lanskap, melalui ceramah-ceramah bengkel, seminar dan kursus. PUSPANITA juga menguruskan Tabung Latihan PUSPANITA untuk memberi peluang kemasukkan ke beberapa pusat pengajian seperti Politeknik, Kolej dan universiti bagi menampung sebahagian dari kos pembelajaran pelajar-pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran.

Ok itu adalah sedikit sebanyak mengenai PUSPANITA.

Semalam ada mesyuarat Agung PUSPANITA Daerah seberang Perai Utara kali ke 26. Aku bersama beberapa org rakan ahli yang lain turut menghadirinya...sepanjang mesyuarat berlangsung ianya sedikit berserabut dan agak membosankan.. tidak seperti di tahun-tahun sebelum ni...sebab pemilihan AJK tahun ni tidak melibatkan wakil daripada setiap Jabatan terlibat... hmm.. kalau ada wakil AJK kan senang.. setiap aktiviti yang dianjurkan cuma bgtahu jer pada wakil untuk diwar2kan pada ahli di Jabatan masing2... boleh dikatakan semua ahli bersetuju dengan perlantikkan sebegitu tapi apakan daya Puan Pengerusi yang baru ni tak nak perlantikkan cara lama yang melantik AJK daripada pelbagai Jabatan dan mahukan cara undian.. kalau dah dengan cara mengundi pastinya mereka yang dikenali dan yang glemer sahaja akan tersangkut... hmm.. aku juga diantara yang dicalonkan... aduii.. macam mana nak raih undi kalau dah tak glemer macam aku ni... kelakar betui.... tapi aku amat bersyukur sebab tak tersangkut dengan pemilihan ajk tu.. aku rasa macam susah jer nak bagi komitmen... apa pun terima kasih la yer pada yang angkat tangan tu.. kah...kah...