Followers

29 September 2011

Soffiya

Sekarang ni drama Soffiya di slot akasia kat TV3 menggantikan kasih Alia tgh panas ditayangkan.. gila scary weh.. cerita ni.. psycho tak hengat.!! mula2 tgk macam tak best tapi bila dah masuk episod ke3 aku dah mula excited..then aku terus jadi nak tgk episod2 seterusnya nak tahu apa kesudahannya dengan hidup si Soffiya ni.. jom layan cerita ni.. kalau tak sempat nak tgk boleh tgk kat sini yer la.. cerita ni kan tayang kul 7.00-8.00 malam.. time maghrib lak tu... kalau macam aku time ni memang tak sempatla.. macam2 nak buat..

Jom tgk sinopsis cerita ni kat sini

27 September 2011

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Khutbah disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijriah

Di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

5 September 2011

Mood Raya

Hari ni hari pertama masuk keja selepas seminggu cuti raya... dalam seminggu ni.. semua aktiviti aku cuti..termasuklah aktiviti berbelog ni.. nak buat post ucapan selamat hari raya untuk semua kawan2 dialam maya ni pun tak sempat.. maafkan sy yea..? Hmm.. tapi aku rasa belum terlewat untuk aku ucap selamat hari raya kan.. sebab kita masih lagi dalam mood raya.. jadi dikesempatan ini aku ucapkan

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN"
utk semua....semoga ibadah puasa kita tahun ni diterima oleh nya... amin..

Raya tahun ni tema kami warna light purple..warna pilihan aqil..punya sukala pakai baju melayu..sampai tak nak buka2.. puas aku kejar keliling umah..dah tu menangis tak hengat tak nak buka baju tu.. hmm.. aqil..aqil.. raya tahun ni tak der sangat cerita menarik... aktiviti macam biasa sibuk dengan open house.. jalan2 umah sedara mara.. umah kawan2 lama.. dan yg tak pernah miss sejak 3 tahun ni.. raya dengan kawan2 baik hubby.. insyaallah..pertemuan ni akan dijadikan acara wajib setiap kali raya.. dan tiap2 tahun kitorang ada gambar sama2 tau... hmm...Last two year kat perlis... last year kat umah aku kat kedah..n this year patutnya kat Teloi.. tapi one of them tgh tunggu hari nak bersalin.. so kena beralahla...


Best couple of the year


hubby n son


with my mother in law
(sila abaikan abc kat belakang tu.. maklumla cucu opah ramai
umah dah macam taska dah jadinya..)


our adopted daughter


Friend 4ever...
every year kitorang ada gmbr mcm ni..
tapi ni gambar tahun lepas...
gmbar tahun ni x sempat nak ambik sbb
tuan punya camera tgh sibuk tunggu hari nak sambut baby
...