Followers

30 July 2010

Busy

Dua minggu yang berlalu memang memenatkan.. bermula dengan Mr.hubby yang kena attend course kat Glenmmarie , Shah alam sehinggalah aku yang kena menghadiri mesyuarat Ketua-ketua NAPIC seluruh Negeri di INPENS, Bangi menggantikan Boss aku yang last minit kena tarik diri disebabkan dia kena attend kursus Haji Perdana yang diadakan pada tarikh yang sama dengan mesyuarat yang diadakan.. yang paling kesian mestilah kat budak kecik tue.. mesti dia pelik.. mula ayah tak ada lepas tue ammi pulak tak dak..hmmm..

Tak boleh nak bayangkan macam mana gelodak perasaan aku bila dapat surat arahan aku yang kena attend meeting tue.. perkara pertama yang terlintas mesti la Muhammad Aqil.. macam mana dia nak makan..? Nak tido..? aku tak pernah tinggal dia sebelum ni.. kalau Aqil Ok mungkin aku yang tak Ok.. air mata ni aku rasa dah berbaldi-baldi.. aku mintak jgk excuse tapi boss tak nak terima alasan aku..huwaaaaaaa... walaupun aku yakin yang hubby tak ada masalah untuk jaga Aqil tapi perasaan bimbang tue tetap ada..Nak tak nak aku terpaksa redha..SYMP

Perjalanan ke Inspen pulak ada masalah.. tiket flight pergi semua habis yang ada untuk balik jer.. untuk pergi memang tak ada pilihan yang ada cuma tinggal tiket Bus Mega Jaya.. tue jer bus yang ada untuk ke Kajang dari Kuala Berang. Nak tak nak kena redah jer... Lepas tue nak jadi cerita bus pulak rosak..Jalan tak sampai sejam tiba2 jer tayar meletup.. dah terkandas kat tepi jalan dari jam 11.00 malam sampai 2.30 pagi. Punya la letih.. patut sampai subuh ni pukul 10.00 pagi baru sampai. Meeting slot pagi dah terlepas... ah..Tension

Macam2 yang jadi...walaupun konsentrasi aku agak terganggu tapi aku masih lagi dalam keadaan yang terkawal dan dapat bermesyuarat dengan baik.. Alhamdullilah.. segalanya berjalan lancar walaupun agak menyesakkan nafas.. Bila dah selesai semuanya dapatla aku berehat dengan aman bersama aqil dan hubby.. ahhh....





No comments: