Followers

1 July 2010

Bossy..

Sebagai seorang pekerja, kita sememangnya mempunyai tanggungjawab dalam menyelesaikan segala tugasan yang diberikan dan memenuhi arahan ketua atau boss juga merupakan tanggungjawab kita. Namun, tak dapat dinafikan bahawa, terdapat juga jenis ketua atau boss yang cerewet, leceh, dan kecoh. Segala tindakan dan cara kita bekerja menjadi ketidakpuasan hatinya. Bila kita bekerja dengan boss yang macam ni memang menyusahkan... Tiada keseronokan bekerja...
Aku pun kadang-kadang tak paham dengan perangai setengah boss... bila ada apa2 masalah yang dihadapi si boss akan terus menyalahkan anak-anak buah dan bandingkan dengan tempat kerja lama dia.. Kalau dah tempat lama dia perfect balikla kerja kat tempat lama dia tu.. huhh.. lain padang lain belalang.. mana sama.. cubala belajar menyesuaikan diri dengan tempat baru.. tak payah nak buat perbandingan sila buat perubahan.. mintak pandangan dan cadangan bukan dengan cara menuding jari mencari kesalahan orang lain.. lagi satu.. cubala belajar dari kesilapan.. jangan malu mengaku yang kita ni tak pandai atau ego untuk mengaku salah kerana dari kesalahan tu la yang akan mengajar kita menjadi yang terbaik..
Pada sesiapa yang dapat boss yang macam ni..banyak2kan sabar.. semoga dengan kesabaran itu Tuhan akan bagi yang terbaik untuk kita.. Insyaallah..
Semua manusia ni tak perfect. Masing-masing pasti ada kelemahannya. Jadi, anggap sajalah boss tu hanya seorang manusia yang lemah. Perangai buruknya yang cerewet dan kepoh tu wajar dimaafkan. Jadi, maafkan sajalah yer. Yang penting, kita jangan sekali-kali tertekan atau tensen dengan perangai boss kita tu.


Mardec Processing Team
Mr. Hubby yg pakai seluar putih tuu..

No comments: