Followers

27 February 2010

Ikan Kelah

Menu makan tengah hari ini memang best… ikan kelah masak asam tempoyak, menu istimewa yang boleh didapati di kuala berang ni.. sepanjang ada kat Kuala Berang ni aku Cuma dengar orang tempatan bercerita pasal keenakan rasa ikan kelah ni.. khabarnya sampai sisik pun boleh dimakan..
Dah berkali-kali aku minta hubby aku beli ikan kelah ni tapi stok memang susah nak ada..sampai lah hari ni.. niatnya nak beli ikan baung masak poyak jer.. sampai kat kedai makan tue ada lak ikan kelah.. RM100 per/kg! mahalnya.. tapi nak makan punya hal ok lah… stok kedai ni pun ada 2 ekor jer…
Bila dah makan rasa ikan ni tak payah cakapla.. memang sedap pun.. sisik dia pun boleh makan..! dulu aku macam tak berapa nak percaya pasal kesedapan ikan ni...bila dah rasa ni tahu lah sendiri akhirnya…pada yang teringin nak makan ikan kelah ni bleh la datang ke Restoran kat Kampong Gaung, Kuala Berang ni.. memang best..

Di sini ada sedikit info mengenai Ikan Kelah:
Ikan kelah adalah spesis ikan air tawar dan mengkhusus habitat asalnya di kawasan air terjun, jeram jeram dan sungai sungai atau aliran deras di kawasan pergunungan.Istimewanya Ikan Kelah ini Amat bernilai kerana rasa yang sedap, hiasan yang cantik dan kehebatan bertarung dalam “sport fishing”. Justeru digelar sebagai “Kings Of The Rivers”, “The King Of Fish”, “The King of Freshwater Sport Fish”, “World Best Freshwater Sport Fish”, “Raja Ikan Air Tawar, “Raja Sungai”, dan “Ikan Sukan” sekaligus harganya termasuk dalam kategori “mahal“. Ringkasnya Ikan Kelah ini digilai kerana untuk tujuan Ikan Sukan, Ikan Hiasan dan Ikan Makan. Ikan Kelah juga mempunyai “Sanctuary” nya yang tersendiri di Taman – Taman Negara.

Berdasarkan kajian penyelidik ikan kelah setakat ini, disimpulkan terdapat 3 jenis ikan kelah di Malaysia, iaitu:
a) Tor Tambra
b) Tor Tambroides
c) Tor Duoronensis

Ikan kelah merah di Semenanjung Malaysia khususnya di Pahang, Terengganu dan Kelantan selalu dirujuk sebagai “Tor Tambroides”. Spesis “Tor Tambroides” yang sebenar ialah ikan kelah merah yang mempunyai lebihan cuping panjang di bawah mulutnya. Sementara di Sarawak, ikan yang dirujuk sebagai “Tor Tambroides” ialah ikan empurau. Sementara ikan semah di Sarawak (ikan rasmi negeri Sarawak) dirujuk sebagai spesis “Tor Duoronensis” dan warnanya lebih kehijauan tua ke coklat. Ikan kelah yang kebiruan juga biasa dirujuk sebagai dari spesis “Tor Douronensis” walaupun ianya didapati di Semenanjung Malaysia khususnya dari kawasan Endau. Ikan pelian di Sabah pula dirujuk sebagai spesis “Tor Duoronensis”.
Harus juga diingat bahawa, berdasarkan rekod kajian, hanya ikan kelah dari jenis “tor tambroides” dan “tor tambra” sahaja yang boleh membesar sehingga melebihi 1 meter.

Ikan tengas dan kejor ialah 2 spesis ikan yang hampir menyamai ikan kelah. Jika tidak mahir, anda boleh terkeliru antara kelah dan tengas/kejor. Nama saintifik ikan tengas ialah “Neolissochilus Hexagonolepis”. Ikan tengas ini juga biasa dipanggil sebagai “tengas batu”. Sementara ikan kejor ialah “Neolissochilus Soroides”. Ikan tengas daun pula diklasifikasikan sebagai ” Poropuntius Smedleyi”.
Ikan Kelah makan semua, dia makan binatang lain (yang lebih kecil), dia makan tumbuh tumbuhan (yang terpilih) dan buah buahan (yang terpilih).
Ikan Kelah boleh diternak di dalam kolam tanah, tangki, kanvas mahupun kolam simen dengan syarat adanya pergerakan air.

Bergantung kepada dari saiz berapa anda ternak, untuk apa anda ternak, iaitu sama ada untuk tujuan ikan makan atau ikan hiasan? Jika untuk tujuan ikan makan perlu mencapai berat 1Kg untuk boleh dijual di restoran. Jika anda bermula dari saiz 4 inci, anda memerlukan purata 2 – 3 tahun untuk mencapai berat tersebut. Jika untuk tujuan ikan hiasan, bila bila pun jika ada pelanggan nak beli, anda boleh jual dengan harga yang baik sekali tanpa perlu menunggu untuk mencapai berat 1Kg, kerana untuk tujuan ikan hiasan, biasanya dijual berdasarkan saiz inci panjangnya satu satu ekor ikan kelah itu.

Pada masa sekarang, harga ikan kelah hidup untuk tujuan makan – restoran ialah RM80/Kg borong -mati dan RM150/Kg borong – hidup. Sementara untuk tujuan hiasan antara RM500/Kg ke RM1000/Kg.

Berikut ialah stok semasa ikan kelah merah:
Saiz 2-4 inci: RM10/ekor
Saiz 5-6 inci: RM50/ekor
Saiz 9-10 inci: RM100/ekor
Saiz 11-12 inci: RM250/ekor
1kg @ 15-16 inci: RM450/ekor (Beli lebih atas 100 ekor, harga boleh runding lagi)

Sumber: ikankelah.com
Hmm.. memang mahal rupanya...Terima kasih ikankelah.com dengan info ni..kalau tak rasa macam kena tipu jer beli ikan harga RM100per/kg

No comments: