Followers

16 December 2010

Frog Prince



Sekarang ni slot lagenda di Tv3 ada drama bertajuk putera katak yg diadaptasikan dari cerita dongeng The Frog Prince.. boleh tahan best la cerita ni..cerita yang kita just tengok jer tak payah pikir banyak2..relaks..! cerita ni ditayangkan pada pukul 4.30-5.30 setiap Isnin-Khamis dan ada ulangan di Tv9 pada sebelah mlm..aku memang tak sempatla nak tgk slot sebelah petang tu balik kerja pun sampai umah dah pukul 6 lebih.. malam2 tak dak kerja nak buat aku layan la cerita ni..Aqil pun suka jugak.. suka bila ada frog tu je la..bila aku cakap 'frog' Aqil cakap 'tatak' hmm..


3 hari lepas nak dijadikan cerita..ada katak pisang masuk umah aku.. besar pulak tu..sekali dia lompat memang jauh la pergi.. menjerit aku.. geli, takut semua ada.. aku memang tak boleh tahan dengan binatang yang macam katak ni geli..dah la Mr Hubby tak ada kat umah.. nak mintak tolong sapa pun tak tau.. last2 aku nangis sambil peluk Aqil..yg bestnya Aqil lak pujuk aku pastu dia siap cium aku lagi.. Lepas tu katak tu lompat hilang ntah ke mana.. agaknya katak tu terkejut tgk aku nangis kot...hmm... seharian jgk la aku tak masuk dapur sebab aku nampak katak tu lompat pergi ke dapur...
Tu la..hari2 tgk drama putera katak.. kan katak dah datang umah.. Tapi tak kan katak tu katak sumpahan kot he..he.. kalau betul la katak tu katak jelmaan putera raja mengamuk Mr Hubby nanti..:p


Sinopsis cerita Putera Katak:
Drama terbaru di slot Lagenda ini akan membawa para penonton ke alam fantasi dan magis Putera Amar dalam menemui cinta sejatinya dalam membebaskan diri daripada sumpahan.
Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman. Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Tina (Nora Danish), seorang pencinta haiwan. Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.
Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke Planet Zadora. Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Tina yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya. Setelah Puteri Ixora mengetahui tentang rancangan Puteri Zadora, dia telah datang ke bumi untuk membunuh Amar. Bagaimanakah Putera Amar dapat memberitahu Tina tentang identiti sebenarnya? Adakah mereka ditakdirkan untuk bersama?

sumber:Budiey.com

No comments: