Followers

24 August 2011

Persiapan Raya

Sekarang ni kita dah masuk hari-hari terakhir Ramadhan.. ini bermakna tinggal beberapa hari saja lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda kemenangan bagi umat Islan yang berpuasa..semoga ibadah puasa kita pada tahun ni diterima olehNya dan berharap agar kita bertemu lagi bulan penuh keberkatan ini di tahun2 akan datang...amin..

Raya tahun ni..aku tak perlu lagi sibuk nak packing barang dan kalut nak travel jauh2 untuk balik kampung raya..kalau dulu masa diperantauan minggu akhir sebelum cuti raya ni aku memang dah tak senang duduk.. asyik ingat kampung jer.. kerja pun dah tak boleh nak konsentrate...sekarang ni.. macam relaks jer.. umah mak dekat.. umah mil dekat.. sedara mara pun dekat.. hmm.. cuma yang kalutnya sekarang ni.. nak cari baju raya.. baju aqil n hubby dah siap dibeli.. tinggal baju aku jer yang belum.. dok kalut kat hero aku dua org tu.. kat diri sendiri lupa.. tak per ada masa lagi.. weekend ni sempat kot..

Untuk biskut raya.. aku dah siap tempah n dah dapat pun.. tak byk sgt aku beli.. cadangnya nak buat sendiri.. ingat nak buat biskut cip coklat n mazola.. biskut paling mudah. n paling simple.. hi..hii.. harap2 sempat dan menjadi la biskut aku nanti..

Untuk zakat fitrah...tak payah pikir sebab en.suami dah settle kan utk aku n aqil... hmm.. apa lagi yer yg tertinggal untuk raya tahun ni? rasanya dah complete kot.. duit raya untuk dsedekahkan pd anak2 yg datang beraya pun dah tukar....aku mntak tlg opismate tukarkan semalam dekat CIMB...hmmm.... dah tak sabar rasanya nak raya ni..

Sekadar pesanan.....
Jgn jadikan sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk kita menunjuk2 dan bermegah2.. sehingga berlaku pembaziran dan mewujudkan sifat riak dlm diri kita

"Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhan-Nya".-Surah al-Israa' ayat 26-27

PANDUAN SAMBUTAN AIDILFITRI
  • Pada malam Hari Raya Aidilfitri kita disunatkan untuk menghidupkan malam tersebut dengan laungan takbir dan bacaan Al-Quran, berzikir dan sebagainya
  • Pada pagi hari raya pula kita disunatkan mandi dengan niat kedatangan aidilfitri, memakai bau-bauan yg harum, membersihkan diri dgn bergunting rambut, memotong kuku dan memakai pakaian yang cantik2 kerana hari tersebut adalah hari untuk berhias.
  • Sebelum ke masjid untuk sembahyang raya, kita disunatkan untuk memakan buah kurma dgn bilangan yg ganjil, ini adalah yg diamalkan oleh Rasulullah saw sblm ke masjid utk smbahyang raya.
  • Bagi memeriahkan aidilfitri, sudah semestinya amalan kunjung-mengunjungi, ziarah menziarahi kaum keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga utk bermaaf-maafan bagi mengeratkan lagi silaturahim.

"Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa".Surah Ali-'Imran ayat 133

22 August 2011

Fuel Consumption

Kepada sesiapa yang ingin membeli kenderaan yang jimat minyak (bermakna untuk save duit $$$, BETUL TAK?)

Ini pengiraan dari segi kos minyak sahaja tidak dibandingkan dengan prestasi,prestij dan maintenance.


Mari sama-sama kita buat satu pengiraan mudah sebelum anda membuat keputusan untuk membeli kenderaan yang agak MAHAL (bagi sesetengah golongan) berbanding kenderaan buatan Malaysia (PROTON).

Bukannya nak condemn mana-mana jenama kenderaan, tapi hanya untuk berkongsi pendapat dari segi PENJIMATAN . (WANG $$$$ yang dibelanjakan).

