Followers

30 November 2010

Hari Jadi Mak..



Hari ini adalah Hari Ulangtahun Kelahiran Mak saya..!!

Untuk Mak..
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE 66
Semoga mak sentiasa dirahmati Allah..
Diberi kesihatan dan kesejahteraan dari Nya..
Terima Kasih kerana sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak mak ni..

~ ini saya dengan mak saya~
*saya SAYANG mak saya*


28 November 2010

Aqil Is Two


28 November 2008, 12.35 a.m - Detik yang tak mungkin aku lupakan. Detik dimana Muhammad Aqil zafran dilahirkan ke dunia. Pertama kali mendengar tangisannya, pertama kali aku memeluknya setelah 9 bulan berkongsi denyutan nadi didalam rahimku.. detik yang sememangnya dinanti-nantikan..Setelah hampir 4 jam bertarung dengan maut dan bergelut dengan kesakitan,ajaibnya kesakitan itu hilang tiba-tiba bila dia lahir ke dunia. SubhanAllah...

Dan hari ini.. sudah dua tahun berlalu.. segala kesakitan seolah tidak terasa bila melihat aqil membesar sihat didepan mata..

Ammi doakan semoga aqil akan sentiasa berada dibawah lindungan dan rahmat dari Nya.. juga menjadi anak yang soleh, bijak dan mendengar kata.. Insyaallah..





24 November 2010

KORBAN DAN AQIQAH

Alhamdullilah.. Raya korban tahun ni Mr hubby dapat tunaikan hajatnya nak buat korban dan aqiqah untuk anak kami yang seorang tu.. aqiqah Aqil memang dah lama kami nak buat tapi tak berkesampaian sampaila tahun ni baru la dapat...

Sepanjang aku hidup ni.. inilah kali pertama aku tengok orang sembelih lembu.. ngeri tgk.. kesian pun ada jgk.. tapi aku rasa lembu tue mesti bahagia sebab antara banyak-banyak lembu dia adalah lembu yang terpilih untuk dikorbankan kerana Allah..









HIKMAH KORBAN
  • Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sangup menyahut perintah Allah untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s
  • Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yan melimpah-ruah.
  • Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin

KEPADA SIAPA IBADAH KORBAN DISUNATKAN

  • Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji.
  • Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah qurban.

SYARAT SAH KORBAN

  • Haiwan yang hendak dikorbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada kecacatan yang nyata dan mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan.
  • Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah korban.
  • Ibadah korban hendaklah disertakan dengan niat.

12 November 2010

SALAM AIDILADHA


Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha
kepada seluruh umat Islam .

Selamat menjalankan ibadah korban dengan hati yang ikhlas...
Semoga ibadah kita diterima oleh Allah SWT.

Jom balik kampung....

Untuk Raya Haji Tahun ni... aku ada kat kampung selama seminggu..
start 12-21 Okt 2010.. hu..hu.. bestnya balik kampung..

Panjang sungguh aku cuti.. sebelum tu MC Aqil sakit mata pastu aku pulak MC seminggu sakit mata gak.. pastu cuti lagi seminggu untuk raya... kiranya dekat sebulan jugakla tinggalkan ofis.. walaupun MC+cuti aku kerja jugak tau.. yer la.. nak buat macam mana terpaksa kena siapkan jgk kerja2 yang tak siap tu kat umah.. kalau tak hati tak senang nak balik cuti raya.. pastu bila masuk ofis semula tak la kalut sangat...

10 November 2010

Jom Ikut Ayah

My hubby memang suka sangat memancing.. Sejak aku kenal dia 10 yrs dulu pun dia memang suka memancing..kalau tak pergi memancing tu macam tak lengkaplah rasanya...dan bila ada saja event pasal angling dia memang tak senang duduk..mesti nak jgk pergi.. macam minggu lepas ada angling and outdoor fair 2010 dekat Sport Complek, Kelana Jaya..Hmm.. tak pasal2 jer kitaorang sampai KL.. Tak pelan pun.. ingatkan my hubby main2 jer..rupa2nya betul.. hmm..

Betolak dalam pukul 9.30 then kami sampi kat sport compleks tu pukul 5.30ptg.. kalau tak sesat awal lagi boleh sampai.. ni semua gara2 Garmin GPRS yang asyik lost satelite reseption.. Hmm.. hajatnya my hubby nak beli rod baru tapi malangnya kat fair ni diorang tak jual cuma untuk pameran sahaja..banyak product baru dari jenama yang terkenal seperti Shimano, Abu Garcia, Berkley, dan macam2 product drai jenama terkenal lagi yang aku tak tau dipamerkan kat sini.. Mr hubby paling lama duduk kat booth Abu Garcia...maklumlah huge fan Abu Garcia.. tapi yang frustnya nak beli kena singgah Kepong Tackle..pusat jualan barang2 pancing.. tue pulak kebanyakkan barang yang dipamerkan tahun 2011 baru dijual..

Macam2 aktiviti yang ada dekat pameran ni...antaranya bengkel untuk pemancing yang baru nak try guna baitcasting reel yang di buat oleh Mr.Phill..my hubby kata dia dah terer dah..no need to attend that bengkel cuma dia nak jumpa Mr. Phill nak claim hadiah photo contest kat mfn Forum..tapi Mr Phill lak sibuk.. Selain dari tue ada demo nak buat umpan Fly Fishing dari Pak Amin.. memang halus kerja tangan Pak Amin.. sebelum ni aku tengok Hubby punya umpan dah memang kemas dan cantik tapi Pak Amin punya lagi kemas..sempat jugak la beramah mesra dengan Pak Amin sebab masa kami sampai tu Pak Amin Baru jer selesai buat demo dan tak ramai orang... Banyak aktiviti yang penganjur sediakan untuk pengunjung tapi kami tak sempat nak join lagi pun dengan nak melayan kerenah hero kami yang seorang tu memang lagi tak sempatlah...

Penat dah berjalan kat pameran ni.. kitorang terus ke Shah alam..bermalam dekat Blue wave Hotel.. pagi esoknya dapatlah pusing2 Shah Alam.. Tengok Ikan, I-City, Komplek PKNS, SACC Mall, Plaza Alam Sentral.. suma best.. maklumlah.. tempat jatuh lagi terkenang ini pulak tempat berkasih.. baru 4 tahun tinggalkan Shah Alam banyak yang dah berubah..


The Stage


With Mr.Quek- Abu Garcia Distributer

With Pak Amin-Otai Fly Fishing

Hmm.. my naughty boy

Ayah..nak yang mana?

Pilih jgn tak pilih.. yang ni ok tak Aqil?

Ammi nak yang mana?

Ammi cuma nak boat ni jer..;)


2 November 2010

Aqil Sakit Mata

Hari ni dah masuk hari ke lima aqil sakit mata, dan dah masuk hari ke dua aku MC, esok tambah lagi satu hari jadi tiga hari.. lusa tak tau lah mcmn.. kalau mata aqil tak baik lagi aku terpaksalah cuti lagi.. nak hantar taska memang diorang tak nak.. ye la takut jangkit pulak kat budak-budak lain.. hmm.. tadi aku n hubby bawa aqil pergi Klinik Pakar Mata Azman.. satu-satunya klinik pakar mata kat Terengganu ni... Doktor Azman kata mata aqil elergi ubat yang aku ambil kat klinik panel kami di Kuala Berang ni.. dengan kata lain salah ubat.. aduyaii.. risaunya... tapi doktor kata tak per tak payah risau.. cuma takut ada pendarahan then mata akan berselaput.. tapi itu semua kemungkinan yang bakal berlaku sahaja.. harap2 semuanya ok.. lepas seminggu kalau tak ada perubahan doktor mintak kami bawa aqil ke klinik semula....