Followers

1 February 2013

Susu Ibu susu terbaik



Menyusu kali pertama

Kenapakah susu ibu paling terbaik?
Susu ibu atau susu badan adalah makanan terbaik untuk bayi anda. Tanyalah mana-mana pakar kesihatan dan mereka akan mengatakan bahawa cara yang paling sihat untuk memberi makan kepada bayi baru lahir ialah dengan menyusukan bayi anda. Kajian menunjukkan bahawa menyusu secara eksklusif sekurang-kurangnya selama tiga bulan boleh membantu mencegah gastroentreritis pada bayi. Jika anda menyusukan bayi anda selama sekurang-kurangnya empat bulan, anda boleh mengurangkan risiko bayi anda untuk mendapat penyakit pernafasan dan jangkitan telinga.

Susu ibu merupakan sumber makanan yang lengkap; ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi anda – sekurang-kurangnya 400 jenis – termasuk hormon dan bahan melawan penyakit yang tidak terdapat dalam susu formula bayi. Malah, kandungan nutriennya akan mengadaptasi kepada keperluan bayi anda semasa dia membesar. Dan selain dari manfaat pengembangan minda dan imuniti jangkitan dalam susu ibu, yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana susu formula, penyusuan badan boleh membantu membina ikatan istimewa antara anda dan bayi anda. Apabila anda menyusukan bayi anda, bayi anda memanfaatkan kontak kulit dengan kulit, di samping pelukan dan pegangan. Anda juga akan berasa begitu.

Semoga penyusuan susu ibu buat setenit ni berjaya... ameen..

Si tenet Adam 5 bulan 


sumber info: mr. google

9 comments:

Afne said...

salam membalas ziarah :)

bulatnya mata adam!

syuzie's said...

ala tomel-tomel adam......biler auntie syuzi leh jumpa adam

Unknown said...

mg berjaya menyusukan si comel samppai 2 tahun..susu ibu mmg terbaik...diciptakan khas untuk anak kita sendiri

Hajar Hashim said...

Afne:
TQ sudi menjengah blog saya..

Auntie Syuzie:
Nanti ada rezeki Insyaallah kita jumpe yerr...

Mama mia:
hmm..susu ibu memang terbaik..saya rasakan perbezaan itu..

ashra said...

insyaallah..pasti ada rezki yang panjang kalu niatnya ikhlas kan.

chumel adam...

AtieYusof said...

Comellnya Adam..bolat je dia..
khasiat Susu Ibu mmg tiada tara.. bagus sgt utk antibody baby kan?..
TQ follow sy..dah follow sni jg #60:)

Hajar Hashim said...

Ashra:
Itulah hrpnya niat ikhlas sy utk susukan adam sehingga 2thn akan berjaya..

AtieYusof Family:
Susu ibu susu terbaik.. terima kasih follow saya disini..

Unknown said...

salam perkenalan sis...insyaallah moga niat murni kita utk bf baby berjaya....

AtieYusof said...

Singgah Rabu tgk adam yg cute :)