Followers

3 June 2010

Diakhir 20-an

Hari ini genaplah umur aku 29 tahun dah hampir ke angka 30 pun… Terima Kasih Ya Allah..Hingga ke saat ini aku masih lagi diberi peluang untuk hidup.

Terima kasih kepada suami ku yang saban tahun tidak pernah melupai hari kelahiran ku.. pasti ada saja kejutan dan ucapan istimewa.. Paling penting kesabaran abang melayan kerenah ammi yang ntah apa ni.. macam-macam hal tak kena tapi abang tak pernah sekali pun melenting tak tentu pasal..ammi minta maaf yer.. ammi sayang abang tau…bising kat mulut jer tapi kat dalam hati tu sayang ammi dah kebal untuk abang..

Kepada mak yang melahirkan ku 29 tahun dulu terima kasih dengan setiap pengorbanan mak.. segala kesakitan menjaga dan melahirkan itu memang tak dapat nak dibalas… untuk ayah terima kasih banyak kerana sentiasa memastikan segala keperluan ku cukup dan kasih sayang mak dan ayah itu amat sukar diganti.. intan sayang mak, intan sayang ayah.

Untuk Aqil, walau pun tidak memahami.. tapi ammi tahu Aqil juga takkan lupa hari istimewa ammi.. Aqil anugerah tuhan yang amat berharga dalam hidup ammi.. ammi sayang Aqil..

Setiap kali kita mendapat ucapan selamat hari jadi itu bermakna hari itu adalah ucapan untuk kita mengingati yang hari untuk hidup itu makin berkurangan. 29 tahun telah berlalu..dan yang berlalu ianya tidak akan dilalui lagi walaupun sesaat…

Kadang2 aku bermonolog sendirian adakah aku puas dengan apa yang aku ada sekarang? Untuk sesetengah perkara memang aku puas tapi kadang-kadang jauh disudut hati aku..masih ada yang belum aku capai… tapi begitulah sebenar hidup manusia yang tidak pernah puas dengan apa yang kita ada.. aku bahagia dan bangga punya suami sebaik en anizan.. Suami aku lelaki terbaik yang pernah kukenal Lelaki yang caring, loving and sayangkan keluarganya… jarang sekali dia keluar tak tentu pasal sejak aku menjadi isterinya.. yang paling dia suka cuma pergi memancing.. tapi biar lah itu hobinya.. tapi dalam minat dia memancing pun family comes first..this part memang tak boleh nak challenge.. sebab hubby aku ni memang fisherholic (boleh pakai ker word ni..?)

Aku sebenarnya punya impian untuk mencapai tahap tertinggi dalam meningkatkan kerjaya aku..sebabnya aku yakin yang aku boleh sampai ke tahap itu tapi.. semangat itu seolah-olah hilang entah ke mana..aku seolah-olah demotivated to worked harder as a planned before mungkin aku kini ditahap selesa dengan segala keperluan yang ada..Tapi tak per lah biar hubby aku jer yang worked hard to our life … dan aku akan terus bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Nya yang tidak terhingga ini… Itu semua adalah lumrah yang terpaksa kita lalui.. perlu ada kos lepas. Untuk mendapatkan sesuatu kita perlu lepaskan sesuatu.. Cuma kita perlu lihat aras keutamaan sahaja dan aku utama kan mereka yang tersayang lalu lepaskan impian ku…

Di umur akhir 20-an ni.. aku mohon semoga hidupku yang bakal dilalui akan lebih cemerlang dan berbahagia bersama mereka yang aku sayang.. anak dan suami ku.. Ahh…makin singkat rasa hidup ni.. umur makin bertambah tapi amal dan ibadatku masih belum bertambah.. Ya Allah.. Kau ampunilah segala dosa ku..sesungguhnya kau Maha Penyampun lagi Maha Penyayang…Amin….

Selamat Hari Lahir untuk Aku…

No comments: