Walaupun
kita yang melahirkan anak-anak tidak bermakna hati anak-anak milik
kita. Mereka mempunyai pilihan untuk memilih memberikan 'hatinya' pada
sesiapa sahaja.
Anak-anak boleh berkata ' I love you mummy and
daddy' tetapi belum tentu mereka memahami dan merasai peluru 3 ayat ini.
Apabila kita bertanya seterusnya, 'Macam mana adik sayang mummy dan
daddy?' jawapannya selalu akan bermula dengan 'errr...hmmmm...' yang
menunjukkan mereka tengah memikirkan apa yang patut diperkatakan.
Ini sering kali berlaku terutama kepada anak-anak yang kurang mempunyai
masa dengan kita atau cenderong dijaga oleh orang lain.
Kesannya, apa yang diluahkan hanya sekadar dibibir sahaja tetapi tidak
pada tindakannya hingga menyebabkan komunikasi kita dengannya dan
adik-beradik sentiasa menimbulnya pelbagai masalah seperti berebut
permainan, degil dan suka bergaduh sesama sendiri.
Melalui cara
tertentu, hati anak-anak boleh 'dipesongkan' agar mereka sentiasa
dekat, rapat dan merasakan bagaimana kita menyangi dan mencintainya.
Ianya bermula dengan sentuhan.
Sentuh anak-anak dengan lembut dan penuh perasaan sayang. Tunjukkan betapa kita menyayanginya.
Luahkan bagaimana caranya untuk memberitahu yang kita mencintai dan menyayanginya.
Anak-anak akan mula meluahkan apa yang dipendamkan didalam hatinya.
Mereka menjadi jujur dengan diri dan kita. Biasanya disebut, hatinya
dibibir yang membawa maksud apa yang diperkatakan adalah itu yang
anak-anak rasai.
Kesilapan ramai ibu bapa menyentuh anak
apabila dalam keadaan yang marah dan 'berserabut' dengan masalah tempat
kerja. Ini menyebabkan jiwa anak-anak juga menjadi serabut tanpa sebab.
Mereka tiba-tiba sahaja mengamuk, merajuk, sedih walaupun anak ini
seorang diri. Sebaik-baik sentuhan adalah apabila kita dalam keadaan
yang tenang dan gembira. Ia memberi rangsangan yang baik kepada
anak-anak untuk kekal merasai dan memahami kebahagiaan.
3 cara mudah untuk membantu menetapkan hati anak-anak adalah:
1. Fahami.
Memahami apa yang mereka suka dan tidak. Ia bukan sahaja makanan tetapi
segala-galanya termasuklah warna kegemaran, guru yang disukai. Malah,
kongsikan dengan anak apa yang kita suka dan tidak. Ini membantu
anak-anak mengenali kita dengan lebih mudah.
2. Hormati.
Apa sahaja minat mereka, hormatinya kerana mereka juga adalah manusia
yang mempunyai keinginan. Sokong dan pantau apa yang dilakukan agar
tidak melampaui batas.
3. Bersama.
Lakukan aktiviti
bersama-sama walaupun hanya bermain gadjet. Ini kerana anak-anak lebih
mudah bercerita apa yang mereka rasai apabila bermain bersama.
Jika kita halang minatnya, kita sebenarnya sedang 'membunuh' jiwanya. Kesannya, mereka akan 'curi-curi' main.
Apa kata kita dorongkan mereka dengan cara yang betul.
Hantarkan ke kelas atau program yang boleh membantu meningkatkan kemahirannya.
Perkongsian
yang sangat menarik dari Liyana Malek, Pakar Emosi Anak