Followers

28 November 2013

Milik Siapakah Hati Anak?

Walaupun kita yang melahirkan anak-anak tidak bermakna hati anak-anak milik kita. Mereka mempunyai pilihan untuk memilih memberikan 'hatinya' pada sesiapa sahaja.

Anak-anak boleh berkata ' I love you mummy and daddy' tetapi belum tentu mereka memahami dan merasai peluru 3 ayat ini. Apabila kita bertanya seterusnya, 'Macam mana adik sayang mummy dan daddy?' jawapannya selalu akan bermula dengan 'errr...hmmmm...' yang menunjukkan mereka tengah memikirkan apa yang patut diperkatakan.
Ini sering kali berlaku terutama kepada anak-anak yang kurang mempunyai masa dengan kita atau cenderong dijaga oleh orang lain.

Kesannya, apa yang diluahkan hanya sekadar dibibir sahaja tetapi tidak pada tindakannya hingga menyebabkan komunikasi kita dengannya dan adik-beradik sentiasa menimbulnya pelbagai masalah seperti berebut permainan, degil dan suka bergaduh sesama sendiri.

Melalui cara tertentu, hati anak-anak boleh 'dipesongkan' agar mereka sentiasa dekat, rapat dan merasakan bagaimana kita menyangi dan mencintainya.

Ianya bermula dengan sentuhan.
Sentuh anak-anak dengan lembut dan penuh perasaan sayang. Tunjukkan betapa kita menyayanginya.
Luahkan bagaimana caranya untuk memberitahu yang kita mencintai dan menyayanginya.
Anak-anak akan mula meluahkan apa yang dipendamkan didalam hatinya. Mereka menjadi jujur dengan diri dan kita. Biasanya disebut, hatinya dibibir yang membawa maksud apa yang diperkatakan adalah itu yang anak-anak rasai.

Kesilapan ramai ibu bapa menyentuh anak apabila dalam keadaan yang marah dan 'berserabut' dengan masalah tempat kerja. Ini menyebabkan jiwa anak-anak juga menjadi serabut tanpa sebab. Mereka tiba-tiba sahaja mengamuk, merajuk, sedih walaupun anak ini seorang diri. Sebaik-baik sentuhan adalah apabila kita dalam keadaan yang tenang dan gembira. Ia memberi rangsangan yang baik kepada anak-anak untuk kekal merasai dan memahami kebahagiaan.

3 cara mudah untuk membantu menetapkan hati anak-anak adalah:

1. Fahami.
Memahami apa yang mereka suka dan tidak. Ia bukan sahaja makanan tetapi segala-galanya termasuklah warna kegemaran, guru yang disukai. Malah, kongsikan dengan anak apa yang kita suka dan tidak. Ini membantu anak-anak mengenali kita dengan lebih mudah.

2. Hormati.
Apa sahaja minat mereka, hormatinya kerana mereka juga adalah manusia yang mempunyai keinginan. Sokong dan pantau apa yang dilakukan agar tidak melampaui batas.

3. Bersama.
Lakukan aktiviti bersama-sama walaupun hanya bermain gadjet. Ini kerana anak-anak lebih mudah bercerita apa yang mereka rasai apabila bermain bersama.

Jika kita halang minatnya, kita sebenarnya sedang 'membunuh' jiwanya. Kesannya, mereka akan 'curi-curi' main.
Apa kata kita dorongkan mereka dengan cara yang betul.
Hantarkan ke kelas atau program yang boleh membantu meningkatkan kemahirannya.
Perkongsian yang sangat menarik dari Liyana Malek, Pakar Emosi Anak

1 comment:

Unknown said...

Good info dear. TQ