Followers

1 March 2011

Pertukaran

Aku memang dah tak sedap duduk bila Mr. hubby terpaksa segera bertukar ke Baling..aku tak nak duduk kat Terengganu ni..dah la tak de sedara mara.. nak nangis jer rasa ni..
Surat permohonan pertukaran aku balik ke Seberang Perai aku dah make sure dihantar hari ini dan aku pun dah talipon HQ td.. Alhamdulilah.. ada berita menggembirakan.. kebetulan ada satu kekosongan untuk jawatan aku yang belum diisi dan belum ada lagi yang masuk waiting list.. jadi aku yang pertama.. memang best..tapi aku kena tunggu sampai bulan 6 sebab kekosongan tu hanya ada pada bulan 6 nanti bila pegawai yang dinaikkan pangkat tu habis buat penangguhan.. harap2 dia tak extend penangguhan dia tu.. kalau tak lagi lama la aku kena stay kat sini..kalau setakat 3 bulan lagi rasanya tak der masalah kot sebab aku boleh import mak aku datang sini temankan aku n Aqil.. Apa pun aku still kena cari alternatif untuk balik ke Seberang Perai lebih cepat.. Tiba2 aku teringatkan ada seorang rakan sekerja di Seberang Perai yang berkahwin dengan suami yang menetap di Besut.. rasanya macam ada peluang nak tukar suka sama suka ni.. aku try call dan bercakap dengan dia.. tapi dia macam tak berminat sebab nak tunggu dan mencuba peluang balik ke Jertih pada bulan 10 nanti bila ada pegawai yang akan berpencen..atas alasan jarak Besut-Jertih lebih dekat.. memang tidak dinafikan ianya memang dekat tapi peluang untuk balik ke tempat yang kita nak tue ada ker? takut ada yang menunggu dan kita terlepas peluang...Entahlah.. harap2 peluang untuk aku memenuhi tempat yang satu tu ada.. semoga proses pertukaran aku diproses cepat..

No comments: