Followers

27 February 2013

Ikatan Kekeluargaan


Adik-beradik kita sebenarnya merupakan satu anugerah yang tidak terhingga. Bukan semua orang di atas dunia ini dapat memiliki adik-beradik. Namun, saban hari kita terdengar dan terlihat di dada akhbar kes-kes pergaduhan antara ahli keluarga, malahan ada yang sampai ke tahap memutuskan hubungan silaturrahim antara adik-beradik.
Jelas, semakin hari tindakan manusia bukan lagi didorong oleh syariat dan kasih sayang. Ada kala tindakan kita bertentangan dengan hukum Allah seperti dalam firmanNya yang bermaksud:

"Maka apakah ada kemungkinan jika kamu berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang yang dilaknati Allah dan ditulikan mereka dan dibutakan penglihatan mereka."
(Surah Muhammad, ayat 22-23)

Usah kita lupa bahawa nikmat memiliki adik-beradik ini tidak lain hanyalah pinjaman sementara daripada Allah SWT untuk seseorang hambanya. 

"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah..."
(Surah al-Baqarah, ayat 284)

Adik-beradik juga menjadi tempat bergantung antara satu sama lain setelah ketiadaan orang tua. Selalunya abang-abang dan kakak-kakak atau yang lebih tua akan mengambil alih tugas menjaga adik-adiknya setelah ketiadaan orang tua. Apabila matinya seorang ayah bagi seorang anak perempuan, maka adik-beradik lelakinya akan menggalas tugas sebagai wali.

Perlu dititikberatkan dalam menjaga hubungan antara adik-beradik ini ialah sifat kasih sayang dan rasa hormat antara satu sama lain. Sebagai contoh, adik-adik perlu menghormati kedudukan abang dan kakaknya selagi tindak tanduk mereka tidak bertentangan dengan syariat Allah. Bahkan, wajib bagi seorang anak itu menjaga hati abang dan kakaknya dengan tutur kata yang baik dan juga dari segi perbuatannya. Setiap perbuatan yang mungkin menguris hati saudara kita akan menjadi titik permulaan sesuatu perbalahan justeru membawa kepada pepecahan.

Dan antara perkara penting dalam menghargai kurniaan Allah ini kepada kita ialah menjaga adab sesama adik-beradik. Andai kata ada perkara salah dan silap dilakukan oleh adik-beradik kita, maka tegurlah dengan cara yang berhikmah kerana dengan itu pihak yang ditegur akan merasa lebih selesa untuk menerima teguran, bahkan marasakan diri mereka lebih dihargai.

Sentiasalah kita memohon perlindungan daripada Allah daripada ancaman dan rancangan jahat syaitan yang seringkali cuba memecahbelahkan hubungan kekeluargaan yang sukar dibina oleh ibubapa kita. Wujudnya adik-beradik ini bukan sekadar menunjukkan kekuasaan Allah yang memberikan rahmat kepada kita, tetapi ia adalah tanda hasil usaha penat lelah kedua ibu bapa kita yang melahirkan serta bekerja keras untuk membesarkan kita semua. Percayalah, keberkatan yang dikurniakan Allah memalui hubungan silaturrahim akan membawa kepada terbukannya pintu-pintu rezeki.

''Barangsiapa yang ingin dimudahkan rezeki dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia sentiasa menjaga silaturahim.'' (Hadis Riwayat Muslim)

Memang sukar bagi mereka yang hidup dalam keluarga yang ramai adik-beradik untuk menjaga keharmonian dalam keluarga, namun peranan menjaga hubungan antara adik-beradik ini adalah perlu untuk memastikan hubungan silaturrahim sentiasa berada dalam keadaan kukuh.
Walau apapun yang berlaku, jangan dilupa pepatah yang mengatakan hubungan adik-beradik ini umpama "air yang dicincang, tidak akan putus". Hargailah mereka kerana mereka juga darah daging kita sendiri.
Wallahu'alam.

Kami cuma 5 beradik... harap hubungan baik antara kami berkekalan selamanya..



7 February 2013

Puspanita


PUSPANITA adalah singkatan kepada Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia. mula ditubuhkan dengan rasminya pada 1 mac 1983 oleh oleh Y. Bhg. Puan Sri Datin Zawiah binti Haji Yacob, isteri bekas Ketua Setiausaha Negara. Beliau adalah Yang Dipertua PUSPANITA pertama. Penubuhan PUSPANITA adalah cetusan idea Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd. Ali, isteri bekas Perdana Menteri Malaysia (Tun Dr. Mahathir Mohamad) pada tahun 1982.

PUSPANITA juga ditubuhkan bagi menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi Program Jangka Panjang di dalam pelbagai bidang, seperti Kepenggunaan, Pembangunan Keluarga, ICT, Keusahawanan, Sukan dan Kesihatan, Keterampilan Diri, Hiasan dan Lanskap, melalui ceramah-ceramah bengkel, seminar dan kursus. PUSPANITA juga menguruskan Tabung Latihan PUSPANITA untuk memberi peluang kemasukkan ke beberapa pusat pengajian seperti Politeknik, Kolej dan universiti bagi menampung sebahagian dari kos pembelajaran pelajar-pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran.

Ok itu adalah sedikit sebanyak mengenai PUSPANITA.

Semalam ada mesyuarat Agung PUSPANITA Daerah seberang Perai Utara kali ke 26. Aku bersama beberapa org rakan ahli yang lain turut menghadirinya...sepanjang mesyuarat berlangsung ianya sedikit berserabut dan agak membosankan.. tidak seperti di tahun-tahun sebelum ni...sebab pemilihan AJK tahun ni tidak melibatkan wakil daripada setiap Jabatan terlibat... hmm.. kalau ada wakil AJK kan senang.. setiap aktiviti yang dianjurkan cuma bgtahu jer pada wakil untuk diwar2kan pada ahli di Jabatan masing2... boleh dikatakan semua ahli bersetuju dengan perlantikkan sebegitu tapi apakan daya Puan Pengerusi yang baru ni tak nak perlantikkan cara lama yang melantik AJK daripada pelbagai Jabatan dan mahukan cara undian.. kalau dah dengan cara mengundi pastinya mereka yang dikenali dan yang glemer sahaja akan tersangkut... hmm.. aku juga diantara yang dicalonkan... aduii.. macam mana nak raih undi kalau dah tak glemer macam aku ni... kelakar betui.... tapi aku amat bersyukur sebab tak tersangkut dengan pemilihan ajk tu.. aku rasa macam susah jer nak bagi komitmen... apa pun terima kasih la yer pada yang angkat tangan tu.. kah...kah... 






1 February 2013

Susu Ibu susu terbaik



Menyusu kali pertama

Kenapakah susu ibu paling terbaik?
Susu ibu atau susu badan adalah makanan terbaik untuk bayi anda. Tanyalah mana-mana pakar kesihatan dan mereka akan mengatakan bahawa cara yang paling sihat untuk memberi makan kepada bayi baru lahir ialah dengan menyusukan bayi anda. Kajian menunjukkan bahawa menyusu secara eksklusif sekurang-kurangnya selama tiga bulan boleh membantu mencegah gastroentreritis pada bayi. Jika anda menyusukan bayi anda selama sekurang-kurangnya empat bulan, anda boleh mengurangkan risiko bayi anda untuk mendapat penyakit pernafasan dan jangkitan telinga.

Susu ibu merupakan sumber makanan yang lengkap; ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi anda – sekurang-kurangnya 400 jenis – termasuk hormon dan bahan melawan penyakit yang tidak terdapat dalam susu formula bayi. Malah, kandungan nutriennya akan mengadaptasi kepada keperluan bayi anda semasa dia membesar. Dan selain dari manfaat pengembangan minda dan imuniti jangkitan dalam susu ibu, yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana susu formula, penyusuan badan boleh membantu membina ikatan istimewa antara anda dan bayi anda. Apabila anda menyusukan bayi anda, bayi anda memanfaatkan kontak kulit dengan kulit, di samping pelukan dan pegangan. Anda juga akan berasa begitu.

Semoga penyusuan susu ibu buat setenit ni berjaya... ameen..

Si tenet Adam 5 bulan 


sumber info: mr. google

30 January 2013

Aqil

 

Memancing haruan di kampung Opah...
 

 

22 January 2013

Blog


Sebenarnya dah lama aku nak tukar template untuk blog ni... dan hari ni aku berjaya...yea..!! bukan apa aku macam dah boring dengan template yang lama tu... rasanya dah setahun lebih pakai template tu... nak tukar selera la kononnya... bagi sedap mata memandang... kali ni template aku ambik kat sini... free jer.. ada byk template yang comel2... makan masa jugak nak edit itu ini... dah la aku ni pulak bukannya pro sangat bab nak mengedit blog nie.. sampaikan semua entry pasal Adam Zafri hilang.. frust betul la... hmm.. maknanya aku kena post semula la cerita pasal sitenet aku tu....apa pun harap2 semua pembaca blog aku ni suka dengan template baru ni....kalau tak suka bagitahu erk.. 


17 January 2013

Angkara Pancing


Angkara suka sangat memancing ni la yang dapat... ni cerita aktiviti memancing suami aku minggu lepas.. pagi sabtu tu aku dok pelik.. awal pulak en. hubby ni balik dari memancing.. kalau tak selalunya mesti sampai ke petang baru nak balik.. ini keluar kejap dah balik.. masuk jer umah tiba2 dia bagi playar mintak tolong aku potong mata kail yang terlekat dijari... Eee.. tak nak aku.. ngeri..!! seriau...!! macam tak dak apa2 pun dia.. aku yg tengok ni..tak tau dah nak ckp apa.. aduii....siap boleh kepit mata kail tu buang sendiri... aku tanya sakit ke tak... selamba jer dia jawab.. pedih jer... hmm.... apa2 aje la darling.. janji you ok.. tu la minat punya hal apa pun ok...

 mata kail jenis Ecogear Blade Lure..yang masih terlekat dijari.

Siap mintak aku snap gambar lagi...Oh my darling..


7 January 2013

Ultraman


Tiba-tiba jer aku teringin nak tau pasal ultraman.. sebab anak ku aqil memang suka sangat dengan ultraman ni.. siap boleh kenal semua jenis ultraman.. aku pun tak pernah tau yang ultraman ni rupanya ada banyak jenis..  yang aku tau cuma satu jer.. ultraman mebius..tu pun sebab dalam banyak2 ultraman... ultraman mebius ni menjadi pujaan hati en. Aqil...

Bila aku seacrh kat google aku jumpa ni...

Ultraman adalah serial tokusatsu (istilah dalam bahasa Jepang untuk special effects dan seringkali digunakan untuk menyebut film sci-fi/fantasi/horor live-action produksi Jepang) produksi Tsuburaya Productions yang menampilkan tokoh pahlawan super bernama Ultraman. Serial ini merupakan serial kedua dalam Serial Ultra setelah serial tokusatsu Ultra Q, namun menjadi serial pertama yang menampilkan Ultraman. Seluruhnya terdiri dari 39 episode, serial ini pertama kali ditayangkan di jaringan televisi TBS, Jepang dari 17 Juli 1966 hingga 9 April 1967. Ultraman diciptakan oleh Eiji Tsuburaya dari Tsuburaya Productions, seorang pelopor efek khusus.

Dan berikut ini adalah Jenis-jenis Ultraman, bagi anda yang belum mengetahuinya :) :


 
Ultraman Astra




 
Ultraman Eigthy


Ultraman Gaia

Ultraman Cosmos

Ultraman Tiga

Ultraman Nexus

Ultraman The next

Ultraman Mebius

Ultraman Great

Ultraman Agul

Ultraman Hikari

Ultraman Justice
Ultraman Mother
Ultraman Ace
Ultraman Father yg ni Aqil panggil ultraman tanduk
Ultraman Nice
Ultraman Noajo
Ultraman Boy
Ultraman Seven
Ultraman Joe
Ultraman Leegend
Ultraman Leo
Ultraman Jack
Ultraman Megaloman
Ultraman Powered
 
Ultraman Max
Aqil kata ultraman ni x kuat sebab ada scene yg dia lupa mcmn nak fight.. 
lawak betui..
Ultraman King
UltramanDyna
Ultraman USA (Chuck, Scott, Beth)
Ultraman Neos
Ultraman Xenon
Ultraman Yullian
Ultraman Zearth
Ultraman Zoffy

 
Ultraman zero - Aqil bgtau yang Ultraman zero ni anak Ultraman Seven yer ker...?
 
Ultraman Aqil - Ultraman pojaan hatiku



 Kredit to: Mr Google
                      : http://kotakpengetahuan.blogspot.com/
                     : http://sawahpanjang.blogspot.com/

3 January 2013

My New Phone

Cubaan pertama nak post entry guna fon..phone baru lak tu..ecehh.. suka..suka.. fon lama bagi Aqil main game n tgk ultraman..
Dulu pakai samsung galaksi SL... dah lama pakai.. dah nk msk 2 tahun pun... so nk tukar selera la pulak..nk trade in fon lama tu tokey kedai tu nk ambik RM300 jer... tak berbaloilah padahal dulu beli punya la mahal last2 300 jer laku... hmm..kali ni beli samsung galaksi note II lak...ni sbb teringin tgk my sister in law pakai la ni...apa pun tengkiu to en.suami yg setuju belikan note II.. dia nk belikan S3..tp aku tak nk tu dah lama... he..he.. pujuk punya pujuk yea... akhirnya dpt... suami aku ni apa pun mesti kn ada sebab n alasan kalau tak susah sikit... alasannya: teknologi mesti cari yg terkini kalau tak ketinggalan nanti... so alasan diterima... he..he..dgn adanya note ni bolehla selalu aku update blog...
yer ker..selaluu..? Conpius ni...;p

P/S: sejak pandai guna handphone kalau tak silap ini adalah phone ke-9 yg dah diguna... mula dgn alcatel, nokia 3310, nokia butterfly, LG flip, nokia8250, motorola L7, nokia Express music, samsung SL dan yg latest note II... lepas ni apa pulak yer....

Tahun Baru 2013

Rasanya masih belum terlewat untuk aku ucapkan 
SELAMAT TAHUN BARU 2013 
kepada semua... 

merenung sejenak apa yang telah berlaku di Tahun 2012
Hmm... banyak pahit dari manisnya...
Syukur Alhamdulillah aku berjaya mengharunginya 
walaupun ianya amat menuntut kesabaran dan kekuatan dalam diri..

Semoga di Tahun 2013 ini perjalanan hidupku dipermudahkan Allah...
dan semoga semua yang dirancang berjalan dengan lancar...
Ameen.....

 Ini aku yer... wajah diawal tahun..



18 December 2012

Happy Breastfeeding

Alhamdulilah… hari ni dah 120 hari aku berjaya susukan Adam secara eksklusif…tanpa campuran susu formula…dari mula mengandungkan Adam dulu aku memang dah tanamkan niat nak susu kan Adam sepenuhnya sehingga Adam berumur 2 tahun…harap-harapnya aku berjaya...aku tak nak jadi masa dekat Aqil dulu aku cuma berjaya susukan dia masa dalam pantang sahaja... memang sangat kecewa...waktu tu aku memang kurang pengetahuan pasal susu ibu dan penyimpanan susu ibu ni...tak macam sekarang segala macam maklumat kita boleh dapat hanya dihujung jari... pada aku... ibu-ibu bekerjaya yang berjaya menyusukan anak2 mereka secara eksklusif memang seorang ibu yang hebat...dan aku memang tabik spring la kat diorang ni.. hmm.. untuk memastikan keperluan susu untuk Adam cukup setiap hari aku terpaksa mencuri waktu untuk pumping susu tak boleh missed...huh.. walaupun di ofis sibuk dengan kerja yang berlambak2... di rumah sibuk dengan kerja rumah dan nak uruskan si abang yang kuat meragam...ahhh... memang sedikit kalut...ada suami pun suami hujung minggu.. kalau en suami ada dapat la kurangkan sedikit kekalutan ni.. hmm.. apa pun dugaannya setiap hari aku tak boleh skip daripada pump mesti 3 jam sekali kalau tak pastinya susu akan merajuk dan jadi sikit.. sebab susu kan based on demand n supply so kena rajin walau pun malas tahap gaban... kena betul2 kuat semangat...apa pun kita kena happy dengan apa yang kita buat..kalau kita suka.. kita seronok dengan apa yang kita lakukan Insyaallah kejayaan akan jadi milik kita...yeaa..

Kat ofis aku ni ada dua orang teman yang full breastfeed untuk anak2 diorang.. tapi anak diorang dah besar dah dekat dua tahun pun.. dua2 berjaya susukan anak secara eksklusif... kira macam sumber inspirasi aku la jugak ni.. best bila ada geng... bila berselisih jer mesti tanya each other macam mana dengan hasil tenusu.. ha..haa.. kelakar pun ada jgk.. kalau kena time pumping sama2 lagi la meriah... boleh pulak dok bergossip sambil pumping...he..hee... 

With Ras N Ila.. Milk Pumping Geng he..hee


Sebenarnya banyak kelebihan dan fadhilat menyusukan anak;

*Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya, akan dapat satu pahala daripada tiap2 titik susu yang diberikannya.
*Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 21/2 tahun dan beramal soleh tidak melanggar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya
*Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
*Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk Insyaallah.
*Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
*Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Begitulah sayangnya ALLAH pada wanita yang bergelar IBU...