Followers

22 June 2010

Second baby

Sekarang ni bila jumpa kawan-kawan mesti akan ada soalan bila nak tambah baby lagi.. ye la siapa yang tak nak anak kan? Aku kalau boleh memang nak anak ramai.. biar meriah keluarga aku.. tapi memandangkan pengalaman mengandungkan aqil dulu aku jadi berfikir dua kali..pengalaman yang terlalu menguji kesabaran… aku mengalami alahan yang teruk sampai tak boleh bangun..sehinggakan aku terpaksa dimasukkan ke hospital dengan 13 botol air di drip ke badan aku. Makan tak boleh langsung..dan aku terpaksa bertahan pening, loya dan muntah sehingga kandungan berusia 7 bulan.. masuk 8 bulan loya dan muntah hilang.. tapi mulut aku hilang rasa makan apa pun jd tak sedap sampai lah bersalin.. yang aku sedap air kopi ais jer..hmm.. yang best nyer lepas jer bersalin makan nasi sejuk pun sedap.. Pelik betul…
Dalam aku alahan teruk tu aku juga mengalami pendarahan yang agak merunsingkan.. dan kata Dr tu adalah threatened to miscarriage… memang merisaukan aku..bayangkan sampai 7 bulan!! (ada yang kata aku bunting harimau la.. bunting pelandukla.. macam2..) Dahla aku pernah keguguran sebelum tu... uh.. memang menguji jiwa.. apa yang mampu Cuma berdoa pada Tuhan sahaja.. Tapi Alhamdulillah semuanya selamat…walaupun aku diberi kesusahan masa mengandung tapi Allah bagi kesenangan bersalin pada aku.. tak sampai 4 jam contraction aku dah bersalin.. tu pun sakit macam senggugut jer..
Oleh kerana itu…Sebelum nak anak lagi aku perlu bersedia mental dan fizikal.. dulu suami jauh tapi mak ada.. sekarang ni suami ada tapi mak lak jauh kat kampung..hu..huu.. ada orang kata aku ni manja.. layan sangat alahan tu.. ha.. aku rasa aku la yang paling kuat bertahan.. dalam dok muntah-muntah tu bleh lagi sorang diri bawa kereta pergi kerja..masa bleeding teruk aku masuk spital drive pergi sendiri.. tak kesian ke kat aku...manja ke tu?!! Sebab aku anak bongsu kot org kata macam tu.. Hmmm… ntah la… pengalaman mengandung untuk setiap ibu itu tak sama..kalau tak macam mana kita nak bercerita2 kan? Apa pun aku redha..dan bersyukur dengan kurniaannnya.. kini budak kecik tu pun dah besar..dah 1 tahun 7 bulan masa yang sesuai untuk aku merancang anak kedua…Insyaallah..andai ada rezeki kami suami isteri akan ada lagi ahli baru tahun depan…he..he…

Sebelum tu aku perlu:
1. Bersedia dari segi mental, emosi dan fizikal (kena betul2 kuat ni...)
2. Make sure ada pre-conception care, jagaan sebelum mengandung
seperti jaga pemakanan dan ambil acid folic, kalsium, zat besi dan sbgnya atleast sebulan sebelum mengandung. (dah kena start minum susu ni..)
3. Jgn Stress dan tertekan...
4. Banyakkan berdoa.


p/s: Harap-harap aku dapat baby girl kali ni... tapi kalau dapat boy pun tak per aku terima jer..


No comments: