Followers

25 April 2011

Aqil Oh Aqil

Hari nie dah masuk minggu kedua aqil kat school baru.. minggu pertama nampak macam ok.. masa sampai jer depan pintu taska nangis..lepas tu dia akan ok..ingatkan bila dah masuk minggu kedua ni Aqil akan terus tak de masalah tapi bila bangun pagi siap2 jer nak g school dia dah mula nangis.. dia tahu la tu dia kena pergi taska baru.. aduii.. syiannya kat anak aku.. mungkin dia tak dapat nak sesuaikan diri lagi.. macam pagi tadi.. dia menangis sampai aku dah loose control.. macam2 dah aku buat nak pujuk dia tapi semunya tak jalan..nasib baik la kat laluan nak ke taska tu ada lembu tengah lepak kat tepi jalan.. banyak lak tu.. bila Aqil tgk lembu tu.. boleh pulak Aqil diam siap babai kat lembu tu.. then yang tak boleh tahannya Aqil cakap.. "abai yembu... i yu yu...!" (bye lembu.. I Love You) hmm.. macam2 la perangai aku sorang ni... nasib baikla lembu ada jadi penyelamat keadaan..kalau tak susahla aku nak drive.. dahla pagi2 ni polis banyak..
Lepas tengok lembu mood aqil terus jadi ok.. macam biasa dia akan mula bercerita..walau pun aku tak paham apa yang dia kata..aku pahamkan ajer... tapi yang sedihnya dia mintak nak mak.. mak tu panggilan untuk penjaga dia masa kat taska sumayyah dulu..aduyaii.. permintaan aqil tu betul mengganggu konsentrasi aku hari ni.. harap2 anak aku akan diberi kekuatan dari Nya..
ammi minta maaf yer sayang.. ammi terpaksa.. kalau ammi tak kerja dah tentu aqil tak susah macam ni...

19 April 2011

Benci.. Benci...
bengong.. dah la cakap macam tak paham apa kebenda..
tau cakap ja.. naik pening kepala aku ini..
Pendapat orang tak mau dengar langsung..
sakit telinga ni..dengar dia cakap..
Tak perlu la nak marah-marah.. cakap baik2 pun kerja jalan juga..

Rezeki berat tau kalau orang dok menyumpah kita hari2..
Sesekali bagi la orang rasa sayang kat kita..
tak rugi pun...

Sekadar luahkan perasaan.. maaf yer.. pada sesapa yang terasa tu..


Aisyah r.a berkata : saya telah mendengar rasulullah saw bersabda di rumahku ini : ya allah siapa yang menguasai sesuatu dari urusan umatku, lalu mempersukar pada mereka, maka persukarlah baginya. Dan siapa yang mengurusi umatku lalu berlemah lembut pada mereka, maka permudahlah baginya. (hr. Muslim)

18 April 2011

updated

Apa yang berlaku minggu lepas adalah sesuatu yang memenatkan fizikal dan mental.. fizikalnya sbb banyak barang yang nak kena pindah..letih ooo... mentalnya sbb kena menahan kesedihan nak tinggalkan umah n kawan2 di kuala berang dan memikirkan keadaan Aqil ditempat baru..

Hari Jumaat:
Pindah rumah dari kuarters Mardec Kuala Berang ke Taman Bukit Bayas Kuala Terengganu.. letih gila.. habis badan sakit2 sebab angkut barang.. banyak rupa barang2 aku kat umah ni..penuh satu lori.. dah tu pindah waktu malam macam orang lari umah jer.. first night kat rumah baru.. tak best panas gila.. kalau kat kuarters sejuk jer.. rumah atas bukit..siap berkabus lagi..

Hari Sabtu:
Balik ke kuarters sekejap nak Buat clearence kuarters... sedih gila bila tinggalkan kuarters ni.. aku dah selesa kat sini.. kawan2, jiran2 semua baik2 belake.. dan yang penting kat rumah ni la aku mula belajar hidup berkeluarga.. sedih memang sedih..tapi nak buat macam mana.. terpaksa jgk pindah sbb tu bukan rumah aku.. hmm..pastu balik pulak ke rumah baru mengemas apa yang patut.. aduyaii.. tak habis2 mengemas sampai sedar2 dah pukul 1.00 pagi.. sambung esok yerr...

Hari Ahad:
Emergency leave.. tak boleh nak bangun pagi sakit urat tak abih lagi.. hari ni jugak first day aqil kat Taska baru.. pagi2 bangun excited sangat nak pergi school.. sampai kat school nangis tak ingat.. "ya allah.. kuatkanlah semangat anak aku..." syian aqil.. tapi ammi nak buat macam mana.. terpaksa jgk hantar aqil kat taska baru tu.. harap2 lepas seminggu aqil akan suka kat school baru tu..