Untuk kenderaan 1.6 cc


Harga Vios : RM 74000

Harga Honda City: RM 84000
Harga Proton: RM 56800 (Katalah PERSONA)
PERBEZAAN HARGA
Vios Vs Proton: RM 17200
Honda City Vs Proton: RM 27200

Diandaikan dalam masa 4 tahun, millage kenderaan anda akan mencecah 100,000 km. So, pernahkah anda membuat pengiraan, berapa yang dibelanjakan untuk pembelian petrol?.


Katakanlah, harga petrol sekarang adalah RM 2.70 se-liter. Dan andaikan juga kenderaan seperti PERSONA menggunakan minyak sebanyak 7 Liter/ 100 km yang mana agak tinggi kalau dibandingkan dengan VIOS dan HONDA CITY.


Dengan itu untuk 100,000 km harga pertol yang dibelanjakan adalah seperti perkiraan berikut:

100000 (km) bahagi 100 (liter) = 1,000 darab 7 (liter) = 7,000 darab 2.7 (harga minyak seliter) = RM 18,900.00

DENGAN ITU, PEMBELIAN PETROL UNTUK KENDERAAN PERSONA ADALAH SEBANYAK RM 18,900 BAGI PENGGUNAAN SEBANYAK 100,000 KILOMETER. (4 TAHUN)


Harga Kenderaan (PERSONA) campur (+) Jumlah Petrol yang digunakan (100,000KM) BERSAMAAN = RM 75,700


IKLAN BARU BAGI HARGA KENDERAAN

Toyota VIOS: RM 74000 (tanpa petrol)
Honda City: RM 84000 (tanpa petrol)
Proton PERSONA: RM 75,700 (TERMASUK petrol untuk perjalanan sehingga 100,000km) DIANGGARKAN DLM 4 TAHUN
HA!!!! NAK PILIH YANG MANA!!!. TEPUK DADA TANYA SELERA.

SEKADAR BERKONGSI IDEA. WALAUBAGAIMANAPUN, TERPULANG KEPADA PILIHAN ANDA.


-copy dr web org

P/S: actually..my hubby email this story to me...and aku tak tau dr mana dia dpt sumber ni..hmm..ala.. ni semua alasan nak tukar kereta baru la ni... bknnya ammi tak tau..

16 August 2011

Happy 4th Wedding Anniversary


Alhamdulillah...
Hari ni genap 4 tahun aku menjadi isteri kepada en anizan aziz..
sekejap jer masa berlalu..
terasa macam baru semalam kami menjadi pengantin baru...
Semoga ikatan ini akan terus berkekalan selamanya...


Untuk Mr. Hubby:
Terima kasih untuk tahun-tahun yang membahagiakan ini...
semoga kebahagiaan yg dikecapi akan terus menjadi milik kita...

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA YANG KE-4

Tahun ni..sambutan ulangtahun perkahwinan kami macam tak best jer...en suami sakit.. kena chiken pox..jangkit dari aqil... sian dia.. hari ni dah dua hari MC... hmm.. tak per..nanti abg sihat kita celebrate yerr...ammi doakan moga abg cepat sembuh...



9 August 2011

Cerita Puasa

Minggu lepas… Aqil kena demam campak…then terpaksa la aku susahkan mak aku kat kampung.. habis nak buat macam mana lagi.. kelayakan cuti tahunan aku pun dah habis Cuma tinggal dua hari jer tu pun nak simpan untuk aidilfitri tahun ni…hmm.. dugaan betul la bulan2 puasa ni…hmm...penat tau berulang Jitra-Seb. Perai hari-hari.. my hubby pulak berulang Jitra-Baling…jarak perjalanan kami sama lebih kurang 208km cuma yang beza nya my hubby kena ikut jalan biasa selepas exit tol Gurun... dan aku kena terus gunakan lebuhraya... kalau nak dihitung tol + minyak untuk dua buah keta RM800++ seminggu!!!Aduyaii… bertambah letih jadinya kalau tak dengan RM800 tu macam2 dah aku boleh buat.. hmm...tapi nak buat macam mana dah terpaksa.. kalau demam campak ni mana2 pusat jagaan pun tak nak terima.. takut jangkit pulak kat budak2 lain…hmm..apa pun.. terima kasih sgt kat mak n ayah aku yg sudi jaga aqil.. memang tip top la mak jaga…yer la kat umah tok sekarang ni ada 5 CD ultraman tok ayah beli utk Aqil..Tok yg kerah tok ayah p beli.. tok kata kalau tak dak CD ultraman tok tak boleh nak buat kerja umah…kalau ada CD ultraman senang tok nak masak ke apa ka..sebab nnt aqil akan layan ultraman jer…jadi aqil tak la kacau tok…he..hee.. aqil..aqil.. sian tok.. hmm…

Dah lebih seminggu aku di kampung...dan hari ni dah masuk hari kedua aku berbuka dirumah sendiri…hmm…baru pukul 3 tapi kepala aku dah pening dok pikir menu apa nak berbuka petang ni… kalau kat umah mak balik jer kerja menu berbuka dah siap terhidang.. dengan masakan yg jgn cakap lah.. memang marvelous!! Hmm...kalau sahur pun tak payah bangun masak semua mak yg buat… aku nak tolong tapi bila bangun jer semua dah siap.. so..? makan jer la kan… hmm…tengkiu mak.. !! Ni dah balik umah sendiri semua kena settle sendiri.. macam pagi tadi aku lewat bangun… kelam kelibut jadinya.. tu la tido lagi lepas sahur ha.. kan dah terbabas…my hubby kalau aku tak bangun dia pun tak bangun jgk.. hmm… nasib baik sempat..

So hari ni.. nak makan ape yea..? rasanya nak g cari tom yam seafoodlah.. rasa macam best jer..


nampak sedap kan tom yam ni....

1 August 2011

Terapi Puasa

Sebagai Pencipta manusia, jasad dan roh, Allah s.w.t. pasti lebih tahu apa yang baik untuk manusia. Kewajipan puasa tidak hanya bertujuan merawat jiwa manusia dalam ketaatan dan kepatuhannya kepada Allah tetapi juga sebagai terapi tahunan untuk tubuh manusia.


Ini jelas dilihat dalam surah al-Baqarah ayat 184 bermaksud: Berpuasa itu lebih baik bagi kamu, kalau kamu mengetahui.


Puasa telah sedia dikenali sebagai satu rawatan semula jadi untuk pelbagai jenis penyakit sejak beribu-ribu tahun dahulu. Ramai pakar perubatan kuno berpuasa dan menyarankan pesakit-pesakitnya agar berpuasa sebagai satu kaedah rawatan. Contohnya, Ibnu Sina, pakar perubatan Islam, menyifatkan puasa sebagai rawatan untuk pelbagai jenis penyakit.


Malah doktor-doktor Islam kini mengakui puasa boleh mengubati penyakit cacar dan sifilis. Napoleon ketika menawan Mesir, mengamalkan terapi puasa untuk mengawal penyakit berjangkit. Dr. Fredrick Hoffman, dari Universiti Moscow pada 1769 menasihatkan pesakit-pesakitnya agar berpuasa ketika sakit. Menurut beliau, puasa memberikan masa untuk perut berehat dan memberikan ruang untuk tubuh mengembalikan kekuatan.


Allah sendiri menjelaskan bahawa puasa yang diwajibkan ke atas kita ini telahpun diamalkan oleh umat-umat sebelum ini. Firman-Nya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183)


Pada kurun ke-19, Zeland, seorang pakar perubatan Rusia, mengumumkan bahawa puasa memberi kesan positif kepada urat saraf, sistem penghadaman dan darah. Katanya lagi, puasa memberikan masa yang cukup untuk tubuh berehat, di samping beroleh kekuatan baru.

Sebenarnya hakikat puasa sebagai terapi melawan penyakit bukan sesuatu yang baru. Rasulullah yang hidup pada zaman gelap sains, mengakui bahawa puasa adalah senjata untuk melawan penyakit. Sabda baginda, “Puasa adalah senjata untuk mempertahankan diri”. (riwayat Imam Ahmad)


Pakar-pakar moden kini mengesahkan bahawa setiap orang perlu berpuasa, sama ada orang itu sihat, apatah lagi jika sakit. Pelbagai racun memasuki tubuh sepanjang hidup kita, melalui makanan dan minuman moden yang tidak sihat dan sarat dengan bahan kimia dan udara yang tercemar.


Tubuh tidak mampu menyingkirkan semua racun ini dan menyebabkan manusia semakin lemah. Puasa dapat memberi ruang dan kesempatan untuk sel-sel tubuh membersihkan diri mereka daripada racun-racun ini dengan lebih berkesan. Berbeza dengan amalan diet biasa, kaedah puasa Ramadan adalah yang terbaik kerana dilakukan dengan sistematik setiap tahun.


Walaupun keberkesanan terapi puasa terhadap tubuh telah diakui tetapi perkara paling menakjubkan ialah kemampuannya untuk merawat masalah psikologi yang kritikal. Puasa memberi masa untuk sel-sel otak berehat dan pada masa sama, bertindak membersihkan sel-sel darah daripada toksik. Darah bersih yang memasuki otak ini akan turut sama membersihkannya.


Hasilnya, orang yang berpuasa mempunyai otak yang lebih kuat dan cerdas untuk berfikir. Ini dibuktikan apabila Pengarah Institut Pesakit Mental Moscow, Dr. Yuri Nikolayev, merawat 7,000 pesakit mental dengan menggunakan terapi puasa, setelah semua kaedah dan ubat-ubatan lain tidak berkesan. Menakjubkan rawatan ini berjaya!


Bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan yang tidak membenarkan mereka yang mempunyai masalah psikologi berpuasa seperti pesakit yang menderita epilepsi (sawan) yang disebabkan oleh kekurangan kandungan gula dalam darah kerana memerlukan pengambilan ubat sepanjang Ramadan.


Begitu juga dengan pesakit skizofrenia, menggunakan ubat yang menyebabkan mulut kering dan dahaga.

Pengguna Lithium juga tidak boleh berpuasa kerana kekurangan air di dalam badan boleh menyebabkan kepekatan darah dan menukarkan dadah menjadi racun.

Kebanyakan doktor menyarankan agar pesakit diabetes jenis 2 agar tidak berpuasa kerana memudaratkan. Tetapi, Dr. Riyadh Sulaimani dan rakan-rakannya di Kuliah Perubatan Hospital al-Malik Khaled al-Jami’, pada 1990, telah menjalankan kajian tentang kesan puasa Ramadan kepada pesakit diabetes jenis 2.

Seramai 47 orang pesakit diabetes jenis 2 yang terlibat dalam kajian ini telah berpuasa dan didapati tidak terdapat kesan yang memudaratkan kepada mereka dari segi berat badan dan kandungan gula dalam badan.


Bagaimanapun, mereka ini sebaiknya mendapatkan nasihat doktor sebelum berpuasa. Pesakit yang bergantung pada suntikan insulin, tidak disarankan berpuasa kerana mereka perlu makan setengah jam selepas suntikan. Namun begitu pesakit yang menggunakan ubat-ubatan, mungkin boleh mengambil manfaat daripada puasa terutama mereka yang mengalami berat badan berlebihan.


Puasa boleh membantu anda kekal muda remaja! Sekurang-kurangnya itulah yang di dakwa oleh Dr. Masora EJ dari Fakulti Psikologi Universiti Texas, yang mengkaji kaitan puasa dengan faktor panjang umur dan awet muda. Dengan mengurangkan 50-70 peratus makanan yang diberikan kepada beberapa ekor tikus, didapati ia membantu memanjangkan jangka hayat mereka serta dapat mencegah penyakit-penyakit yang berkaitan dengan usia.


Terapi yang dinamakan sebagai Antiaging Action of Caloric Restriction (CR) ini berkesan kerana pembersihan berterusan sel-sel tubuh melalui puasa dapat memanjangkan umur sel dan melambatkan proses penuaan.


Selain itu, keperluan badan terhadap protein juga menurun dan ini membolehkan sel-sel berehat dengan baik. Puasa juga dapat memperbaharui sel-sel dengan cara yang selamat.

Benarlah seperti yang disabdakan Baginda, nabi yang ummi yang tidak mengenal huruf, bahawa puasa adalah senjata untuk mempertahankan diri. Ini kerana, ketika puasa menyebabkan perubahan hormon di dalam badan.


Kajian Dr. Kernt et. al, telah mengesan perubahan dalam pengeluaran Hormon Pembesaran (Growth Hormone) oleh kelenjar pituari dalam tubuh orang yang berpuasa. Ini memberikan kesan positif dalam menguatkan sistem imuniti tubuh. Seperti yang kita tahu, sistem imuniti adalah ‘senjata’ mempertahankan diri daripada serangan luar. Dengan semua nikmat ini, bulan Ramadan layak dinobatkan sebagai Bulan Kesihatan Sedunia!


Maha Suci Allah yang telah menganugerahkan nikmat Ramadan ini. Kita berpuasa kerana Allah, begitu juga dengan semua ibadat lain. Kerana ketaatan ini, kita menerima kebaikan di dunia dan di akhirat berupa kesihatan yang baik. Sedangkan pada masa yang sama orang bukan Islam berhempas pulas mengkaji tentang puasa, nikmat yang telah lama kita kecapi.


* ROHIDZIR RAIS
Editor di Telaga Biru Sdn. Bhd.

Sumber: http://www.utusan.com.my/ - 2/10/2007

"Selamat Menjalani Ibadah Puasa Dengan Penuh Kesabaran
Untuk Semua umat Islam"



19 July 2011

Yusuf Taiyoob

Ramadhan memang sangat sinonim dengan buah kurma... kalau berbuka puasa tanpa buah kurma memang tak lengkaplah juadah berbuka kita...lagi pula umat Islam disunatkan untuk berbuka dengan buah kurma ni..memandangkan Bulan Ramadhan dah dekat jadi dikesempatan yang ada tadi aku dengan kengkawan ofis sempat ke kilang Yusuf Taiyoob yang terletak di kawasan perindustrian Bukit Minyak, Seberang Perai Pulau Pinang.. bagi mereka yang kerap menggunakan lebuhraya untuk ke Utara Tanahair..pasti biasa terlihat kilang milik Yusuf Taiyoob ni yang berada betul2 kat sebelah lebuhraya...Beli dari kilang ni kita boleh dapat dengan separuh harga lebih murah dari harga dipasaran.. tapi kita kena beli borong...macam kitorang share dengan kengkawan sape yg nak.. so dapatla beli dengan harga yang murah..


kat entrance...kena ambik pass pelawat dulu
then br bleh masuk


antara produk yg dijual
dulu diorg kata boleh rasa sekarang dah tak boleh
jadi...tgk jer la..


Produk yg dipelbagaikan menggunakan kurma


The order form


Then bayar kat sini-dapat chocodate n kek dates free
sedapp....!!!


Penuh bonet keta aku dengan kurma..


Nabi s.a.w. bersabda:
“Jika seseorang kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci”
(Abu Daud dan at-Tirmidzi)

INFO KURMA
  • Rutob ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering. Ianya lembut dan manis. Manakala tamar ialah buah kurma yang sudah kering.
  • Orang yang berpuasa disunatkan berbuka dengan rutob atau kurma atau meminum air biasa jika ketiadaan kurma. Inilah tertib yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
  • Hikmah disunatkan kita berbuka dengan tamar ialah kerana kurma dipercayai mengandungi glukosa yang mampu memberikan tenaga segera kepada badan. Ia juga dipercayai kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Kandungan protein di dalam sebiji kurma adalah kira-kira 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya adalah 50 hingga 57%.
  • Sesiapa yang berpuasa dengan ikhlas kerana Allah, kemudian beramal mengikut sunnah Rasulullah SAW akan diberi ganjaran pahala di akhirat serta mendapat nikmat dan rahmat Allah SWT di dunia dan akhirat

18 July 2011

Wanita Malaysia Tangga Ke 16 Paling Tertekan

Wanita India mendahului senarai golongan paling tertekan di dunia manakala wanita Malaysia berada pada kedudukan ke-16, menurut satu kaji selidik baru-baru ini mengenai tahap tekanan perasaan yang dihadapi wanita. Wanita di India hidup dan bekerja dalam suasana penuh tekanan, menurut kaji selidik terbaru yang disediakan oleh syarikat media dan maklumat Nielsen. Kajian itu menyelidiki corak membeli dan tingkah laku sosial wanita-wanita di seluruh dunia. Kaji selidik yang dijalankan di 20 negara membangun dan ekonomi yang baru muncul di dunia, mendedahkan bahawa wanita di seluruh dunia berasa tertekan dengan wanita di negara-negara yang dikatakan baru muncul berdepan dengan tekanan yang hebat berbanding wanita di negara-negara maju.
Wanita India adalah golongan paling tertekan (87 peratus), diikuti oleh Mexico (74 peratus) dan wanita Rusia (69 peratus). Di negara-negara maju, tahap tekanan perasaan tertnggi dihadapi wanita Sepanyol (66 peratus), Perancis (65 peratus) dan Itali (64 peratus). Wanita Malaysia (44 peratus) berada pada kedudukan ke-16 dengan wanita di Thailand (45 peratus) berada pada tempat ke-15 dengan Korea Selatan (45 peratus). Wanita Asia lain iaitu Jepun (52 peratus) berada pada kedudukan ke-12 dan wanita di tanah besar China (51 peratus) pada kedudukan ke-13.
Menurut “Economic Times” India, antara sebab tahap tekanan tinggi yang dihadapi wanita di negara-negara perindustrian baru (NIC) boleh dianggap sebagai contoh, sejak kebelakangan ini sektor korporat dan pekerjaan di India telah berkembang pesat sedangkan corak peranan tradisional masyarakatnya tidak berubah. Wanita kerap berhempas pulas dengan norma-norma tradisional dan peranan mereka di zaman moden. Walaupun wanita di seluruh dunia perlu menjalankan peranan yang berbeza, faktor penentu bagi tahap tekanan yang tinggi yang dihadapi itu disebabkan kekurangan wang, menurut satu ulasan yang dibuat oleh wanita dalam pasaran negara yang berkembang.
Satu sikap yang khusus mengenai wanita India ialah walaupun mereka mempunyai tekanan yang maksimum, mereka membelanjakan wang untuk diri sendiri berbanding di negara-negara lain. Lebih dua pertiga wanita India mengaku mereka membeli produk kecantikan sedangkan 96 peratus menyebut bahawa mereka banyak berbelanja untuk pakaian.-Bernama

Sumber: Malaysiakini.com



p/s: so.. untuk jadi wanita2 hebat kita perlu bijak menangani stress...

4 July 2011

Aku Permata

Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan

Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
Ku beranikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh
Ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar
Agar permataku terus bersinar

By: Salma Mentor 5

I'm really like this song...

27 June 2011

Bumblebee Tertinggal Kunci

Semalam..aku ke rumah my MIL… lawatan hujung minggu kalau aku n mr hubby free…aku ni pagi2 dah bersiap…ingat nak bertolak awal pastu sebelah petang boleh la mencari agenda atau aktiviti best di hujung minggu… bila dah siap semua aku n Aqil tunggu mr hubby dalam kereta…selalunya kalau bab nak finalise semua benda sebelum keluar umah tu tugas aku tapi kali mr hubby nak take over katanya ada benda tertinggal.. tak per la aku ok kan ajerrr… tup..tupp.. dengan muka agak blurr.. mr hubby datang kat kereta bagitau pintu dah kunci tapi kunci tertinggal kat dlm … adoiii…. napela jadi macam tu...hmm….Lepas tu aku ingat masalah boleh settle la..bila ada kunci pintu belakang yang aku letak di bahagian dapur untuk emergency....bila dah dapat buka pintu dapur dan ambik kunci tue… kunci mangga pulak mr hubby tak attached kan sekali kat situ..geramnya.. memang hot sungguh time tu sebab aku rasa dah beratus kali aku pesan supaya kunci tu di attached kan sekali...hmm....kalau tak dah settle masalah…. tapi tak per aku sabarkan ajerr diri aku ni… tu la careless lagi kalau apa2 benda tu kalau aku tak ingatkan memang tak jalan….ha..dah tak dak cara lain selain p kedai hardware cari gergaji besi… hmmm.. dah buat kerja bawah cuaca panas.. apa lagi habisla mr hubby berpeluh basah macam orang mandi…nak gelak aku tgk dia tapi kesian pun ada jgk… aduiii.....

Dah selesai semua dalam kul 12.30 baru sampai umah MIL… lepak punya lepak macam mana ntah tetiba mr hubby ajak g jln umah kakak dia kat Taiping then aku ok jer sbb Taiping dengan umah MIL aku ni bkn jauh pun… dah siap2 nak pergi kitorang dok depan umah sementara tunggu MIL aku bersiap… nak dijadikan cerita Aqil mintak nak tgk bird kat umah jiran depan umah… kat situ ada la ayam bapak besar.. memang besar ayam tue.. besar lagi dari Aqil…masa Aqil lalu depan ayam tu.. tiba-tiba jer ayam serang aqil.. masa kena serang aqil terjatuh.. bergelut Aqil dengan ayam tu sekejap.. memang aku tak sangka langsung yang ayam tu akan serang Aqil… hmm…yang tak boleh tahannya...Aqil menjerit panggil ‘bumblebee’ sambil nangis nak mintak tolong….kesian aqil.. nasib baik mr hubby cepat.. memang kena ‘sepak’ la ayam tu dengan mr hubby... kira mr hubby jd bumblebee Aqil la time tu...Bumblebee tu adalah salah satu watak robot dalam filem Transformers… aqil memang minat gila dgn transformer… hari2 dia tgk sampai setiap dialog dalam filem tu dia dah boleh ikut.. aku yang tgk keadaan tu tergamam tak tau nak buat apa...mengigil aku... takut apa2 jadi dengan Aqil..Tapi nasib baik la aqil tak apa-apa…. Cuma calar sikit jer kat bahagian lengan kena cakar… bila aku tanya Aqil takut tak dengan ayam tu.. dia Cuma geleng kepala then bersemangat nak fire ayam tu... Kesian kan? Budak sekecik tue apa la yang dia tahu….


ayam yg serang aqil tu warna putih macam nila



Bumblebee


Pic: credit to Mr Google


20 June 2011

Kerja Oh Kerja

Aku tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan aku yang seronok dapat balik semula bertugas di tempat yang dekat dengan kampung halaman.. dan kembali ke tempat lama di mana tempat aku mula2 lapor diri sebagai penjawat awam dulu.. aku mula lapor diri kat ofis JPPH seberang perai ni pada tahun 2006.. lepas tu tahun 2009 aku memohon bertukar ke Terengganu kemudian diterima dan dipinjamkan ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan tempatkan di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu then pada tahun 2010 aku di arahkan bertugas di ofis JPPH Kuala Terengganu dan pada tahun 2011 ni aku dpt balik semula ke JPPH Seberang Perai selepas 3 bulan permohonan dihantar ke ibu pejabat... Alhamdulillah...urusan aku dipermudahkan...
Lebih 2 tahun aku tinggalkan ofis Seberang Perai ini banyak yang dah berubah...dari segi beban kerja jangan cakaplah memang semakin hari semakin berat.. staff pun banyak yang dah bertukar dan berpindah...lepas tu pulak ramai orang baru dan muda2 kat sini...boss pun boss baru mestila lain cara kerjanya kan...peraturan sekarang juga agak ketat berbanding dulu....yang tak berubah cuma susun atur pejabat jer... masih seperti dulu...tapi walau apa sahaja perubahan yang berlaku.. itu adalah perkara biasa...cuma kita saja perlu belajar untuk menerima setiap perubahan itu..
Dah lebih seminggu aku di ofis seberang Perai ni tapi aku masih lagi terasa lain...walaupun dah biasa dengan keadaan di sini tapi aku tetap rasa lain... mungkin aku rindu kan kengkawan di Terengganu... rindu waktu time makan bersama..rindu mendengar rungutan dan bebelan diorang dan yang paling aku rindu mestila nasi kuning ayam bakar pok long...hmm...kat sini memang susah la nak dapat... kepok lekor pun kena tunggu pasar malam baru ada....



Rindula kat diorang ni..
geng merambu...