Followers

30 January 2010

Syian Aqil..

Rasa bersalah sangat dengan Aqil.. Sorry sayang ammi careless.. biar Aqil main tanpa pengawasan.. masa Aqil jatuh aku panic sangat tak tau nak buat apa..darah banyak keluar..Aqil nangis.. tapi kejap ja dah diam... cuma bibir aqil yang berdarah.. terkena gigi barangkali.. jatuh tersembam sebab lose control...Jalan tu tak berapa nak balance lagi tapi action macam dah expert tu yang susah.. hmm..


Syian dia..hmm..

25 January 2010

Stress

Kenapala.. kenapala cari masalah..
Hmm.. kan dah susah..Maybe I'm too emotional and due to hormones changes macam yang selalu hubby aku cakap time aku moody.. Ye la.. kalau time kita tak puas hati dengan apa yang Mr. hubby nie buat diorang macam tak paham atau sengaja buat-buat tak paham..kita nie apa lagi..mula la nak tunjuk perasaan.. geram... When we got 'fight' aku la yang paling ter'over' sensitive.. hubby aku tue buat tak tahu jer.. macam tak der perasaan..Eeee..gerammnya.. Tapi..Mr. hubby tak pernah pun cari gaduh.. aku jerr..kalau tetiba tersedar tue... sian lak kat Mr Hubby..semalam bukan gaduh pasal apa pun.. cuma dia tak nak teman kan aku g beli tudung (kelakarkan...) ye la.. hubby aku tu asyik dengan barang-barang pancing dia jerr..hmm..tapi tak per.. hati dah sejuk..sebabnye hari nie aku and kengkawan ofis g Butik Ariani kat Bandar Kuala Terengganu..dah dapatla tudung yang aku nak..kebetulan hari ni ada promosi pembukaan.. huu..huu.. ada Ekin lagi.. tapi Mawi tak der la..


Abang if you reading this..I just forget my feeling hurt to have sorry from you because syurga kat telapak kaki suami.. So I tak nak jadi isteri yang tak bau haruman syurga.. SORRY ERK..!! love you..muahh..!!

19 January 2010

Bandaraya Warisan Pesisir Air

Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri dalam Malaysia,terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50 . Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu ialah 12,955 km2. Ramai melayu dari kaum2 lain.. Cina adala sikit.. kalau India memang susah nak jumpa.
Bermula 1 April 2009 dengan secara tak rasminya aku menjadi warga Terengganu, aku bertukar dari Seberang Perai Ke Kuala Terengganu atas permohonan ku yang telah diluluskan majikan.. Alhamdulillah.. kalau tak aku dan aqil kat Utara hubby aku kat Pantai timur..jumpa hanya seminggu sekali..aduhh.. penat beb..
Di Terengganu aku Tinggal di Kuarters MARDEC Kuala Berang di mana tempat hubby aku bertugas. Kuarters yang kami diami ini barangkali dibina sebelum perang kerana dari segi struktur dan pembinaan nampak agak lama dan usang tapi masih lagi berada di dalam kondisi yang baik.
Di sini, yang memenatkan cuma aku yang terpaksa berulang dari tempat kerja di Kuala Terengganu setiap hari yang jaraknya lebih kurang 40km. Kalau jalan dalam keadaan yang baik dan ada highway macam kat Penang tak per.. tapi ni jalan kampung... Hmm.. kalau tak, tak lah aku terlibat dengan kejadian-kejadian yang diingini berlaku..pada mulanya, aku n hubby ada juga terfikir nak tinggal diperantaraan antara Kuala Berang-kuala Terengganu, macam tinggal kat Wakat Tapai ker.. Bukit Payong kerr.. tapi bila dihitung lebih untung tinggal di kuarters sebab semuanya free..rumah pun dah penuh dengan segala kelengkapan..tak perlah penat sikit.. lama-lama biasa la.. pepatah melayu ada kata "Alah bisa tegal biasa" sekarang ni pun dah hampir 10 bulan kat sini..rindu kat kampung halaman bukan main lagi (last balik masa raya haji aritue..) nak makan char kue teaw, laksa penang, nasi lemak bungkus ikan bilis..sedapnyerr.. kat sini tak dak suma tue.. kalau ada pun tak sama....hu..huu.. abang jom kita balik utara....

sekitar kuarters MARDEC Kuala Berang


Gates....


Home Sweet home..


My House..


Padang Bola.. Padang mainan Aqil..


Nice view I like... Peace...

14 January 2010

Santapan Jiwa

Seminar Ilmuan Sempena Maal Hijrah

Panel:
Dr. Rubiah Binti Hamzah
Perunding Motivasi

Tajuk:
Memantapkan Ukhwah Memperkasakan Ummah

Pada:
14 Januari 2010
(28 Muharram 1431)

Tempat:
Tingkat 4, Menara Yayasan Terengganu

Anjuran:
Yayasan Islam Terengganu

Diantara intipati seminar adalah:

  • Membawa suatu anjakan paradigma kepada masyarakat Islam Mengenai masalah-masalah pemikiran muslim waktu kini.
  • Memberi kesedaran tentang kepentingan pemantapan Ukhwah.
  • Membuka minda kaum muslimin mengenai reality Ummah Islam masa kini tentang pemantapan Ukhwah dapat memperkasa Ummah.
  • Mendekatkan lagi orang Islam kepada persaudaraan dengan suasana lebih ceria.
  • Ukhwah yang mantap akan menjurus kepada kemajuan Ummah.
  • Menampakkan kehebatan Ukhwah Islamiah
  • Menghidupkan suasana ilmu kehebatan Islam..

Kesimpulan yang boleh disimpulkan diakhir seminar ini adalah: pemantapan ukhwah bermula dari dalam diri kita sendiri, betulkan hati dan kedudukan kita di sisi Allah, sesungguhnya ummah yang perkasa dan berjaya itu bermula dari ukhwah kita sesama insan.

“Generasi yang mampu membina ukhwah dan ummah yang kuat ialah mereka yang amat takut bila diri berdosa dengan Allah, takut maksiat kalbu seperti angkuh, sombong, Ujub, riak, suka menonjol diri, berprasangka buruk, hasad dengki yang boleh menggugurkan pahala solat, puasa dan solat malam dan kebaikan yang dikerjakan seperti menghanguskan kayu kering”– Prof. Dr. Yusuf Al-Qardawi

P/S: Seminar ni memang best, syabas untuk Dr. Robiah kerana berjaya menaikkan semangat para peserta.. keep it up..!! kalau ada peluang memang teringin nak join workshop Dr…

TRAGEDI

Semalam adalah saat yang paling mencemaskan berlaku dalam perjalanan pulang dari tempat kerja aku memandu Kelisa kesayanganku dalam kelajuan 60 km/j..babi melintas dengan tiba-tiba.. nak tak nak memang kena langgar.. berpusing kereta aku…Cuba bayangkan kereta yang melanggar babi tunggal ... mungkin babi tu tak ada apa-apa tapi kereta yang melanggar tu teruk kemek... kulit babi tu kebal siut....


Tapi apa yang penting pemandunya terselamat… syukur Alhamdulillah.. aku masih berada di bawah lindungan Dari-Nya dan masih lagi aku diberi peluang untuk berada di bumi Tuhan ini.


Memang selalu kita dengar kenderaan langgar babi di jalan raya... Siapalah yang perasan bila babi tu main terjah melintas dengan selamba secara tiba-tiba keluar dari semak belukar... Tak boleh nak buat apa-apa.. brek pun tak sempat nak tekan.. Ciss.. Babi punya babi... babi

Disebalik cerita kereta langgar babi.. lain pulak bagi kaki judi....pada firasat mereka, kereta yang melanggar babi berkemungkinan nombor kereta tu akan naik tak kiralah tempat pertama ke.., ke -2 ke.., ke-3 ke.., atau saguhati... Untung nasib kalau beli No. Pendaftaran kereta tu dengan bermodalkan RM 10 kat kedai 4D, TOTO, Magnum atau Kuda memang dapat merasalah duit loteri..... atau pun orang yang beli nombor tu yang terkena (No tak naik..) lepas tue bagi alasan nombor tu berpusing, miss lah.. apalah.. hmm.. Salah tempat naik pun banyak jugak yang berlaku... Walau bagai manapun itu semua nasib je.... tak ade kena mengenanya dengan kepercayaan nombor pendaftaran kereta naik sebab kena langgar babi.... Bagi aku kalau kereta kena langgar babi ni bukan dapat duit tapi kena keluar duit nak repair kereta.. banyaklah Feninlerr..

Terpulanglah pada diri sendiri.. yang haram tetap haram hukumnya..

JUDI MENURUT ISLAM

Judi diharamkan oleh Islam dan sebarang bentuk penglibatan dengan unsur judi dalam apa-apa aktiviti muamalah perlu dihentikan segera. Ini kerana harta yang diperolehi daripada sumber judi adalah haram tidak kira bagaimana bentuk perjudian tersebut. Antara sebab pengharaman judi adalah kerana terdapat unsur penindasan, penipuan, kebergantungan kepada nasib, mencetus permusuhan dan boleh menjejaskan ekonomi individu, masyarakat dan Negara

“Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah olehmu, pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Dan dosa keduanya adalah lebih besar daripada manfaatnya”.-Surah Al-Baqarah Ayat 219

P/S : Gambar Kelisa yang langgar babi tak dapat disiarkan..

sebabnya hubby aku lupa nak snap sebab

kalut sangat nak baiki pastu nak jual terus..

kalau langgar benda lain ok gak,

tapi ni langgar babi sebab tu nak jual terus..hu..huu…