Followers

14 January 2010

TRAGEDI

Semalam adalah saat yang paling mencemaskan berlaku dalam perjalanan pulang dari tempat kerja aku memandu Kelisa kesayanganku dalam kelajuan 60 km/j..babi melintas dengan tiba-tiba.. nak tak nak memang kena langgar.. berpusing kereta aku…Cuba bayangkan kereta yang melanggar babi tunggal ... mungkin babi tu tak ada apa-apa tapi kereta yang melanggar tu teruk kemek... kulit babi tu kebal siut....


Tapi apa yang penting pemandunya terselamat… syukur Alhamdulillah.. aku masih berada di bawah lindungan Dari-Nya dan masih lagi aku diberi peluang untuk berada di bumi Tuhan ini.


Memang selalu kita dengar kenderaan langgar babi di jalan raya... Siapalah yang perasan bila babi tu main terjah melintas dengan selamba secara tiba-tiba keluar dari semak belukar... Tak boleh nak buat apa-apa.. brek pun tak sempat nak tekan.. Ciss.. Babi punya babi... babi

Disebalik cerita kereta langgar babi.. lain pulak bagi kaki judi....pada firasat mereka, kereta yang melanggar babi berkemungkinan nombor kereta tu akan naik tak kiralah tempat pertama ke.., ke -2 ke.., ke-3 ke.., atau saguhati... Untung nasib kalau beli No. Pendaftaran kereta tu dengan bermodalkan RM 10 kat kedai 4D, TOTO, Magnum atau Kuda memang dapat merasalah duit loteri..... atau pun orang yang beli nombor tu yang terkena (No tak naik..) lepas tue bagi alasan nombor tu berpusing, miss lah.. apalah.. hmm.. Salah tempat naik pun banyak jugak yang berlaku... Walau bagai manapun itu semua nasib je.... tak ade kena mengenanya dengan kepercayaan nombor pendaftaran kereta naik sebab kena langgar babi.... Bagi aku kalau kereta kena langgar babi ni bukan dapat duit tapi kena keluar duit nak repair kereta.. banyaklah Feninlerr..

Terpulanglah pada diri sendiri.. yang haram tetap haram hukumnya..

JUDI MENURUT ISLAM

Judi diharamkan oleh Islam dan sebarang bentuk penglibatan dengan unsur judi dalam apa-apa aktiviti muamalah perlu dihentikan segera. Ini kerana harta yang diperolehi daripada sumber judi adalah haram tidak kira bagaimana bentuk perjudian tersebut. Antara sebab pengharaman judi adalah kerana terdapat unsur penindasan, penipuan, kebergantungan kepada nasib, mencetus permusuhan dan boleh menjejaskan ekonomi individu, masyarakat dan Negara

“Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah olehmu, pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Dan dosa keduanya adalah lebih besar daripada manfaatnya”.-Surah Al-Baqarah Ayat 219

P/S : Gambar Kelisa yang langgar babi tak dapat disiarkan..

sebabnya hubby aku lupa nak snap sebab

kalut sangat nak baiki pastu nak jual terus..

kalau langgar benda lain ok gak,

tapi ni langgar babi sebab tu nak jual terus..hu..huu…


No comments: