Followers

23 March 2011

Tudung Putih..Tanda berkabung

Mulai dari 21 Mac 2011 hingga 29 April 2011 semua kakitangan perkhidmatan awam Negeri/Persekutuan Terengganu diarahkan untuk memakai tudung putih bagi wanita dan yang lelaki kena bersongkok hitam ada lilitan riben putih. Ini adalah untuk tempoh perkabungan atas kemangkatan Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah Binti Almarhum Sultan Hishamudin Alam Shah Al Haj. iaitu Bonda kepada Yang dipertuan Agong kita Sultan Mizan Zainal Abidin.

Dalam tempoh 40 hari ni memang tak dapat la nak melaram pakai tudung hok glemer2.. hmm..sabor je la..

21 March 2011

wisdom tooth

Semalam aku dah selamat menjalani minor surgery to pulled out my wisdom teeth.. aduii.. sakit nya hanya Tuhan yang tau.. hari ni makan bubur nasi jer.. nak telan makanan pejal tak boleh langsung.. memang kena banyak2 bersabar.. kata doktor tiga hari baik la..
Almost 2 years aku bertahan sakit gigi ni.. kalau rasa macam tak boleh tahan aku telan ponstan jer lepas beberapa minit baikla.. tapi kali ni memang dah tak boleh tahan, makan ponstan pun dah tak jalan.. so aku ambik keputusan untuk keluarkan jer gigi tu..harap2 lepas ni tak der lagi siksa sakit gigi..

Info Gigi Bongsu
wisdom tooth atau gigi bongsu ni sejenis gigi molar yang kita guna untuk mengunyah. kebanyakan kita ada 1st molar, 2nd molar dan 3rd molar. yang ketiga tu dipanggil wisdom tooth ataupun gigi bongsu.

Disebabkan gigi bongsu tumbuh paling akhir, dan rahang tidak memiliki tempat yang cukup untuk gigi bongsu tumbuh dengan wajar. Akibatnya gigi bongsu mendesak gigi geraham yang berada di depannya. Hal ini akan mengakibatkan sakit pada gigi. Masalah ini umumnya diatasi dengan mencabut gigi bongsu yang baru tumbuh. Bila gigi bongsu menempati posisi yang sulit untuk dicabut, yang dicabut adalah gigi geraham yang terdesak sehingga gigi bongsu mendapat tempat yang cukup untuk tumbuh.

Sebelum dicabut, gigi akan di x-ray terlebih dahulu untuk mengetahui bentuk, kedudukan dan kedalaman gigi. Pencabutan gigi bongsu biasanya dilakukan dengan pembiusan lokal, namun ada juga dibius penuh. Walaupun hanya pembedahan kecil, pencabutan gigi sebaiknya dilakukan secara profesional oleh doktor gigi.



Dr Sophia yg sedang kusyuk mencungkil gg ku

8 March 2011

Kes Terjun Wisma Persekutuan Kuala Terengganu

Aku tak faham kenapa dengan manusia diluar sana yang sanggup untuk bunuh diri sendiri hanya kerana tidak dapat mencari jalan penyelesaian dalam masalah yang dihadapi..baliklah pada Alllah SWT sesungguh Allah sentiasa bersama kita..Nak dijadikan cerita hari ini seluruh warga Wisma Persekutuan Kuala Terengganu dikejutkan dengan kes orang terjun bangunan wisma. Seorang lelaki berusia 28 tahun dari FELDA Jerangau Barat (bukan kakitangan dari wisma..) dipercayai terbunuh selepas terjun dari tingkat 6 Wisma Persekutuan ni.. First time tengok keadaan orang jatuh bangunan tinggi.. huh..memang mengerikan..!!

Bila manusia hilang pertimbangan...





Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, "seorang lelaki terluka dan bunuh diri,
maka Allah berkata, "Hamba-Ku mendahului-Ku dengan membunuh dirinya sendiri
maka Aku haramkan surga untuknya"".-diriwayatkan dari Jundab ra.


4 March 2011

Besday Mr Hubby

Semalam sempena birthday Mr hubby ku yang tercinta..
kami tiga beranak makan satay kat Medan Selera Pantai kelulut, Marang..
Satu2 satunya tempat feveret yang kami suka makan satay..
Hmm... This year celebrate without birthday cake ok.. sebab Mr hubby memang tak suka makan kek.. tiap2 tahun kalau beli kek aku sorang jer yang makan..untuk elakkan pembaziran dan kegemukan melampau isteri abang ni jadi..this year no cake just makan2 ok..?

The best moment bila aqil suap Mr Hubby makan timun then he said
"epi erday"

Selamat Hari Lahir Ke 30
Semoga Abang sentiasa berada dibawah lindungan dariNya
Panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki..

1 March 2011

Pertukaran

Aku memang dah tak sedap duduk bila Mr. hubby terpaksa segera bertukar ke Baling..aku tak nak duduk kat Terengganu ni..dah la tak de sedara mara.. nak nangis jer rasa ni..
Surat permohonan pertukaran aku balik ke Seberang Perai aku dah make sure dihantar hari ini dan aku pun dah talipon HQ td.. Alhamdulilah.. ada berita menggembirakan.. kebetulan ada satu kekosongan untuk jawatan aku yang belum diisi dan belum ada lagi yang masuk waiting list.. jadi aku yang pertama.. memang best..tapi aku kena tunggu sampai bulan 6 sebab kekosongan tu hanya ada pada bulan 6 nanti bila pegawai yang dinaikkan pangkat tu habis buat penangguhan.. harap2 dia tak extend penangguhan dia tu.. kalau tak lagi lama la aku kena stay kat sini..kalau setakat 3 bulan lagi rasanya tak der masalah kot sebab aku boleh import mak aku datang sini temankan aku n Aqil.. Apa pun aku still kena cari alternatif untuk balik ke Seberang Perai lebih cepat.. Tiba2 aku teringatkan ada seorang rakan sekerja di Seberang Perai yang berkahwin dengan suami yang menetap di Besut.. rasanya macam ada peluang nak tukar suka sama suka ni.. aku try call dan bercakap dengan dia.. tapi dia macam tak berminat sebab nak tunggu dan mencuba peluang balik ke Jertih pada bulan 10 nanti bila ada pegawai yang akan berpencen..atas alasan jarak Besut-Jertih lebih dekat.. memang tidak dinafikan ianya memang dekat tapi peluang untuk balik ke tempat yang kita nak tue ada ker? takut ada yang menunggu dan kita terlepas peluang...Entahlah.. harap2 peluang untuk aku memenuhi tempat yang satu tu ada.. semoga proses pertukaran aku diproses cepat..