Followers

18 April 2011

updated

Apa yang berlaku minggu lepas adalah sesuatu yang memenatkan fizikal dan mental.. fizikalnya sbb banyak barang yang nak kena pindah..letih ooo... mentalnya sbb kena menahan kesedihan nak tinggalkan umah n kawan2 di kuala berang dan memikirkan keadaan Aqil ditempat baru..

Hari Jumaat:
Pindah rumah dari kuarters Mardec Kuala Berang ke Taman Bukit Bayas Kuala Terengganu.. letih gila.. habis badan sakit2 sebab angkut barang.. banyak rupa barang2 aku kat umah ni..penuh satu lori.. dah tu pindah waktu malam macam orang lari umah jer.. first night kat rumah baru.. tak best panas gila.. kalau kat kuarters sejuk jer.. rumah atas bukit..siap berkabus lagi..

Hari Sabtu:
Balik ke kuarters sekejap nak Buat clearence kuarters... sedih gila bila tinggalkan kuarters ni.. aku dah selesa kat sini.. kawan2, jiran2 semua baik2 belake.. dan yang penting kat rumah ni la aku mula belajar hidup berkeluarga.. sedih memang sedih..tapi nak buat macam mana.. terpaksa jgk pindah sbb tu bukan rumah aku.. hmm..pastu balik pulak ke rumah baru mengemas apa yang patut.. aduyaii.. tak habis2 mengemas sampai sedar2 dah pukul 1.00 pagi.. sambung esok yerr...

Hari Ahad:
Emergency leave.. tak boleh nak bangun pagi sakit urat tak abih lagi.. hari ni jugak first day aqil kat Taska baru.. pagi2 bangun excited sangat nak pergi school.. sampai kat school nangis tak ingat.. "ya allah.. kuatkanlah semangat anak aku..." syian aqil.. tapi ammi nak buat macam mana.. terpaksa jgk hantar aqil kat taska baru tu.. harap2 lepas seminggu aqil akan suka kat school baru tu..

No comments: