Followers

21 November 2012

Kembali bekerja

Selepas 3 bulan cuti bersalin hari ni hari kedua aku masuk kerja.. semalam satu hari asyik bercakap jer.. yerla dah 3 bulan tak jumpa kengkawan..macam-macam yang nak cerita...hari nie pun tak abis lagi cerita... kira macam warm up sebelum start kerja la... he..hee.. dan yang paling bestnya bila diorang kata aku dah kurus...yea..!! mana taknya masa lepas bersalin hari tu berat badan aku 70kg sekarang dah turun ke 55kg... maknanya aku dah berjaya turunkan 15kg tau dalam masa 3 bulan...berjayakan..?dan apa yang aku buat cuma kurangkan makan dan bersauna...walau pun aku belum dapat berat badan yang aku nak tapi aku tetap berpuashati sebab aku tak perlu cari baju baru..!!
Di ofis ni sepanjang 3 bulan ketiadaan aku semuanya ok walaupun ada sedikit perubahan dalam pembahagian tugas dan aku masih lagi seronok bekerja di seb. perai ni walaupun hati ni berkira-kira untuk memohon pertukaran ke Lembah Klang...dalam pada dok berkira-kira tu aku mendapat panggilan telefon daripada en suami pagi tadi mengatakan yang dia ditukarkan lagi.. kali ni ke Mardec, Bota.berkuatkusa serta merta.. boleh macam tu... Aduh... nasib baik permohonan pertukaran aku belum buat hmm.. patutla aku macam berat nak memohon kalau tidak tak tahula macam mana...sekejap sekejap tukar hmm..kalau macam ni keadaannya aku rasa baik aku stay jer kat seb perai ni dan biarkan en suami merantau sorang sorang.. rasanya macam dah penat nak mengejar dia ke sana ke mari... adam n aqil lama kelamaan akan jadi terbiasa... aku sendiri pun dah terbiasa kalau dulu setiap kali en suami nak berangkat pulang air mata mesti mengalir... sekarang ni pergi la mana pun nak pergi janji abg balik...tapi tu la lama mana kami mampu bertahan mengharungi rintangan menjadi suami isteri dihujung minggu... harapnya Tuhan memberi aku kekuatan untuk mengharungi segalanya dengan tabah.... dan aku hanya mampu berdoa semoga Allah permudahkanlah segalanya....


CARA MEMUPUK KASIH SAYANG & KEPERCAYAAN 
BAGI SUAMI ISTERI YANG TINGGAL BERJAUHAN

BERI SOKONGAN
Ketika bekerja di tempat yang jauh tentulah suami dan isteri akan berasa sedih dan pilu. Untuk berjaya dan bahagia, pasangan suami isteri perlu berkorban. Beri sokongan dan semangat antara satu sama lain demi masa depan keluarga.

SALING PERCAYA MEMPERCAYAI
Ini merupakan satu kewajipan yang penting dalam memelihara hubungan jarak jauh.  Percayalah pada diri anda sendiri bahawa anda boleh mengatasi masalah keluarga sendirian dan percayalah bahawa pasangan anda tetap menjaga dirinya. Tanpa kepercayaan yang kuat semuanya boleh hancur. Mungkin ketakutan muncul apabila anda memikirkan pasangan akan berlaku curang di sana. Berfikirlah secara positif bahawa pasangan anda pun mempunyai perasaan yang sama dan kerinduan yang sama. Kalau anda sentiasa berfikiran negatif dan buruk sangka ini akan merugikan diri sendiri dan menjadikan anda tertekan.

CARI KESIBUKAN
Pasangan yang berjauhan sudah pasti akan merasa sepi. Untuk mengatasi rasa kesepian ini carilah kesibukan dengan melakukan aktiviti-aktiviti seperti pergi mengikuti kuliah agama atau aktiviti persatuan dan gotong royong.

TETAP BERHUBUNG
Meskipun anda berjauhan, anda perlu bijak membahagikan waktu dan masa untuk berkomunikasi dan berhubung seperti telefon, e-mel, sms dsbgnya. Janganlah anda menghubungi pasangan anda terlalu kerap tentu sahaja dia berasa tidak dipercayai. Oleh itu batasilah hubungan anda agar rasa rindu tetap terpelihara dengan baik.

LIBATKAN ANAK-ANAK
Agar hubungan tetap terpelihara libatkan anak-anak anda dalam berkomunikasi kerana anak adalah satu faktor pengikat suatu hubungan. Ini juga dapat mengingatkan pasangan anda bahawa dia mempunyai keluarga yang memerlukannya. Misalnya ketika menelefon, beri peluang si anak kecil untuk berbual dan mendengar suara ayahnya.

BUAT LAWATAN
Jangan lupa untuk merancang melawat pasangan anda. Tidak semestinya dia yang perlu pulang selalu. Sekali-sekala anda juga perlu melawatnya di sana.

SALING DOA MENDOAKAN
Jangan lupa untuk mendoakan pasangan anda selepas solat lima waktu kerana Allah yang menentukan segala-galanya.

Sumber: Majalah Harmoni