Followers

31 March 2010

Jalan-jalan@Kuantan

Jumaat dan Sabtu lepas kami tiga beranak jalan-jalan ke Beserah Kuantan.. Idea nak pergi ni tiba-tiba jer muncul… tak ada dalam perancangan pun.. lagi pulak aku tak pernah sampai kuantan sebelum ni.. jarak perjalanan ke kuantan ambil masa dalam 3-4 jam bergantung kepada cara pemanduan.. kami bertolak dari rumah jam 11.00 pagi sampai ke kuantan dalam pukul tiga petang..

Sampai kuantan tak tahu nak tuju ke mana.. tue la padahnya bila unplanned trip macam ni.. last2 kami ke Parkson @ Berjaya Megamall Kuantan.. boleh tahan la shopping kat sini.. Tapi leceh sikit sebab food court tak ada.. memang tak ada atau kami cari tak jumpa tu tak pasti pulak.. akhirnya kami makan fast food jer.. hmm…Aqil suka pulak makan Royal Briayani KFC.. macam-macam perangai anak aku sorang ni.. Unpredictable! Letih kejar dia dalam shopping mall… dah tu tak nak orang pegang ke apa ke nak jalan sendiri.. huh.. sabar je la.. nak marah pun.. apala yang dia tahu…

Lepas dah puas berkejar-kejaran dengan aqil dalam shopping mall kami pun keluar nak cari tempat best kat sekitar kuantan ni.. cadangnya nak makan mee calong..Masa nak keluar dari shopping ni sekali lagi terasa lecehnya datang kuantan ni…puas kami cari autopay station tak jumpa-jumpa! Hampir setengah jam kami tawaf Berjaya Megamall.. ikut pelan bangunan autopay ni ada kat lobby lift Level P2 dan Level P4 tapi bila kami keluar lift tak ada.. aduh.. sakitnya hati.. puas pusing..rupa-rupanya diorang letak di Lobby lift kat main entrance sahaja..sedangkan untuk ke parking lot ada banyak lift yang disediakan… bayangkan pengunjung kena pusing satu pusingan bangunan semata-mata untuk bayar parking.. ya Allah memang tak mesra pengguna betul.. kepada pihak pengurusan bangunan diminta buatla sesuatu agar tak menyusahkan pengunjung terutamanya bagi mereka2 yang pertama kali berkunjung macam kami ni.. huhhh…

Puas pusing-pusing sekitar kuantan tanpa halu tuju kami kemudian terus mencari destinasi penginapan ke Duta Sand Resort dengan bantuan garmin gprs... memang useful betul la si garmin ni.. mengelakkan kesesatan.. kami tiba di duta sand Resort time magrib jadi tak sempatla nak bermandi manda kat pantai.. lagi pun aqil belum pukul 9.00 dia dah tido.. letih la tu.. makan malam pun kami tapaw makan kat resort jer.. ombak yang memecah kesunyian malam itu..seolah-olah memanggil-manggil aku…untuk menikmati anugerah ciptaan Tuhan itu.. tapi apa daya melihatkan anak kecil ku yang nyenyak tidor menguburkan niat ku.. kalau tak mesti aku dah ajak hubby pergi bercanda kat tepi pantai.. nampak gaya kami bercanda dalam bilik jer la sambil tengok TV…

Keesokan paginya.. apa lagi kami tiga beranak bersuka riala kat pantai… Ini adalah kali pertama aku bawa aqil mandi pantai.. pantai kat Beserah ni landai dan tak bahaya lagi pulak ombak dia pun tak kuat… takla risau sangat..

Puas mandi pantai.. kami pun siap-siap nak bertolak balik…lepas breakfast terus check out dalam jam 10.00 pagi.. Masa on the way balik hubby sempat lagi singgah kat Pantai Kemasik memancing.. aktiviti wajib kalau keluar holiday dan jumpa port best nak mancing… hubby mancing aku n Aqil tido dalam kereta… letih mandi pantai tadi.. dekat pukul 12.00 thgr baru gerak balik then singgah lunch dekat Medan Selera Meraga beris, Kemaman… kami singgah kat sini agak lewat jadi makanan pun dah tak banyak.. dah tu mahal nak gila..! nasi dengan ikan kembung goreng 2 orang makan harga sampai RM19.00..hmm... tak puas hati betul…

Dah makan kami teruskan perjalanan balik.. mulanya nak singgah mini zoo kemaman tapi memandangkan cuaca tak begitu mengizinkan kami meneruskan perjalanan dan singgah ke Mesra Mall, Kemaman… makan Yee Mee hotplate.. huhh… sedap tak hengat.. lama tak makan la katakan.. Aqil makan pasembor mamak.. yang tak ada kuah.. he..he…

Penat dah berjalan.. kami teruskan perjalanan pulang dalam pukul 9.00 kami sampai umah.. Aqil dah tido.. tak sedar sampai pagi..

On the way to Kuantan.. dalam kete..

After a few hours on ride..aqil going to sleep, sunyi jer pemanduan ayah bila budak kecik ni tido

Main air..Aqil fisrt experience at beach..


Jalan2 with ammi at beach..


Kami tido kat sini lerr...


The Chalet


Aqil tunggu ammi n ayah berkemas nak balik..


Nak balik dah ni.. cepat ammi..


Aktiviti wajib...


ayah n ammi.. masa ni aqil tgh tido dalam kete..
use camera timer...


Yee Mee hotplate@Mesra Mall, Kemaman


Abishh....

P/S;Lain kali tak nak dah pergi berjalan tanpa buat perancangan terlebih dahulu.. lotih..

25 March 2010

Puasa vs sakit hati

Aku puasa hari ini, puasa ganti Ramadhan lepas yang tak cukup 9 hari... aduh.. belum sempat tengah hari perut ku dah berkeroncong.. tapi alhamdulillah dah berjaya sampai ke jam 5 ni.. ada lagi 2 jam.. harap2 berjayala untuk satu hari ni..
Tadi masa balik kerja nyaris2 kesabaran ku hilang dengan perangai sorang pak cik ni.. Tahu la awak tu memandu pakai kereta besar tapi cubalah belajar sedikit bersopan dan beradab..sesuaila dengan imej berlebai putih awak tu.. hmm... boleh dia parking kat belakang kereta aku dekat 20 minit aku tunggu.. dah la panas.. Masyaalah.. kenapa la ada orang yang macam tu kat dunia ni... memang sakit hati aku ni...dah apalagi bila dia datang jer nak ubah kereta memang kena sound la.. ha..puas dia minta maaf...padan muka.. kurang pahala puasa aku.. kalau aku bawa bigfoot memang gerenti kena langgar dah kereta pakcik tu.. mercedes tak mercedes...
Aku dah ok sekarang ni... cuma la ni otak fikiran ku tengah ligat memikir tentang makanan apa yang nak disantap untuk buka puasa nanti... hmm.. macam nak makan masak lemak cili api jerrr...mana nak cari ha..nak masak bahan mentah tak mencukupi...hmmm.. tunggu Mr hubby balik dari kerja dulu la.. satgi kita g cari makanan k.. till then..


Rasa macam nak beli bigfoot jer masa marah tadi..





17 March 2010

Noktah Cinta

Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran
Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya

Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu

Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya
By-Hafiz AF7

hadith Rasulullah SAW :

Apabila seorang isteri meninggal dan suaminya meredhai akan dia,
masuk syurgalah dia
-Riwayat ahmad-


7 March 2010

Adik

Mungkin boring kot.. aku n hubby pukul 6.00pm baru balik kerja... Sian dia..Nak bagitau direct tak berani.. baru dua minggu dok Kuala berang kacau nak balik.. Tu pun mintak tolong kakak dia yang kat kulim tu tolong jadi juru bahasa bagi tau kat mak pastu mak bagitau kat hubby .. then baru sampai kat aku.. adala dalam 3 4 hari baru aku tau.. hmm…cadangnya nak mai Trg nak keja.. nak keja kat KFC tapi KFC tak panggil temuduga pun..nak keja kat tempat lain tak nak.. hmm.. jadi kerani sementara kat kilang getah abang dia pun tak nak jugak.. hmm.. aku pelik la dengan adik aku sorang ni.. dahla berat mulut nak bercakap.. kadang-kadang tu aku Cuma dengaq 3 patah perkataan jer sehari dari dia.. “dah” “nak” “tak tau” pastu geleng kepala ngan angguk kepala..nak kata semua 7 beradik tu jenis yang pendiam tak pulak.. semuanya boleh jadi ahli politik berjaya.. kalau jumpa sesekali masa musim raya tue.. riuh rendah jadinya..tambah2 kalau ada topic best.. tapi paling aku suka sembang dengan kakak ipar aku yang kat Taiping tue la.. happening..!

Aku sebenarnya kesian kat adik ipar aku ni.. kalau boleh nak tengok dia berjaya.. tapi dia macam tak bersemangat dan tak bersungguh-sungguh.. aku jadi payah nak tolong.. kawan aku ada nak rekomen kerja kat dia tapi dok memikirkan dia tak boleh nak survive sendiri jadi semuanya susah..

Mana ada kejayaan tanpa kesusahan.. orang yang ada degree pun kalau dok tunggu jer kerja tu datang bergolek dan asyik harapkan orang sampai mati la menganggur.. pastu jangan la terlalu memilih kerja.. apa pun cari pengalaman dulu..aku dulu pun pernah juga kerja supermarket, kerja kedai jual HP, kerani direct selling dll.. sebelum dapat kerja yang menjadi idaman ni..

Dah disebabkan dia kacau nak balik..kami gagahkan juga dengan adanya cuti Pertabalan Sultan Terengganu yang jatuh pada hari Khamis.. jadi kami balik kampong lagi..baju balik kampong 2 minggu lepas hari tue pun tak abis kemas lagi…hmm.. penatnyer… tapi penat2 pun seronok.. hubby lagi seronok.. sebab leh mancing kat tempat favourite dia.. parit belakang umah..


My siL

3 March 2010

Happy birthday Hubby..

3 March 2010
Happy Birthday Sayang..



Kaulah sahabat kaulah teman...
Luv u Much!