Followers

2 June 2010

My Myvi

Setelah berbulan-bulan menanti akhirnya myvi yang dipesan kini tiba...asal nak beli kat Terengganu last2 balik beli kat kampung jugak.. hmmm...nak beli kereta sebiji pun.. macam2 hal yang jadi.. Rasa macam serik je nak buat urusan beli kereta kat Terengganu ni.. agen ntah apa-apa..

Rentetan pengalaman aku dengan egen Produa kat Kuala Terengganu ni:
1. Tak mesra alam langsung..mostly sombong..
2. Janji nak jumpa nak kul 3.00 datang pukul 4.00.. tak punctual.
3. Bagitau kata dah ada depan bank.. alih2 bila kita sampai tak de.. call tanya.. ada kat traffic light lagi dekat nak sampai dah.. memang bengkak hati aku.. bayangkan betapa tergopoh-gapahnya aku berjalan dengan tumit tinggi 3 inchi..huh..
4. Tak pandai nak ambik hati customer..kot la nak follow up apa-apa perkembangan jgn harap la...Sampai loan approved tak approved pun tanya customer..patutnya aku yang tanya
5. Tunggu order lebih dari 3 bulan dengan tanpa alasan munasabah. bila call jawapan yang dia bagi.. "minggu depan dapat la.." berapa kali minggu depan pun aku tak tau..
6. Pastu Booking kena bayar RM500.00 bila cancel dapat balik cuma RM400.00 yang seratus lagi tu caj perkhidmatan..Sepatutnya egen kenala bagitau dari awal, ni tak..hmm.. aku malas nak kecoh..kalau tak memang dah sampai ke Biro Pengaduan Awam ni..

Geram punya hal aku cancel order kat kat Terengganu, buat booking baru kat Kedah tu pun hanya melalui telefon dan tiada apa2 bayaran untuk booking dikenakan... lepas sebulan aku dapat kereta.. wahh.. sekejap jer dapat.. kenapa Terengganu lembab? banyak sangat sales kot kat Terengganu ni.. ke agen malas nak kerja? huh.. memang sakit hati.. Tapi ni dah dapat kereta terubatla sakit hati tue..

Senang buat kerja kat tempat sendiri tgk ni mula-mula:
1. Call egen pastu booking
2. Faks i/c, lesen dan slip gaji akhir
3. Egen buat application loan baru via Public Bank
4. Lepas 2 hari Pegawai Bank telefon confirm application loan
5. Keesokan harinya egent call bagitau loan lulus
6. Pastu tunggu kereta sampai jer..
7. lepas 3 minggu.. Balik kampung sign agreement then aku dapat kereta.. Yahoo..!!
Haa.. mudah kan? semua urusan pakai telepon jer.. apa yang susah pun aku tak tau.. dalam tempoh 3 minggu tue egen keep contact bagitau perkembangan.. kalau kat Terengganu jgn harap la..kita call pun payah nak jawab.. sakit hati tul.. aku dah band egen produa kat Tganu ni..mungkin bukan semua egen tu teruk tapi disebabkan seorang buatkan aku fed up..huh..!


No comments: