Followers

14 January 2010

Santapan Jiwa

Seminar Ilmuan Sempena Maal Hijrah

Panel:
Dr. Rubiah Binti Hamzah
Perunding Motivasi

Tajuk:
Memantapkan Ukhwah Memperkasakan Ummah

Pada:
14 Januari 2010
(28 Muharram 1431)

Tempat:
Tingkat 4, Menara Yayasan Terengganu

Anjuran:
Yayasan Islam Terengganu

Diantara intipati seminar adalah:

  • Membawa suatu anjakan paradigma kepada masyarakat Islam Mengenai masalah-masalah pemikiran muslim waktu kini.
  • Memberi kesedaran tentang kepentingan pemantapan Ukhwah.
  • Membuka minda kaum muslimin mengenai reality Ummah Islam masa kini tentang pemantapan Ukhwah dapat memperkasa Ummah.
  • Mendekatkan lagi orang Islam kepada persaudaraan dengan suasana lebih ceria.
  • Ukhwah yang mantap akan menjurus kepada kemajuan Ummah.
  • Menampakkan kehebatan Ukhwah Islamiah
  • Menghidupkan suasana ilmu kehebatan Islam..

Kesimpulan yang boleh disimpulkan diakhir seminar ini adalah: pemantapan ukhwah bermula dari dalam diri kita sendiri, betulkan hati dan kedudukan kita di sisi Allah, sesungguhnya ummah yang perkasa dan berjaya itu bermula dari ukhwah kita sesama insan.

“Generasi yang mampu membina ukhwah dan ummah yang kuat ialah mereka yang amat takut bila diri berdosa dengan Allah, takut maksiat kalbu seperti angkuh, sombong, Ujub, riak, suka menonjol diri, berprasangka buruk, hasad dengki yang boleh menggugurkan pahala solat, puasa dan solat malam dan kebaikan yang dikerjakan seperti menghanguskan kayu kering”– Prof. Dr. Yusuf Al-Qardawi

P/S: Seminar ni memang best, syabas untuk Dr. Robiah kerana berjaya menaikkan semangat para peserta.. keep it up..!! kalau ada peluang memang teringin nak join workshop Dr…

No comments: