Followers

12 January 2010

Monster In-Law..

Pernah tak tengok movie berjudul Monster in-Law? Filem komedi romantik yang mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Charlotte Cantilini (dilakonkan oleh Jennifer Lopez) yang akhirnya bertemu dengan Mr. Right setelah bertahun-tahun mencari. Tapi malangnya Viola (lakonan Jane Fonda) ibu kepada si Mr. Right, tak ubah seperti mimpi buruk yang menjelma menjadi mertua yang terlalu manipultif dan mendominasi...
Dalam kehidupan nyata, persoalan seperti ini juga sering berlaku, meskipun tidak dialami oleh semua orang. Berdasarkan kajian seorang psikologi inggeris, Terri Apter: 60% perempuan merasakan ketegangan dalam hubungan mereka dengan mertua. sementara itu hanya 15% lelaki yang mengalami kondisi serupa..
Saat membincangkan hubungan dengan keluarga dari pihak suami, yang terlibat bukan hanya ibu atau bapa mertua sahaja tetapi ianya melibatkan juga keluarga besarnya seperti ipar duai dan lain-lainnya. Untuk menjaga agar hubungan terus terjalin dengan baik bukanlah satu persoalan yang mudah. Namun begitu, dengan niat dan iktikad yang baik dari semua pihak, hal tersebut mungkin dapat dilakukan dengan sempurna...Pada aku apa yang penting adalah respek, kompromi dan komunikasi..

Alhamdullilah.. sepanjang aku bergelar isteri pada En. Anizan Aziz tiada sebarang masalah yang timbul..aku dilayan dengan baik oleh keluarga mertua.. dengan ipar duai.. kira bleh gengla.. dengan mak mertua...aku boleh kongsi everything dengan dia... macam-macam cerita dia cerita kat aku.. hmm.. bila dengar cerita dia kadang-kadang sedih.. Pengalaman hidup yang lebih setengah abad tu sudah terlalu banyak kesusahan yang dilalui.. dan sekarang.. dengan sedikit kesenangan yang ada... yang dinginkan cuma kasih sayang dari anak-anak dan cucu-cucu yang menceriakan suasana..moga apa yang diingininya tercapai..



Aqil atas riba opah


Allahyarham Aziz Bin Latif

Telah pergi ke Rahmatullah pada 17 Julai 2007

semoga Allah memcucuri rahmat ke atas roh beliau

Al-Fatihah..

(arwah bapa mertua..)

Jom layan.....

Adik beradik hubby...( hubby aku anak ke-5)

(Dah ikut susunan dari yang sulung - bongsu)


My Hubby Big Family..

(pic diambil masa kenduri kahwin adik yg 2nd last)


Mak mertua aku dengan mak mertua dia..

(mak+opah Siah)


Tengah berkumpul nak g kenduri..



If you want happiness for an hour, take a nap.

If you want happiness for a day, go fishing.

If you want happiness for a year, inherit a fortune.

If you want happiness for a lifetime, help somebody.
- Chinese proverb-








11 January 2010

Rod & Line

Majalah Rod & Line keluaran bulan Januari 2010.. ada gambar hubby aku dengan ikan sebarau.. hmm.. Rod & Line publish gambar tue sebab nak iklankan produk Abu Island II yang tengah hot kat pasaran.. hubby aku kononya pancing pakai Abu Island II la..kepada semua anglers yang berminat sila dapatkan segera dipasaran..

Hubby aku memang hobi dia memancing.. masa zaman bercinta dulu tempat yang dia bawa aku dating pun tepi tasik yang boleh mancing..sampai sekarang pun masih lagi suka mancing.. kadang bengang jugak.. tapi lama-kelamaan dah biasa.. baik pergi mancing dari melepak tak tentu pasal.. dan sekarang aku lak terlebih excited bila nak g mancing..
Aqil pun dah start tunjuk minat mancing dah sekarang ni…

Jom g pancing...


5 January 2010

My Lovely Family

Aku amat bersyukur kepada Tuhan.. kerana dilahirkan didalam keluarga bahagia.. walaupun tidak dilimpahkan dengan kemewahan wang ringgit dan harta benda tapi aku tidak pernah merasakan kekurangan kasih sayang.. Anak mak dan ayah cuma 5 orang dan kami adik beradik kami memang rapat.. kami tak ramai pun...aku yang paling bongsu.. ada seorang kakak dan 3 orang abang...Berkat didikan dan doa yang tak pernah putus dari mak dan ayah.. Alhamdulilah..kami semua boleh dikatakan berjaya.. berjaya menjadi "orang".. Terima kasih tak terhingga untuk Hj Hashim dan Hjh Halijah...




Gambar raya 2009


I love my family forever……miss them much....


My Nephew + My Son


My Niece

Anak-anak kesayangan mak n ayah

30 December 2009

Love, Love, Love...



Abang..
Hanya padaMu
Kalimah cinta itu bergetaran
Memberi nafas dalam jiwa..
Rindu yang kau kirim itu
Menyelinap dalam diam
Tidak upaya aku menahannya.
Jangan pernah kau merasa gusar
Kerana aku kan selalu menemanimu
pejamkanlah matamu
bermimpilah dlm tidurmu
bangunlah dengan senyuman yg indah
seindah mentari pagi yang bersinar!


….“Ya Allah kekalkan cinta kami di dunia dan di akhirat. Ya Allah masukkan kami ke dalam syurga Firdaus-Mu agar kami dapat terus bercinta selama-lamanya. Amin.”

Perjalanan cinta aku dan suami sangat panjang berbagai kisah suka dan duka terpaksa dilalui..namun berkat kesabaran dan kesetiaan alhamdulilah kami kini bahagia menjadi suami isteri dengan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Dengan keputusan yang aku ambil untuk terus bersahabat dengan suami dulu..tanpa memikirkan segala perkara yang bakal berlaku.. dengan mengabaikan segala ceritara mereka yang tidak senang dengan hubungan yang dicipta..aku kini menjadi insan yang paling bahagia hari ini. Terima kasih kawan-kawan yang menjadi kisah pertemuan aku dan suami.. kalau bukan di sebabkan kalian mungkin Aqil Zafran tidak lena didalam pelukanku dan halwa telinga ku mungkin pudar dengan ungkapan sayang dari insan yang bergelar suami.. Dari dulu hingga kini.. moga selamanya…


Kita Sudah Ditakdirkan untuk hidup bersama… I luv U Abg..