Followers

27 February 2010

Ikan Kelah

Menu makan tengah hari ini memang best… ikan kelah masak asam tempoyak, menu istimewa yang boleh didapati di kuala berang ni.. sepanjang ada kat Kuala Berang ni aku Cuma dengar orang tempatan bercerita pasal keenakan rasa ikan kelah ni.. khabarnya sampai sisik pun boleh dimakan..
Dah berkali-kali aku minta hubby aku beli ikan kelah ni tapi stok memang susah nak ada..sampai lah hari ni.. niatnya nak beli ikan baung masak poyak jer.. sampai kat kedai makan tue ada lak ikan kelah.. RM100 per/kg! mahalnya.. tapi nak makan punya hal ok lah… stok kedai ni pun ada 2 ekor jer…
Bila dah makan rasa ikan ni tak payah cakapla.. memang sedap pun.. sisik dia pun boleh makan..! dulu aku macam tak berapa nak percaya pasal kesedapan ikan ni...bila dah rasa ni tahu lah sendiri akhirnya…pada yang teringin nak makan ikan kelah ni bleh la datang ke Restoran kat Kampong Gaung, Kuala Berang ni.. memang best..

Di sini ada sedikit info mengenai Ikan Kelah:
Ikan kelah adalah spesis ikan air tawar dan mengkhusus habitat asalnya di kawasan air terjun, jeram jeram dan sungai sungai atau aliran deras di kawasan pergunungan.Istimewanya Ikan Kelah ini Amat bernilai kerana rasa yang sedap, hiasan yang cantik dan kehebatan bertarung dalam “sport fishing”. Justeru digelar sebagai “Kings Of The Rivers”, “The King Of Fish”, “The King of Freshwater Sport Fish”, “World Best Freshwater Sport Fish”, “Raja Ikan Air Tawar, “Raja Sungai”, dan “Ikan Sukan” sekaligus harganya termasuk dalam kategori “mahal“. Ringkasnya Ikan Kelah ini digilai kerana untuk tujuan Ikan Sukan, Ikan Hiasan dan Ikan Makan. Ikan Kelah juga mempunyai “Sanctuary” nya yang tersendiri di Taman – Taman Negara.

Berdasarkan kajian penyelidik ikan kelah setakat ini, disimpulkan terdapat 3 jenis ikan kelah di Malaysia, iaitu:
a) Tor Tambra
b) Tor Tambroides
c) Tor Duoronensis

Ikan kelah merah di Semenanjung Malaysia khususnya di Pahang, Terengganu dan Kelantan selalu dirujuk sebagai “Tor Tambroides”. Spesis “Tor Tambroides” yang sebenar ialah ikan kelah merah yang mempunyai lebihan cuping panjang di bawah mulutnya. Sementara di Sarawak, ikan yang dirujuk sebagai “Tor Tambroides” ialah ikan empurau. Sementara ikan semah di Sarawak (ikan rasmi negeri Sarawak) dirujuk sebagai spesis “Tor Duoronensis” dan warnanya lebih kehijauan tua ke coklat. Ikan kelah yang kebiruan juga biasa dirujuk sebagai dari spesis “Tor Douronensis” walaupun ianya didapati di Semenanjung Malaysia khususnya dari kawasan Endau. Ikan pelian di Sabah pula dirujuk sebagai spesis “Tor Duoronensis”.
Harus juga diingat bahawa, berdasarkan rekod kajian, hanya ikan kelah dari jenis “tor tambroides” dan “tor tambra” sahaja yang boleh membesar sehingga melebihi 1 meter.

Ikan tengas dan kejor ialah 2 spesis ikan yang hampir menyamai ikan kelah. Jika tidak mahir, anda boleh terkeliru antara kelah dan tengas/kejor. Nama saintifik ikan tengas ialah “Neolissochilus Hexagonolepis”. Ikan tengas ini juga biasa dipanggil sebagai “tengas batu”. Sementara ikan kejor ialah “Neolissochilus Soroides”. Ikan tengas daun pula diklasifikasikan sebagai ” Poropuntius Smedleyi”.
Ikan Kelah makan semua, dia makan binatang lain (yang lebih kecil), dia makan tumbuh tumbuhan (yang terpilih) dan buah buahan (yang terpilih).
Ikan Kelah boleh diternak di dalam kolam tanah, tangki, kanvas mahupun kolam simen dengan syarat adanya pergerakan air.

Bergantung kepada dari saiz berapa anda ternak, untuk apa anda ternak, iaitu sama ada untuk tujuan ikan makan atau ikan hiasan? Jika untuk tujuan ikan makan perlu mencapai berat 1Kg untuk boleh dijual di restoran. Jika anda bermula dari saiz 4 inci, anda memerlukan purata 2 – 3 tahun untuk mencapai berat tersebut. Jika untuk tujuan ikan hiasan, bila bila pun jika ada pelanggan nak beli, anda boleh jual dengan harga yang baik sekali tanpa perlu menunggu untuk mencapai berat 1Kg, kerana untuk tujuan ikan hiasan, biasanya dijual berdasarkan saiz inci panjangnya satu satu ekor ikan kelah itu.

Pada masa sekarang, harga ikan kelah hidup untuk tujuan makan – restoran ialah RM80/Kg borong -mati dan RM150/Kg borong – hidup. Sementara untuk tujuan hiasan antara RM500/Kg ke RM1000/Kg.

Berikut ialah stok semasa ikan kelah merah:
Saiz 2-4 inci: RM10/ekor
Saiz 5-6 inci: RM50/ekor
Saiz 9-10 inci: RM100/ekor
Saiz 11-12 inci: RM250/ekor
1kg @ 15-16 inci: RM450/ekor (Beli lebih atas 100 ekor, harga boleh runding lagi)

Sumber: ikankelah.com
Hmm.. memang mahal rupanya...Terima kasih ikankelah.com dengan info ni..kalau tak rasa macam kena tipu jer beli ikan harga RM100per/kg

21 February 2010

ACER FERRARI ONE 200

Perjalanan balik Terengganu letih sangat… kami bertolak dari Jitra pukul 12.30 tghr… separuh jalan Mr Hubby meluahkan perasaan tak puas hati sebab tak dapat beli Ferrari One 200 special model keluaran ACER.. muka dah mencuka..sebabnya semua kedai Komputer yang dia singgah semuanya tak ada ready stok! Kena buat tempahan dulu.. kat Trg jgn harap la lagi susah nak dapat..Tue yang frust sgt.. ACER yang kat umah tu lak dah nazak. .tunggu hari jer..sian hubby...then aku cadang mr hubby singgah kejap kat Sungai Petani..so he said ok..!Nak jadi cerita kebetulan lak kedai yang kami singgah tue ada ready stok dah tu sebiji jer yang tinggal.. apa lagi tak banyak soal terus ambik jer.. Dah nama pun beli computer... tengok sana belek sini sedar2 pukul 2.30… kalut jadinya..dahla nak kena balik Bukit Tambun dulu kejap nak ambil adik ipar aku.. dia nak ikut datang Terengganu.. nak try looking a job katanya…keja apa la yang dia nak kerja kat Ganu ni… KFC kuala berang?

Sebelum ambil adik kami singgah makan tengah hari kat Gerai bawal goreng Jln Tok Kangar, Taste sibawal goreng dah tak berapa nak kaw macam yang selalu aku makan dulu maybe dah lewat kot.. minyak masak yang dia guna mungkin dah tak fresh.. tapi rasanya masih boleh diberi gred A… nyum2..

Pukul 4.30 petang baru kami bertolak balik ke Terengganu then kami tiba jam 12.45tgh malam.. huh..Letih sgt.. sampai jer umah terus cari bantal..ZZZzzzzzzzzzz…..

Pagi tadi alarm bunyi tutup.. sedar-sedar dah 7.00am.. apa lagi Emergency leave la…ha..ha.. cuti lagi..

16 February 2010

Aqil @ Zoo Taiping

Akhirnya dikesempatan cuti balik kampung hari tue dapat juga aku bawa aqil jalan-jalan kat Zoo Taiping.. kebetulan Zoo Taiping terletak dekat dengan umah my sister in-law kat Kamunting, Taiping..so aku heret sekali anak2 kakak ipar aku termasuk opahnyer sekali...
Aqil lagi la.. so exciting...


Aqil zafran @ Zoo


Gambar ramai2.. ammi? jd cameraman lerr..


Opah after 2 hrs walking..


Aqil tgk Deer yang macam pak long buru..


Special Pose with my hero..




My love


Wajah kepenatan.. Jom balik..

13 February 2010

JOYFUL OF BALIK KAMPUNG

9.00am Fr Kuala Berang, Trg.. Then we safely arrived Jitra @ 6.30pm
Aqil was good as always…cuma sesekali mengamuk bila kebosanan menjelma..
Pastu Ayah pun terpaksala stop driving kat mana2..then main-main dulu dengan Aqil..

Speaking of joyful balik kg, there are few reasons I love being at my hometown..owhh
siapa tak suka balik kg kan??

1. PLEASURE OF EATING!!!
...My mum's foods is the best..peh!!
I think mahu I up 2 kg rase2nye..
mana tk..asyik makan jer..not only makan kat rumah… makan kat luar lagi.. suma best2 kena dgn selera kita..
Char kue Teaw, Nasi Lemak, Laksa memang best….!

2. RELAXATION
Tok suka sangat layan Aqil.. Tok mandi Aqil, tok bagi makan Aqil, Tok main ngan Aqil, tak sempat ammi nak entertained aqil tok dah buat dulu.. jadi dapatla ammi relax.. kalau ammi tak bagi nanti tok merajuk lak.. hmm..

Tok ngan Aqil @ Tmn Tasik Darul Aman

3. SHOPPING
Banyak sangat tempat yang bleh g shopping.. kalau kat Trg mana jer yang boleh pergi kalau tak Giant, pergi Mydin Mall, kalau tak pergi Mydin mall pergi Giant.. bosannya.. asyik pergi tempat sama jer..
Balik kampong apalagi boleh kata suma shopping mall aku terjah…TESCO, CAREFOURE, MEGAMALL, SUNWAY CARNIVAL MALL, QUEENSBAY MALL kira semua mall lah aku p...he..he.. best betul shopping tapi yang tak bestnyer…pitih abih lerrrr…pening kepala hubby aku..kih..kihh..


Shopping with my naughty Boy..uhh..


Nak pergi shop mana lagi ni...?


Nak syusyu..


Penatla..


Ngantuk la plak.. ammi tak abih shopping lg..

4. FAMILY GATHERING

Balik kampong dapat jumpa sedara mara..tambah kalau Chinese new Year macam ni..cuti hujung minggu plus cuti CNY cuti pun jadi panjang.. my big brother yang kat KL tu pun balik gak.. bleh la jumpa.. riuh rendah jadinya..tak la jumpa setahun sekali masa raya jer..




11 February 2010

Balik Kampung...

What a pleasant moment to be back to hometown... hu..hu.. bestnyer..
We'll be away
From 12/01/2010 until 20/01/2010..

Perjalanan pulang yang mengambil masa lebih kurang 8-9 jam tu pasti letih..
tapi tak perr.. demi mereka yang tersayang....
Tunggu kepulangan kami erk..




10 February 2010

Abang Balik

Mr hubby dah balik semalam dia sampai dalam pukul 10.00..
masa dia sampai Aqil dah tido..
Tiga hari jer Mr hubby g meeting.. punya la lama rasa.. pastu macam2 la nak berstory morry.. macam dah bertahun tak jumpa..hmmm..cerita punya cerita sedar2 dah kul 12.00 lebih.. kita continue esok yer..mata dah ngantuk.. esok nak keje.. k sayang...

9 February 2010

Aqil tak sihat..

Anak ammi tak sihat.. kena chicken pox...
Sian dia.. asyik baring jer...

So.. Today ammi emergency leave..
Dah ler ayah tak ada.. susahnya hati ammi saat ini..

Nasib baikla ada pengasuh Aqil yang baik hati..
Kak Mala n Kak Eny Pengurus Taska Sumaiyyah..
diorangla yang tolong aku bawa Aqil pegi cari air penawar campak..

7 February 2010

Time Flies

Time is running so fast kejap jer weekend dah abis, minggu depan balik kampong.. cuti raya cina.. I can’t wait to be back to my hometown.. dah 2 bulan tak balik… Rindunyerrr…….

Start hari ni sampai 9.10.2010 Mr hubby tak ada kena pergi meeting kat Equatorial Hotel Bandar Baru Bangi, Selangor.. Jadi kelam kabut rasa.. semua nak kena buat sendiri.. Tapi aku ok cuma kesiankan Aqil.. pagi2 dah kena hantar Nursery..

Sabda Rasulullah:
"Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?" Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya." (HR:Ibnu Majah)

5 February 2010

Weekend @ Belukar Bukit

Air Terjun Belukar Bukit merupakan salah satu tempat perkelahan dan perkhemahan yang menarik di Kuala Berang ni. Alam semulajadi serta ketenangan dan kesejukan air menjadi tarikan utama ke kawasan ini. Ianya terletak 20km di Selatan Kuala Berang dan 16km dari Mardec Berhad..kalau ada kesempatan meh lerr..datang sini.. best sgt..
Lepas balik sembahyang Jumaat tadi Mr. hubby ajak aku and Aqil pegi mandi manda kat Air Terjun Belukar Bukit.. Best..! air sejuk sgt sampai aqil menggigil kesejukan.. tapi dalam dok sejuk pun Aqil tak nak berenti main air.. dia suka sgt2..hmm..

Jom layan gambar yang sempat di captured..


Air mengalir tenang...


Aqil with ammi


Main air..


Aqil With ayah


Sejukk.....


3 February 2010

AQIL

My dear boy really an adorable kid that never fails to make us smile. A year past and he is growing day by day. Time flies and we're growing and aging at the same time...

Aqil dah pandai sekarang..
1. Tepuk tangan when kita nyanyi lagu tepuk amai2 and whenever we say "pandai"
2. Suka sangat iklan the animal planets, he'll point his finger to the TV and say
huu..then goyang2 kepala menari ikut music.
3. Wave his hand and "babai.."
4. Love being in bathroom.. suka main air.. kalau tengok paip dia dah senyum2 kambing
5. Dah pandai pegang pencil and bergaya macam dah pandai menulis
6. Suka main kejar2 dengan ayah..ayah dah penat tapi aqil nak main lagi.. kui..kui..
7. Kalau nak apa2 just point his finger kat barang2 yang dia nak..
mintak tolong ambil kan
8. Suka pakai kasut.. malam2 nak tido pun ambil kasut minta ayah tolong pakaikan.
9. suka Baling barang..
10.Tak suka makan tapi suka suap orang makan
11.Tak nak orang pegang nak jalan sendiri
12.Love to watch wonderpet
13.Tahu mana eyes, nose and ear
14.Love to play with rabbit
15.Yang paling penting suka sangat senyum..

Ammi: Dah besar dia..Suka sangat dengan setiap perkembangan Aqil..Alhamdullilah.. semoga Aqil sentiasa dibawah lindungan dan rahmatmu ya Tuhan.. Amin..


My Boy..

2 February 2010

MY LOVE

First time jumpa your hubby bila dan kat mana?
Dalam Tahun 2000, tarikh yg betul2 dah tak ingat..

Kat depan Kolej Kediaman Delima, UiTM, Shah Alam.


Love at first sight?
Tak.Masa 1st time aku jumpa dia, terus terdetik apa hal mamat sorang nihh.. action gilerr??
nasib baik masa tu dia yang tolong aku belikan tiket balik utara.. kalau tak sorry aku nak senyum..dulu member sebelah bilik masa kat Universiti dulu tu kawan hubby aku nie jadi mintak la tolong dia belikan tiket.. kebetulan sama2 orang utara..


Who is he when the first time u met him?
Kawan kepada kawan aku.. ramai yang admire dia ni.. hu..hu..


How long it takes for him to ask you out for a date?
Dalam 3 4 bulan kot…


Ist place dating di..
Zoo Negara.. Kihh..kih.. kelakar.. sekarang ni Mr Hubby sibuk nak bawa Aqil lak g sana..

How he proposed?
Tak cakap pun.. lama kawan jadi macam paham2 sendiri jerr..

Hmm.. ada chemistry la tu kan..?

Special date with your hubby?..
13.07.2000

Tarikh tiket bus yang Mr hubby beli dari ulat kat Puduraya..

balik sama2 tapi langsung tak layan aku..

punya la teruk aku berebut bas.. pengalaman yang tak akan aku lupa…

Dia berebut bas Penang, aku berebut bus Alor Setar.. sakitnya hati aku bila ingat ke mamat ni..

Lepas dah balik semula ke Shah Alam.. pandai lak.. dia cari aku nak tanya khabar.. mula nak marah tapi bila cakap dengan dia jadi best lak.. start dari tu la we all jd bestfriend..

02.12.2006
engangement

16.08.2007
Nikah

28.11.2008
Our Little precious born


03.03.1981
B'day hubby


03.06.1981

B’day aku

Changes that he asked you to do??..

Tak pernah mintak perubahan dari aku.. tapi apa yang hubby tak suka I’ll try to avoid


What about him that you love so much?..
Rajin bekerja dan suka sgt memancing.. tapi masa dia sentiasa ada untuk aku dan Aqil..

What is about him that you wish he would change?
Sabar jer la dengan kerenah dia.. nobody perfect..

“Tapi rajin2 la tolong isteri abang ni erk..”


You will lose your mind n crack your head when he?..
Go fishing.. dan tak bawa aku n aqil..


You will smile thru your eyes for the whole day when he?..
Layan kerenah si kecil ku dengan penuh kasih sayang..

Suka sangat usik Aqil.. sampai budak kecik tu gelak mengekek2..

Bahagia sangat bila ada 2 org yang aku sayang ni depan mata..


Complete below sentences "my love towards my hubby is as big as.."...
More than everything..


I love to tag these pretty ladies..

Tak tau nak tag sapa.. sapa2 pun bleh tag..