Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri dalam Malaysia,terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50 . Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu ialah 12,955 km2. Ramai melayu dari kaum2 lain.. Cina adala sikit.. kalau India memang susah nak jumpa.
Di Terengganu aku Tinggal di Kuarters MARDEC Kuala Berang di mana tempat hubby aku bertugas. Kuarters yang kami diami ini barangkali dibina sebelum perang kerana dari segi struktur dan pembinaan nampak agak lama dan usang tapi masih lagi berada di dalam kondisi yang baik. Di sini, yang memenatkan cuma aku yang terpaksa berulang dari tempat kerja di Kuala Terengganu setiap hari yang jaraknya lebih kurang 40km. Kalau jalan dalam keadaan yang baik dan ada highway macam kat Penang tak per.. tapi ni jalan kampung... Hmm.. kalau tak, tak lah aku terlibat dengan kejadian-kejadian yang diingini berlaku..pada mulanya, aku n hubby ada juga terfikir nak tinggal diperantaraan antara Kuala Berang-kuala Terengganu, macam tinggal kat Wakat Tapai ker.. Bukit Payong kerr.. tapi bila dihitung lebih untung tinggal di kuarters sebab semuanya free..rumah pun dah penuh dengan segala kelengkapan..tak perlah penat sikit.. lama-lama biasa la.. pepatah melayu ada kata "Alah bisa tegal biasa" sekarang ni pun dah hampir 10 bulan kat sini..rindu kat kampung halaman bukan main lagi (last balik masa raya haji aritue..) nak makan char kue teaw, laksa penang, nasi lemak bungkus ikan bilis..sedapnyerr.. kat sini tak dak suma tue.. kalau ada pun tak sama....hu..huu.. abang jom kita balik utara....
sekitar kuarters MARDEC Kuala Berang
Home Sweet home..
My House..
Padang Bola.. Padang mainan Aqil..
Nice view I like... Peace...
No comments:
Post a Comment