Followers

30 May 2011

Tukar, Tukar, Tukar

Penantian hampir 2 bulan akhirnya terjawab.. permohonan balik ke Seberang Perai diluluskan!! Alhamdulillah.. syukur sangat2.. Semalam baru aku terima surat.. 15hb Jun lapor diri.. maybe dalam 10hb tu aku dah berangkat kot.. balik awal sikit coz nak settle penempatan kat tempat baru..

Seronok tu hanya Tuhan yang tahu.. apa pun disebalik keseronokan tu aku tetap rasa sedih.. sedih nak tinggalkan kengkawan yang sekepala kat Trgn ni..walaupun diorang ni kengkadang macam sengal sikit tapi diorang memang best.. Lepas ni tak der lah lagi nak breakfast dengan nasi kuning, nasi dagang, nasi kerabu, nasi minyak berlaukkan ikan ayer... dulu tekak aku tak bleh nak telan makanan kat sini tapi sekarang ni hari2 aku bantai.. hmm.. apa pun Terengganu pasti dirindui.. Untuk menetap disini semula selepas balik ke kampung mungkin tidak tapi destinasi pilihan untuk bercuti pastinya Terengganu akan berada disenarai paling atas..

No comments: