Followers

11 May 2011

Jiran

Setelah hampir tiga minggu aku berpindah baru semalam aku dapat beramah mesra dengan jiran-jiran ku..semalam masa aku balik kerja jiran2 aku ni tengah lepak kat depan jalan umah aku..aku pun apa lagi join sekali la sambil berkenal-kenalan.. jiran-jiran aku kat tempat baru ni semuanya cina cuma satu jer jiran depan umah aku tu melayu.. walaupun diorang ni dari kaum cina tapi diorang ni ok.. ramah n baik! mungkin cina Terengganu kot.. kalau kat tempat lain aku rasa susah diorang nak layan kita macam tu.. siap bagi no phone diorang lagi.. takut ada apa2 hal yang jadi nanti senang aku nak mintak tolong katanya..mungkin diorang kesian kan aku yang tinggal sorang2 dengan Aqil.. memang aku puji la jiran2 cina aku ni.. baik sangat.. aku yang awalnya tak selesa dengan diorang dah mula suka tinggal kat sini..diorang tak banyak hal dan yang paling penting tak de orang nak ganggu privacy aku..sebabnya kaum diorang ni jenis yang tak ambil kisah.. cuma yang tak tahan nya bila time diorang sembahyang bau solok tu memang menusuk idung.. pening! baik bau getah lagi dari bau solok..apa pun kita kena hormat agama n bangsa diorang..

Hidup Berjiran

“…dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.”(Surah An-Nisa ayat 36)

Pergaulan serta perhubungan yang baik dengan jiran akan membuahkan kehidupan harmoni serta sejahtera. Lebih daripada itu, akan tampak perpaduan dalam masyarakat. Bagi melahirkan suasana itu, maka seseorang perlu tahu dan amalkan adab dalam kehidupan berjiran.
Walau di mana tempat tinggal kita mestilah selalu bergaul mesra, berbuat baik serta menghormati jiran tanpa mengira darjat, bangsa dan agama. Inilah bukti keimanan seseorang sebagaimana dijelaskan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW iaitu, “Barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan jirannya.” (Hadis riwayat Muslim)

Tanggungjawab yang perlu disempurnakan oleh setiap individu Muslim terhadap jirannya sebagaimana garis panduan yang pernah diutarakan oleh Imam Al-Ghazali di dalam kitab Bimbingan Mukmin iaitu:

* Memulakan memberi salam kepada jirannya;
* Menziarahinya ketika sakit dan mengucapkan takziah ketika berlaku kematian atau mengucapkan tahniah ketika mendapat kejayaan;
* Jangan terlalu banyak bertanya hal-hal peribadinya;
* Memaafkan segala kesalahan dan kesilapannya;
* Menutup keaiban yang berlaku pada jirannya;
* Sentiasa bersikap lemah-lembut terhadap anak-anak jirannya;
* Sentiasa membantu apabila ditimpa musibah atau kemalangan;
* Tidak menyakiti dan menyusahkan jirannya.

Sumber :BHarian 01/06/2010

No comments: