Followers

7 March 2010

Adik

Mungkin boring kot.. aku n hubby pukul 6.00pm baru balik kerja... Sian dia..Nak bagitau direct tak berani.. baru dua minggu dok Kuala berang kacau nak balik.. Tu pun mintak tolong kakak dia yang kat kulim tu tolong jadi juru bahasa bagi tau kat mak pastu mak bagitau kat hubby .. then baru sampai kat aku.. adala dalam 3 4 hari baru aku tau.. hmm…cadangnya nak mai Trg nak keja.. nak keja kat KFC tapi KFC tak panggil temuduga pun..nak keja kat tempat lain tak nak.. hmm.. jadi kerani sementara kat kilang getah abang dia pun tak nak jugak.. hmm.. aku pelik la dengan adik aku sorang ni.. dahla berat mulut nak bercakap.. kadang-kadang tu aku Cuma dengaq 3 patah perkataan jer sehari dari dia.. “dah” “nak” “tak tau” pastu geleng kepala ngan angguk kepala..nak kata semua 7 beradik tu jenis yang pendiam tak pulak.. semuanya boleh jadi ahli politik berjaya.. kalau jumpa sesekali masa musim raya tue.. riuh rendah jadinya..tambah2 kalau ada topic best.. tapi paling aku suka sembang dengan kakak ipar aku yang kat Taiping tue la.. happening..!

Aku sebenarnya kesian kat adik ipar aku ni.. kalau boleh nak tengok dia berjaya.. tapi dia macam tak bersemangat dan tak bersungguh-sungguh.. aku jadi payah nak tolong.. kawan aku ada nak rekomen kerja kat dia tapi dok memikirkan dia tak boleh nak survive sendiri jadi semuanya susah..

Mana ada kejayaan tanpa kesusahan.. orang yang ada degree pun kalau dok tunggu jer kerja tu datang bergolek dan asyik harapkan orang sampai mati la menganggur.. pastu jangan la terlalu memilih kerja.. apa pun cari pengalaman dulu..aku dulu pun pernah juga kerja supermarket, kerja kedai jual HP, kerani direct selling dll.. sebelum dapat kerja yang menjadi idaman ni..

Dah disebabkan dia kacau nak balik..kami gagahkan juga dengan adanya cuti Pertabalan Sultan Terengganu yang jatuh pada hari Khamis.. jadi kami balik kampong lagi..baju balik kampong 2 minggu lepas hari tue pun tak abis kemas lagi…hmm.. penatnyer… tapi penat2 pun seronok.. hubby lagi seronok.. sebab leh mancing kat tempat favourite dia.. parit belakang umah..


My siL

No comments: