Followers

24 November 2010

KORBAN DAN AQIQAH

Alhamdullilah.. Raya korban tahun ni Mr hubby dapat tunaikan hajatnya nak buat korban dan aqiqah untuk anak kami yang seorang tu.. aqiqah Aqil memang dah lama kami nak buat tapi tak berkesampaian sampaila tahun ni baru la dapat...

Sepanjang aku hidup ni.. inilah kali pertama aku tengok orang sembelih lembu.. ngeri tgk.. kesian pun ada jgk.. tapi aku rasa lembu tue mesti bahagia sebab antara banyak-banyak lembu dia adalah lembu yang terpilih untuk dikorbankan kerana Allah..









HIKMAH KORBAN
  • Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sangup menyahut perintah Allah untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s
  • Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yan melimpah-ruah.
  • Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin

KEPADA SIAPA IBADAH KORBAN DISUNATKAN

  • Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji.
  • Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah qurban.

SYARAT SAH KORBAN

  • Haiwan yang hendak dikorbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada kecacatan yang nyata dan mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan.
  • Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah korban.
  • Ibadah korban hendaklah disertakan dengan niat.

No comments: