Followers

16 December 2010

Frog Prince



Sekarang ni slot lagenda di Tv3 ada drama bertajuk putera katak yg diadaptasikan dari cerita dongeng The Frog Prince.. boleh tahan best la cerita ni..cerita yang kita just tengok jer tak payah pikir banyak2..relaks..! cerita ni ditayangkan pada pukul 4.30-5.30 setiap Isnin-Khamis dan ada ulangan di Tv9 pada sebelah mlm..aku memang tak sempatla nak tgk slot sebelah petang tu balik kerja pun sampai umah dah pukul 6 lebih.. malam2 tak dak kerja nak buat aku layan la cerita ni..Aqil pun suka jugak.. suka bila ada frog tu je la..bila aku cakap 'frog' Aqil cakap 'tatak' hmm..


3 hari lepas nak dijadikan cerita..ada katak pisang masuk umah aku.. besar pulak tu..sekali dia lompat memang jauh la pergi.. menjerit aku.. geli, takut semua ada.. aku memang tak boleh tahan dengan binatang yang macam katak ni geli..dah la Mr Hubby tak ada kat umah.. nak mintak tolong sapa pun tak tau.. last2 aku nangis sambil peluk Aqil..yg bestnya Aqil lak pujuk aku pastu dia siap cium aku lagi.. Lepas tu katak tu lompat hilang ntah ke mana.. agaknya katak tu terkejut tgk aku nangis kot...hmm... seharian jgk la aku tak masuk dapur sebab aku nampak katak tu lompat pergi ke dapur...
Tu la..hari2 tgk drama putera katak.. kan katak dah datang umah.. Tapi tak kan katak tu katak sumpahan kot he..he.. kalau betul la katak tu katak jelmaan putera raja mengamuk Mr Hubby nanti..:p


Sinopsis cerita Putera Katak:
Drama terbaru di slot Lagenda ini akan membawa para penonton ke alam fantasi dan magis Putera Amar dalam menemui cinta sejatinya dalam membebaskan diri daripada sumpahan.
Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman. Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Tina (Nora Danish), seorang pencinta haiwan. Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.
Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke Planet Zadora. Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Tina yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya. Setelah Puteri Ixora mengetahui tentang rancangan Puteri Zadora, dia telah datang ke bumi untuk membunuh Amar. Bagaimanakah Putera Amar dapat memberitahu Tina tentang identiti sebenarnya? Adakah mereka ditakdirkan untuk bersama?

sumber:Budiey.com

15 December 2010

MeLaWan KeSepiaN


Aku sedar dan tahu.. insan-insan yang aku sayang memerlukan aku..Aku perlu kuat untuk melawan kesedihan ini..walaupun adakalanya aku hampir tewas dengan permainan perasaan sendiri.. bukan tidak boleh menaruh harapan setinggi gunung cuma perlu diingat...pada setiap keindahan, sedarlah ada keburukan. Pada setiap kesetiaan awaslah pada kecurangan. Pada setiap janji percayalah ada kalanya akan dimungkiri.

Kenapa biarkan luka ini semakin dalam? Kenapa biarkan rindu ini menjadi parah? Kenapa biarkan air mata ini kian berderai? Kenapa biarkan kesepian ini begitu mencengkam? Kerana aku tak pernah berhenti merindu pada keindahan yang pernah tercipta antara kita..... Kerana aku seolah-olah hilang kekasih hati.. ..


MeLaWan KeSEpiaN
By: Dato' Siti Nurhaliza Taruddin

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti

Tak tau kenapa tetiba ter 'emosi' plak hari ini...

30 November 2010

Hari Jadi Mak..



Hari ini adalah Hari Ulangtahun Kelahiran Mak saya..!!

Untuk Mak..
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE 66
Semoga mak sentiasa dirahmati Allah..
Diberi kesihatan dan kesejahteraan dari Nya..
Terima Kasih kerana sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak mak ni..

~ ini saya dengan mak saya~
*saya SAYANG mak saya*


28 November 2010

Aqil Is Two


28 November 2008, 12.35 a.m - Detik yang tak mungkin aku lupakan. Detik dimana Muhammad Aqil zafran dilahirkan ke dunia. Pertama kali mendengar tangisannya, pertama kali aku memeluknya setelah 9 bulan berkongsi denyutan nadi didalam rahimku.. detik yang sememangnya dinanti-nantikan..Setelah hampir 4 jam bertarung dengan maut dan bergelut dengan kesakitan,ajaibnya kesakitan itu hilang tiba-tiba bila dia lahir ke dunia. SubhanAllah...

Dan hari ini.. sudah dua tahun berlalu.. segala kesakitan seolah tidak terasa bila melihat aqil membesar sihat didepan mata..

Ammi doakan semoga aqil akan sentiasa berada dibawah lindungan dan rahmat dari Nya.. juga menjadi anak yang soleh, bijak dan mendengar kata.. Insyaallah..





24 November 2010

KORBAN DAN AQIQAH

Alhamdullilah.. Raya korban tahun ni Mr hubby dapat tunaikan hajatnya nak buat korban dan aqiqah untuk anak kami yang seorang tu.. aqiqah Aqil memang dah lama kami nak buat tapi tak berkesampaian sampaila tahun ni baru la dapat...

Sepanjang aku hidup ni.. inilah kali pertama aku tengok orang sembelih lembu.. ngeri tgk.. kesian pun ada jgk.. tapi aku rasa lembu tue mesti bahagia sebab antara banyak-banyak lembu dia adalah lembu yang terpilih untuk dikorbankan kerana Allah..









HIKMAH KORBAN
  • Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sangup menyahut perintah Allah untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s
  • Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yan melimpah-ruah.
  • Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin

KEPADA SIAPA IBADAH KORBAN DISUNATKAN

  • Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji.
  • Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah qurban.

SYARAT SAH KORBAN

  • Haiwan yang hendak dikorbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada kecacatan yang nyata dan mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan.
  • Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah korban.
  • Ibadah korban hendaklah disertakan dengan niat.

12 November 2010

SALAM AIDILADHA


Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha
kepada seluruh umat Islam .

Selamat menjalankan ibadah korban dengan hati yang ikhlas...
Semoga ibadah kita diterima oleh Allah SWT.

Jom balik kampung....

Untuk Raya Haji Tahun ni... aku ada kat kampung selama seminggu..
start 12-21 Okt 2010.. hu..hu.. bestnya balik kampung..

Panjang sungguh aku cuti.. sebelum tu MC Aqil sakit mata pastu aku pulak MC seminggu sakit mata gak.. pastu cuti lagi seminggu untuk raya... kiranya dekat sebulan jugakla tinggalkan ofis.. walaupun MC+cuti aku kerja jugak tau.. yer la.. nak buat macam mana terpaksa kena siapkan jgk kerja2 yang tak siap tu kat umah.. kalau tak hati tak senang nak balik cuti raya.. pastu bila masuk ofis semula tak la kalut sangat...

10 November 2010

Jom Ikut Ayah

My hubby memang suka sangat memancing.. Sejak aku kenal dia 10 yrs dulu pun dia memang suka memancing..kalau tak pergi memancing tu macam tak lengkaplah rasanya...dan bila ada saja event pasal angling dia memang tak senang duduk..mesti nak jgk pergi.. macam minggu lepas ada angling and outdoor fair 2010 dekat Sport Complek, Kelana Jaya..Hmm.. tak pasal2 jer kitaorang sampai KL.. Tak pelan pun.. ingatkan my hubby main2 jer..rupa2nya betul.. hmm..

Betolak dalam pukul 9.30 then kami sampi kat sport compleks tu pukul 5.30ptg.. kalau tak sesat awal lagi boleh sampai.. ni semua gara2 Garmin GPRS yang asyik lost satelite reseption.. Hmm.. hajatnya my hubby nak beli rod baru tapi malangnya kat fair ni diorang tak jual cuma untuk pameran sahaja..banyak product baru dari jenama yang terkenal seperti Shimano, Abu Garcia, Berkley, dan macam2 product drai jenama terkenal lagi yang aku tak tau dipamerkan kat sini.. Mr hubby paling lama duduk kat booth Abu Garcia...maklumlah huge fan Abu Garcia.. tapi yang frustnya nak beli kena singgah Kepong Tackle..pusat jualan barang2 pancing.. tue pulak kebanyakkan barang yang dipamerkan tahun 2011 baru dijual..

Macam2 aktiviti yang ada dekat pameran ni...antaranya bengkel untuk pemancing yang baru nak try guna baitcasting reel yang di buat oleh Mr.Phill..my hubby kata dia dah terer dah..no need to attend that bengkel cuma dia nak jumpa Mr. Phill nak claim hadiah photo contest kat mfn Forum..tapi Mr Phill lak sibuk.. Selain dari tue ada demo nak buat umpan Fly Fishing dari Pak Amin.. memang halus kerja tangan Pak Amin.. sebelum ni aku tengok Hubby punya umpan dah memang kemas dan cantik tapi Pak Amin punya lagi kemas..sempat jugak la beramah mesra dengan Pak Amin sebab masa kami sampai tu Pak Amin Baru jer selesai buat demo dan tak ramai orang... Banyak aktiviti yang penganjur sediakan untuk pengunjung tapi kami tak sempat nak join lagi pun dengan nak melayan kerenah hero kami yang seorang tu memang lagi tak sempatlah...

Penat dah berjalan kat pameran ni.. kitorang terus ke Shah alam..bermalam dekat Blue wave Hotel.. pagi esoknya dapatlah pusing2 Shah Alam.. Tengok Ikan, I-City, Komplek PKNS, SACC Mall, Plaza Alam Sentral.. suma best.. maklumlah.. tempat jatuh lagi terkenang ini pulak tempat berkasih.. baru 4 tahun tinggalkan Shah Alam banyak yang dah berubah..


The Stage


With Mr.Quek- Abu Garcia Distributer

With Pak Amin-Otai Fly Fishing

Hmm.. my naughty boy

Ayah..nak yang mana?

Pilih jgn tak pilih.. yang ni ok tak Aqil?

Ammi nak yang mana?

Ammi cuma nak boat ni jer..;)


2 November 2010

Aqil Sakit Mata

Hari ni dah masuk hari ke lima aqil sakit mata, dan dah masuk hari ke dua aku MC, esok tambah lagi satu hari jadi tiga hari.. lusa tak tau lah mcmn.. kalau mata aqil tak baik lagi aku terpaksalah cuti lagi.. nak hantar taska memang diorang tak nak.. ye la takut jangkit pulak kat budak-budak lain.. hmm.. tadi aku n hubby bawa aqil pergi Klinik Pakar Mata Azman.. satu-satunya klinik pakar mata kat Terengganu ni... Doktor Azman kata mata aqil elergi ubat yang aku ambil kat klinik panel kami di Kuala Berang ni.. dengan kata lain salah ubat.. aduyaii.. risaunya... tapi doktor kata tak per tak payah risau.. cuma takut ada pendarahan then mata akan berselaput.. tapi itu semua kemungkinan yang bakal berlaku sahaja.. harap2 semuanya ok.. lepas seminggu kalau tak ada perubahan doktor mintak kami bawa aqil ke klinik semula....

27 October 2010

Hari Jadi Ayah..


Hari ini adalah Hari Ulangtahun Kelahiran Ayah saya


Hari ni umur ayah genap 69 tahun..
masih steady lagi..
Semoga ayah sentiasa diberi kesihatan dan kesejahteraan dari Nya..
***
**
*
*
Sayang ayah sangat..

Aqil Oh Aqil

Di atas urusan kerja, hari ni aku terpaksa ke Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) untuk dapatkan sedikit maklumat. Memandangkan jarak MDHT dgn rumah ku agak dekat jadi aku mengambil keputusan untuk terus ke MDHT tanpa masuk ofis dulu. Jadi, dengan rela hati aku mengambil alih tugas hubby untuk menghantar Aqil ke taska… aku memang tak jangka yang Aqil akan meronta menangis tak nak pergi taska…selalu hubby cerita aqil baik jer.. dia akan bawa beg berjalan turun dari kereta masuk ke taska dengan mudah sekali… apa yang terjadi tadi benar2 meruntun jiwa aku.. sedih sangat.. Aqil menangis, meronta sesungguhnya tak nak pergi taska.. puas aku pujuk dia tak nak.. yang paling tak tahan aqil peluk aku sambil cakap..”atim amau..” (aqil tak nak..) Aduyaiii… Ya Allah.. Kuatkanlah semangat anak ku.. ammi keja sayang.. hmm..

Nak tak nak aku terpaksa gagahkan hati untuk tinggalkan jugak Aqil.. kalau aku tak dak temujanji dengan pegawai MDHT hari ni mau jer aku cuti.. Hati ibu mana yang tahan bila tgk anak merayu tak nak ditinggalkan macam tu? Memang sedih bergenang jgkla airmata aku ni.. hmm…

Mungkin inilah cabaran ibu bekerja macam aku..tak cukup masa untuk anak.. bagi ibu yang tak bekerja anda amat bertuah kerana anda ada banyak masa untuk anak-anak anda..


Aqil

19 September 2010

Kakak going to India

Hari ni 19 September 2010 my niece Nur Syahirah yang aku panggil kakak bakal terbang ke Manipal India untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan selepas tamat A level kat INTEC, Shah Alam.
Ini kira sejarah keluarga Hj Hashim bila anak buah aku ni dapat melanjutkan pelajaran sampai ke luar negara.. Cucu2 tok ayah yang lain pun semua berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti cuma kakak ja lebih sikit sebab dapat ke Luar Negara... susah tau nak dapat peluang..Congratulation..kakak! wish you best of luck..



Nur Syahirah Johari
Bakal Bergelar Doktor


18 September 2010

Cerita Hari Raya

Alhamdulillah.. perjalanan dari Kuala Berang-Bukit Tambun-Jitra lancar dan kami sekeluarga selamat menyambut syawal bersama keluarga dengan gembira sekali.. Macam biasa hari raya pertama pagi aku di Bukit Tambun dan petang aku di Jitra..
Di Bukit Tambun, Tak semua yang ada.. abang hubby yang sulong beraya di rumah mertua di Taiping mungkin giliran beraya di Taiping tahun ni.. Tahun lepas diorang sekeluarga di Bukit Tambun.. Walaupun tak beraya dirumah tapi malam raya tu diorang ada datang sekejap.. masa tu la dapat jumpa.. siap bawa daging landak lagi.. Sebelum balik raya dari Gemas abang ipar aku ni sempat lagi pergi memburu.. Ish..ish..
Raya tahun ni riuh sikit dari tahun2 yang lepas.. Yeala ada 3 orang budak kecik yang tengah nak besar… Damia, Aqif dan Aqil… memang tak sunyi la.. kalau nangis tue berganti-ganti macam pas baton.. kalau time ok tu memang tak habis senyum tengok keletah diorang..


aqil Wif aqif - Protes..!


Aqil wif Damia - malu-malu

Pagi Raya di Jitra setiap tahun memang semua ada.. Cuma aku jer yang tak ada.. rasanya dah jadi perkara wajib untuk semua ahli keluarga aku berkumpul dipagi raya ni… hu..hu..
Hmm.. Sampai jer aku kat umah yang orang pertama yang aku cari mesti mak pastu ayah nak salam mintak ampun maaf... syahdunya terasa bila peluk mak n ayah...pastu baru la cari adik beradik yang lain nak beraya hmm...bila dah semua berkumpul macam biasa kami adik beradik akan berkonvoi pergi beraya umah sedara mara… umah makjang, mak ndak, wa, Tok Tam, Tok su.. kira semuala yang mana sempat kitorang akan serbu.. agak nya kalau hari raya dengar keluarga Tok Jah nak datang diorang mesti dah gelabah..ramai beb nak melayan.. cucu Tok Jah jer dah 15 orang..
To all our famili jgn serik yea terima kunjungan kami.. setahun sekali jer...


Pagi Raya



10 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010



Hubby, Me and Aqil would like to wish all Muslims
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin
Forgive for all our wrong doing either by words, actions and others.
May all of us have a wonderful Syawal.
Semoga
ibadah puasa kita pada tahun ini diterima oleh Nya...



6 September 2010

Rambut Raya Aqil

Weekend lepas..masa pergi shopping raya Mr Hubby sempat singgah kat kedai mamak gunting rambut kat Mydin Mall Kuala Terengganu..dah habis potong.. hubby mintak mamak tu potong rambut Aqil lak..Ingat kan aqil tak nak.. tapi dia ok jer..siap mamak tu dukung dia lagi..Hmm..takut jugak aku nak tiba2 dia melalak kat situ.. May be aqil rasa safe sebab hubby peluk dia kot masa potong tu.. pastu apalagi habislah baju hubby dengan rambut-rambut halus aqil..


sedap jer brother india ni pegang kepala aqil


Diam jer aqil

29 August 2010

Persiapan Raya

Hari ni dah 19 Ramadhan..maknanya minggu depan dah nak balik kampung bercuti raya.. aku seperti di tahun tahun yang sebelumnya hari raya pertama di rumah mertua.. ini dah Tahun ke Tiga aku tak merasa keriuhan malam raya dirumah. Sesekali sedih pun ada jugak.. Tapi nak buat macam mana dah ini perjanjian masa mula-mula kahwin dulu.. tapi tak apa yang pasti petang hari raya pertama, hari raya kedua dan seterusnya mesti kat kampung aku..hmm..
Persiapan raya tahun ni..macam biasa jer.. tak ada yang lebih-lebih.. sambut secara bersederhana shj..Yang seronoknya nak raya ni sebab ada Aqil..tambahan pulak sekarang ni dia dah pandai salam dan pandai nak itu ini.. Jenuh melayan la nanti..
Sebelum balik bercuti raya minggu depan.. aku kena make sure semua check list kat bawah tue selesai dulu:
1. Isi borang cuti
2. Pastikan kerja ofis selesai dulu.. aduh penat berkejar dengan ribu-ribu data..tak taulah sempat ke tak ni..
3. Baju raya Aqil, ayah dan ammi -Tahun ni Tema Coklat gelap
4. Kuih raya - aku dah tempah.. sebelum balik raya nanti bleh ambik
5. Make sure hubby bayar zakat fitrah dan
6. Pastikan hubby service keta sebelum balik nanti

Rasanya itu jer kot yang kena diselesaikan... apa-apa nanti akan dicheck semula..

Tak sabar la pulak nak tunggu balik raya ni..hmm...
kami sekeluarga akan berada di kampung pada 8/9/2010 hingga 18/9/2010

26 August 2010

Berbuka

Hari ni aku berbuka berdua jer dengan Aqil.. Mr. hubby ada Majlis Berbuka Puasa bersama CEO mardec kat Mardec Kuala Berang.. hmm.. hubby ada jugak ajak tapi memandangkan sikecik ni.. rasanya lebih selesa aku dirumah.. Tak perlah.. tunggu aqil besar dulu baru ikut ayah..

16 August 2010

Happy 3rd Anniversary


bring back the memories of joy of 16th august 2007

My husband, anizan is a loving man. he may not be romantic but it's okay to me. i'm not a romantic either! He’s the one who very understand me… Tak pernah sekali dia menengking..lebih banyak menegur dan mengajar dengan cara yang cukup berhemah..
For me, it is not easy for being a good wife, a good housekeeper, a good mum, and a good person.. aku sebenarnya perlukan masa untuk berubah menjadi yang terbaik…aku sanggup laku apa sahaja demi melihat dia yang aku sayang bahagia… i'd try change for him. i'd do anything i can afford, for him.

To my dear beloved, thank you for being a tolerant person to me notwithstanding in facing my hard-headed behavior sometimes..You came into my life when i was in need. and showered me with love and trust. you, are the right one for me, InsyaAllah, forever and after.

I love you, with all my heart. Happy 3rd Anniversary.

11 August 2010

Selamat Berpuasa



"Wahai orang-orang yang beriman!

Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan

atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa."

(Surah Al-Baqarah:183)