Followers

27 February 2011

SERABUT

Aku tak Tahu nak mula cerita dari mana..banyak benda yang aku fikirkan dalam kepala sekarang ni.. serabut dah jadinya..sekarang ni Mr Hubby tgh meeting selama 2 hari di Negeri sembilan bermula dari 25hb hingga 27 hb dan tiba2 ja semalam mr hubby call bagitahu yang dia dinaikkan pangkat untuk jadi pengurus di Mardec Baling..wahhh.. alhamdulillah..syukur yang teramat sangat dengan rezeki yang diberikan..memang tak jangka yang Mr hubby akan naik pangkat dalam tempoh terdekat ni.. tak ada angin tak ada hujan tiba2 sahaja tawaran tu datang.. dah tu tarikh efektif is ASAP.. aduyaii.. ini yang memening kepala aku.. kalau dah naik pangkat kat Baling maknanya kami harus keluar dari kuarters Mardec Kuala Berang ASAP jgk lah.. memang gila..nak kena cari umah baru, lepas tu dah memang sah la aku kena berjauhan lagi dgn mr hubby..nak duduk kat mana??? Kuala Terengganu?? aqil?? hmm..pikir tak habis ni.. nak tukar balik ke utara memang ambil masa.. nak kena tunggu ada kekosongan dahulu.. kecuali la kalau ada yang sudi untuk tukar suka sama suka.. "Ya Allah.. kau permudahkanlah segala urusan kami ini.." hati ini hanya mampu berdoa semoga segalanya dipermudahkan.. amin

20 February 2011

Kematian Pasti Datang

Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati. Sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada penciptaNya. Sekuat mana pun kita lari, sejauh mana pun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita. Sampai waktunya dan ketikanya kita tetap akan pergi jua
Mungkin sudah sampai waktunya mereka harus pergi meninggalkan kita.. Arwah Siti Khatimah rakan sekerja sewaktu aku bertugas di JPPH Seberang Perai.. orangnya lemah lembut, baik dan tak pernah sekali pun aku dengar suaranya pada nada yang tinggi.. kali terakhir aku bertemu dengan arwah tahun lepas. waktu tu arwah bersama suami dan keluarganya datang bercuti ke Terengganu ni.. masih terasa salaman dan pelukan terakhir itu..dalam kalut-kalut pun sempat jgk kami berjumpa.. memang syahdu.. Ikut cerita kematian Kak Timah disebabkan darah tinggi..tekanan darah yang terlalu tinggi menyebabkan pembuluh darah dikepala arwah pecah.aku tak pasti kebenarannya tapi itu yang diceritakan.
Bagi Arwak Pok Jak jenazah beliau baru sahaja dikebumikan tadi..Pok Jak kerani di JPPH Kuala Terengganu ni.. dalam sihat2 ja beliau pergi...sunyi jadinya bila Pok Jak tak dak..semuanya menjadi asing bila ketiadaan orang yang biasa disekeliling kita.. memang dah lumrah kehidupan kita bila sampai waktunya kita pasti akan dijemput dan kita sebagai manusia tak boleh untuk menidakkan hukum Tuhan..
Semoga Allah tempatkan mereka dikalangan orang2 yang beriman.. Al-Fatihah....

19 February 2011

ROTA VIRUS AGE

Lama rasanya aku tak menjengah blog ni..Lately aku agak sibuk tapi tak pasti aku sibuk dengan apa.. hmm.. apapun hari ni tetiba datang pulak mood untuk mengupdate blog ni dari terus sunyi dan menyepi..
Minggu lepas aku MC seminggu..mana taknya Aqil terkena jangkitan rotavirus hinggakan terpaksa dimasukkan ke wad.. tengah malam aku ngan my hubby bawa Aqil g specialist hospital Kuala Terengganu..dengan keadaan aqil yang memang weak sgt waktu tu memang dah tak boleh tunggu.. Terima Kasih pada pakar paediatrik Dr Farid Al-Najimuddin dengan perhatian yang diberikan.. memang puas hati la service dia.. siap sama2 boleh jd ultraman dengan Aqil.. Alhamdulilah lepas kena dripped 2 botol air Aqil terus jadi sihat... mr hubby cakap tu air hikmat sakit apa pun kalau dripped mesti ok lepas tu.. Alhamdulillah...

video

Info Mengenai Rota Virus

Muntah dan cirit-birit adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak, namun ianya amat berbahaya bagi bayi. Bagi kes yang normal, muntah adalah cara badan kita mengeluarkan toksin daripada perut dan ianya bukanlah diklasifikasikan sebagai kes serius. Kebanyakan kes tersebut biasanya akan pulih dalam tempoh beberapa jam. Namun begitu, ibubapa perlu bimbang sekiranya suhu anak mula meningkat dan diikuti dengan muntah atau cirit-birit yang berpanjangan. Ini kerana kajian menunjukkan cirit- birit adalah merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan kanak-kanak di seluruh dunia. Di Malaysia, dianggarkan 35 hingga 50 peratus daripada kes kemasukan kanak-kanak berusia bawah 5 tahun di hospital akibat cirit- birit teruk adalah berpunca daripada jangkitan Rotavirus.

Apa itu Rotavirus?

Rotavirus adalah sejenis virus yang amat mudah berjangkit dan boleh kekal selama beberapa jam di atas kulit manusia, malah mampu bertahan beberapa hari di atas permukaan objek keras dan kering. Ini bermakna virus ini mudah merebak melalui air atau makanan yang tercemar. Penyebaran virus juga boleh berlaku melalui orang dewasa yang dijangkiti atau yang menguruskan bayi yang telah dijangkiti.

Virus ini mampu hidup selama seminggu dalam najis individu yang dijangkiti. Ia dikenalpasti menjadi punca berlakunya masalah cirit- birit di kalangan bayi baru lahir khususnya di kalangan kanak-kanak yang berumur di antara 6 hingga 24 bulan. Rotavirus sangat mudah tersebar dengan cepat melalui kitaran najis ke mulut. Ia amat mudah berjangkit melalui sentuhan biasa di kalangan kanak-kanak. Virus ini boleh berada di mana-mana khususnya permukaan lantai, tombol pintu atau alat permainan kanak-kanak.

Punca jangkitan Rotavirus

Pada kebiasaanya, muntah dan cirit-birit kerap berlaku di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang dijangkiti Rotavirus biasanya akan mengalami demam, muntah dan diikuti pula dengan cirit-birit yang teruk dengan najis yang berair . Kanak-kanak tersebut turut mengalami dehidrasi kesan daripada muntah serta cirit birit. Malahan yang membimbangkan lagi, mereka juga biasanya berdepan dengan masalah menghadam laktosa disebabkan maslah yang berterusan. Walaupun ianya berpunca mungkin disebabkan oleh keracunan makanan, sakit perut atau meningitis, namun kebanyakan kes yang sering dialami oleh kanak-kanak dan bayi adalah disebabkan oleh jangkitan virus.

Virus ini menjangkiti usus manusia dan mudah merebak. Ianya dapat masuk ke dalam usus kita melalui mulut. Cara jangkitan adalah melalui “feco oral” ataupun dari najis ke mulut. Oleh kerana virus ini mudah merebak, wabak ini amat senang berlaku khususnya di pusat-pusat penjagaan kanak-kanak atau TASKA.

Justeru itu langkah pencegahan adalah amat penting dan pemantauan perlu dibuat dari masa ke semasa.

Apakah simptom jangkitan Rotavirus?

Selepas masa inkubasi selama 2 hingga 7 hari, kanak-kanak atau bayi yang mendapat jangkitan Rotavirus akan mula demam diikuti dengan muntah-muntah dan cirit-birit. Najis mereka biasanya berbentuk cecair tetapi tidak berdarah. Demam dan muntah selalunya akan pulih selepas 2 hari namun masalah cirit- birit akan berterusan.

Di kalangan kanak-kanak yang lebih muda terutamanya yang berusia di bawah 2 tahun, mereka akan mengalami ‘lactos intolerance’ iaitu oleh kerana usus mereka tercedera dan kehilangan enzim Laktase, biasanya najis mereka akan bertukar menjadi asid yang mana boleh mencederakan dan menyebabkan punggung kanak-kanak tersebut melecur. Sekiranya masalah cirit birit ini berlarutan,mereka akan mengalami masalah kekurangan air dalam badan (dehidrasi), kekurangan tenaga serta berkeadaan letih. Tanda-tanda dehidrasi di kalangan kanak-kanak adalah mulut dan bibir yang kering, mata terbenam, kurang kencing, sentiasa letih, tidak bermaya serta kelihatan pucat.

Rawatan

Pencegahan adalah lebih penting dari rawatan. Bagi pencegahan di rumah, tabiat mencuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas ke tandas dan sebelum makan adalah amat penting. Bagi ibu- ibu yang menjaga bayi adalah sangat penting untuk mereka mencuci tangan sebersihnya selepas membersihkan najis bayi mereka serta sentiasa memastikan puting botol atau puting payudara berkeadaan bersih sebelum memulakan penyusuan.

Oleh yang demikian, langkah-langkah kebersihan adalah sangat penting dalam mencegah penyakit ini. Pesakit yang mengalami dehidrasi memerlukan rawatan di dalam wad di hospital. Dehidrasi dapat diubati dengan kemasukan cecair intravenous ke dalam badan. Rawatan untuk muntah dan cirit birit selalunya terhad dan akan berhenti selepas 2 hingga 5 hari. Jika pesakit mempunyai masalah dengan “lactos intolence” maka rawatan menerusi susu tanpa laktos perlu diberikan selama beberapa hari atau minggu (bergantung pada keadaan pesakit). Penyusuan ibu juga boleh disambung. Ubat demam akan diberikan sekiranya pesakit mengalami demam.

Sekiranya cirit-birit atau muntah tidak begitu serius, pengambilan “oral rehydration salt” (ORS) dengan kerapnya, bergantung kepada kekerapan pembuangan najis pesakit tersebut. Pengambilan antibiotik tidak diperlukan kerana ianya tidak memberi akan memberikan kesan kepada kuman Rotavirus. Satu cara yang paling berkesan dalam mencegah daripada jangkitan Rotavirus adalah melalui pengambilan suntikan vaksin untuk kanak-kanak.

Langkah berjaga-jaga yang umum

Sentiasa menjaga kebersihan., itulah satu nasihat yang perlu ditekankan di mana jua anda berada. Cuci tangan dengan bersih selepas ke tandas dan juga sebelum menyediakan makanan. Ibu-ibu yang sedang dan masih menyusu bayi atau anak mereka digalakkan untuk terus menyusu. Secara amnya didapati susu ibu dapat mengurangkan masalah cirit birit di kalangan bayi atau kanak-kanak.

Kini terdapat 2 vaksin Rotavirus yang boleh diberikan kepada bayi anda. Vaksin ini akan diberikan dalam 2 atau 3 dos bermula dari umur bayi anda di antara 6 hingga 12 minggu dan perlu di habiskan sebelum umur bayi mencecah 8 bulan. Walaupun kos vaksin ini agak tinggi, ibubapa digalakkan untuk memberi vaksin ini kepada anak-anak mereka kerana jika dibandingkan dengan kos rawatan bagi masalah cirit-birit terutamanya yang melibatkan kemasukan ke wad, kosnya sudah pasti lebih tinggi daripada kos vaksin tersebut. Justeru itu kepada ibubapa, buatlah keputusan yang bijak demi kesihatan anak anda.


Dr. Varughese Koshy
Pakar Pediatrik
Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) Shah Alam.

Sumber: http://www.demc.com.my/